Kami bersiap-siap untuk pergi bersiar-siar di sekitar taman herba berada berdekatan dengan hotel tempat kami menginap. Ramai yang mengatakan taman herba di situ sunggguh luas. Malahan taman itu dipenuhi dengan pelbagai herba yang amat jarang dijumpai.
Kami berjalan-jalan disitu. Sungguh,kami terpegun melihat keindahan di taman herba itu. Aku sendiri sungguh teruja melihat keunikan herba-herba yang berada disitu. Maha Suci Allah,betapa indahnya kejadian-Mu. Bisikku perlahan. Aku meneliti satu persatu herba tersebut. Keunikannya tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata.
"Hana,aku nak pergi tandas sebentar ya." Kata Humaira. Aku berpaling memandang kearah Humaira. Herba yang aku petik sudah berada dalam genggaman aku.
"Nak aku temankan?" tanyaku. Humaira mengeleng perlahan.
"Tak mengapa,aku pergi sebentar je. Lagipun kau tengah teruja petik herba-herba disini. Aku pergi kejap je tau." Kata Humaira lalu berlari menuju kearah tandas awam. Aku menghantarnya dengan pandangan mata.
Perlahan-lahan Humaira hilang daripada pandanganku. Aku memulakan kembali misi memetik herba-herba untuk disimpan sebgai kenangan. Secara tiba-tiba,tanpa aku sedari seseorang telah menekup mulutku dengan erat. Aku meronta-meronta untuk melepaskan diri tetapi apalah kudratku sebagai seorang wanita.
Bagaimanakah dengan nasib Humaira? Apakah ini hanyalah perancangan untuk membalas dendam kepada Humaira? Ya Allah bantulah sahabatku. Ritihku perlahan. Nafasku makin sesak apabila menghidu cecair yang diletakkan ke atas sapu tangan itu. Airmataku mengalir. Fikirannya mula menjadi haru. Humaira keseorangan. Tidak. Hal ini tidak mungkin berlaku. Aku tak berdaya untuk melawan lagi. Nafasku terlalu sesak. Aku rebah. Aku berserah segalanya.' Kun faya kun.'
rif"'(v
YOU ARE READING
Di Sebalik Pelangi
ContoDendam dan Persahabatan merupakan elemen penting yang diterapkan. Dendam seorang gadis terhadap kisah silamnya dan persahabatan yang terjalin. Farhana,sebagai kawan baik Humaira cuba membawanya lari dari lembah derita. Apakah yang berkaitan persahab...