"huishhh. Style doh badan Syah tu. Tough habis cair aku!" ujar Aminah. aku tenung badan Syah dengan muka menyampah.
Menyampah tu a. k. a jeles sebab badan aku tak se "Sado" dia.
"Apasal perempuan suka lelaki badan sado ni? " aku tanya Aminah dengan nada tidak puas. Dia dah lama dah jadi crush aku. boleh pulak depan mata aku dia puji lelaki lain. Tercabar lah aku yang sudah menjadi crush dia selama delapan tahun.
"hmmm" Aminah pandang aku kemudian senyum. Pastu dia sambung
"Maybe because she feel save? Lelaki ketak-ketak camtu nampak kuat sangat untuk lindungi perempuan yang lemah cam aku. "
Aku diam je. Buat-buat merajuk. Dia bukannya pujuk, tapi dalam hati ni berharap lah dia pujuk.
"Az, kalau badan kau macam dia, hari ni jugak aku suruh masuk meminang" ayat yang diberi Aminah tu mendebarkan hati aku. Ayat cabaran tu. Pantas malam tu aku start workout. Masa workout tu aku tampalkan gambar dia kat dinding sebagai pembakar semangat.
Setelah sebulan workout sampai tegang- tegang urat, aku dapat berita yang Aminah dah kahwin dengan Syah. Celaka.
YOU ARE READING
Certot"Ku
RandomSebuah certot yang mempunya pelbagai ragam cerita di dalamnya. Yang pasti semuanya tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. tiada kaitan juga dengan penulis yang 'handsome maybe ' ni. Just enjoy this story. Give some feedback to me! :)