Chapter 2

11 0 0
                                    

Humaira meronta dalam derita. Aku? Kawan baiknya? Apakah aku layak untuk digelar tidak berguna? Di saat Humaira berada dalam penyiksaan,aku buntu untuk membantunya. Hatiku sakit. Tapi jiwaku terus bergelora dan badai kesedihan terus melanda menghempap diriku. Jadi,inilah detiknya,inilah saatnya. Masa yang sudah tiba untuk aku membawanya keluar daripada semua derita. Membawanya pergi jauh dari sengsara.

"Farhana? Kau ada apa-apa masalah ke?" Lamunanku terhenti. Aku memandang kearah Humaira. Aku segera mengelengkan kepala. Aku tak mahu dia tahu bahawa aku masih sedih melihat dia menderita selama ini.

"Aku cuma tak sangka." Kataku perlahan. Humaira bingung. Dia memandangku dengan pandangan yang begitu kosong. Aku tergelak kecil.

"Aku tak sangka kau akan tersenyum. Sakit Humaira menahan rindu,menahan rindu untuk melihat kau senyum seperti ini." Aku tergelak kecil dan tanpa aku sedari manik putih menempias di pipiku. Humaira mengukirkan senyuman dan secara perlahan jari-jemarinya lembut mengelap airmata di pipiku.

"Hana,kau sahabat aku yang tiada tolak bandingnya. Aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu berterima kasih kepada kau. Tanpa jasa kau,sampai sekarang mereka masih dera aku." Kata Humaira. Dia melontarkan pandangannya kearah laut yang kebiru-biruan itu. Angin bertiup sempoi-sempoi bahasa diumpamakan seperti membawa segala kesedihan itu pergi jauh dari dirinya.

"Selama ini aku sunyi Hana,aku sunyi. Aku keseorangan,aku tiada sesiapa yang dapat aku kongsi masalah aku. Aku tak dapat nak sandarkan kepala aku di bahu seseorang untuk aku kongsi tangisan. Hidup aku penuh dengan ketakutan. Selama ini aku buta untuk melihat kebahagiaan." Sambungnya lagi. Humaira menundukkan kepalanya. Memori silamnya menerjah di benak fikirannya.

*****

"Kau tahu apa peraturan di rumah ini kan?" kata Sara. Rambut ikal mayang Humaira direntap dengan kuat. Humaira menahan kesakitan. Dia menahan airmatanya. Dia menahan sebak.

"Kau pekak atau tuli? Aku tanya kau tahu peraturan di rumah ini?" tempiknya lagi. Humaira mengangguk perlahan.Dia tidak mampu untuk melawannya. Dia lemah dari setiap segi. Wajah bengis Sara tidak mampu ditatapnya. Sara menarik rambutnya dan memaksanya berdiri. Humaira sekadar menjadi pak turut kepada Sara.

"Jadi kenapa kau melanggar? Kau tahu kau tak boleh makan apa yang ada di dalam rumah ini. Kenapa kau ingkar? Kau memang cari penyakit kan?" hamburnya lagi. Humaira diam membisu seribu kata.

"Saya lapar jadi saya makanlah apa yang ada di dapur." Kata Humaira. Seluruh tubuhnya sudah mula mengeletar. Tangannya sudah mula sejuk dan berpeluh.

"Kau lapar? Sini aku nak tunjuk tempat sesuai untuk kau." Sara mengenggam lengan Humaira lalu mengheretnya keluar menuju ke belakang rumah. Dia menolak Humaira sehingga Humaira jatuh di tepi tong sampah. Sara tersenyum sinis.

"Kau memang layak berada di tempat macam. Busuk macam kau." Bidas Sara lalu berlalu pergi meninggalkan Humaira yang sedang meratapi kesedihannya. Apa salahnya diberi ujian berat seperti ini? Adakah dia mampu untuk menempuh dugaan ini?

"Kau kenapa sedih Humaira? Kau manja. Kau lemah. Kau asyik menangis. Kau biar dia buat kau macam sampah. Kau bangkitlah Humaira. Kau bangunlah." Desak hati kecilnya.

*****

pY


Di Sebalik PelangiWhere stories live. Discover now