Remote Control

485 10 0
                                    

Dulu aku selalu gaduh-gaduh manja dengan awek aku bila kitorang nak tengok tv,

Perempuan biasalah, suka tengok rancangan memasak, hal wanita dan sebagainya, aku pulak lelaki, mestilah suka cerita macam wrestling, bola and sebagainya.

Tetapi selalu dia menanglah bro, Biasalah kan, Bila dia dah buat muka comel tu, aku pun cair and bagi dia tengok siaran yang dia mahu. And masa tengok siaran tu, mata aku tak tengok pun kat tv tu, but tatap je mata dia. comel je dia masa tu. Aku tak mahu kehilangan dia. Tak kisah lah kalau remote control hilang dari tangan aku, tak kisah lah kalau aku hilang hak nak tengok siaran kegemaran aku. Demi dia, semua untuk dia.

But tu kisah dahulu, 3 tahun lepas, Sekarang dia dah sah pun jadi isteri orang.Maybe dia tengah gaduh- gaduh manja dengan suami dia merebut remote control. And aku harap...

Dia menang :)

Certot"KuWhere stories live. Discover now