Part 3

86 0 0
                                    


Aku memandang kalender. Hari jadi Eby tak lama lagi.

Apa nak plan ni yer? Hurmm.. Aku ketuk pintu bilik Anis.

"Masuk". Baru Imah masuk bila Anis dah izinkan.

"Kenapa Imah?"

"Kau buat apa?" tanyaku sambil duduk di atas katil Anis.

"Aku tengah buat homework ni. Why?"

"Hari jadi Eby tak lama lagi. Kita nak plan nak buat apa?"

"Bila?"

"Kau tak ingat ker? Lusalah."

"Syikin cakap apa? Mana dia ni?"

"Dia balik Karamunsing.Dia on jak tu".

"Ermmm.." Anis berfikir. Terhenti dia membuat homework Statistik.

"Apa yang best?"

"Apa kata kita buat bbq? Pastu beli kek kecik. Malam esok kita simbah dia dengan air dan tepung."

"Hahaha tak kejam sangat ker?"

Anis cuma tergelak mendengar pertanyaan Eymah.

"Just wait and see".

Imah!! Aniss!! Turun makan, jerit Eby dari tingkat bawah.

"Okayyy!!" laung kami serentak.

"Diam2 dulu ok. Barang2 seludup masuk bilik kaula Anis. Kalau bilik aku nanti dia tau".

"Orait, jom turun."

Tepat jam 12.00 tengah malam...

"Arhhhhhhh!"

"Happy birthday Eby sayangg!!" ucap kami bertiga serentak.

Habis basah lecun ditambah lagi kena simbah tepung oleh Syikin. Gelak sakan semua tengok Eby dah putih macam hantu cina. Kami bertiga simbah Eby guna air sewaktu dia tengah tidur. Aku apa lagi dengan segera mengambil gambar.

"Apa kamu wat ni? Basah saya sudaa. Tilam sayaaaa!!," rungut Eby sambil ketawa.

"Kau tidur jak dengan aku Eby,"ajak Syikin.

"Cepat tiup lilin",gesa Anis sambil memegang kek coklat kegemaran Eby.

Eby meniup lilin. Terharu Eby sambil mengalir air mata.

"Dah tak yah nangis. Jom makan kek. Esok kita bbq night!," ujar Anis.

"Terima kasih kamu semua"

"Sama-sama."

"Cepat potong kek, aku lapar Eby" suruh Syikin.

Kami bersila di tengah bilik sambil menikmati kek hari jadi Eby.

Sedang kami tengah makan..

"Hari ni hari jadi Azizi juga," bagitau Eby.

"Azizi mana?"Anis bertanya.

"Azizi sebelah rumah."

"Jadi ajaklah sekali bbq esok? ,"cadang Syikin sambil memandang ke arah Imah.

"Kenapa pandang aku? Aku on jer", tanya Eymah bila semua mata memandang ke arah dia. Semua gelak.

"Nanti esok aku cakap kat dia,"cakap Eby.

Selepas menikmati kek coklat dan berborak, mengemas dan masuk tidur. Jam dah pukul 2.30 pagi. Mujurlah semua orang ada kelas esok mula jam 10.00 pagi. Kalau ada mula jam 8.00 pagi confirm mata panda.

Eby mengajak Azizi join bbq kami malam tu. Namun rancangan berubah apabila Azizi ajak makan steamboat beramai-ramai dekat kampung Nelayan di Kampung Air.

Selepas habis kelas, kami pulang bersama. Anis driving kereta Eymah. Tiba-tiba Eby bersuara.

"Tadi pagi aku dah tanya Azizi. Dia ajak makan steamboat kat kampung nelayan. Kamu ok kah?"tanya Eby.

"On jer".

"Aku on".

"Boleh ja".

"Then we are on," ujar Eby sambil membalas text Azizi.

"Banyak wei assignment tadi sir tu bagi wei. Dahlah nak kena hantar next week. Jadi panda la mata ni", luah Anis.

"Dia baru bagi ker?"Syikin bertanya.

"Aah. Baru jak tadi."

"Sapa ajar?"

"Sir A.."

"Imah, Afiq pun join kita nanti malam,"beritahu Eby tanpa mendengar jawapan Anis.

Imah terkejut.

"Hah? Seriously??!"

Semua gelak tengok gelagat Imah.

"Habislah aku..habislaa" ucap Imah nervous sambil pegang tangan Eby.

"Apa yang habis Mah?"tanya Eby pelik.

"Habislah aku tak tau nak pakai baju apa malam ni" risau Imah.

Meletus tawa lagi.

"Yang penting pakai baju"

"Nasib baik aku drive. Kalau tak confirm ada break mati tadi,"ujar Anis sambil ketawa.

**************************************************************************************


Abg Transfomerku!Where stories live. Discover now