"Ini lakaran yang Tengku nak untuk Yayasan Rais. I buat sehabis baik untuk Tengku and for your information, inilah lakaran terbaik yang i pernah buat selama i berkhidmat di TR Land ini" ujar Nurina panjang lebar.
Lama wajah seakan cina mualaf itu diperhatikan. Matanya yang sepet, alis mata yang lentik, hidung separa mancung dan bibir nipis. Habis wajah Nurina diteroka. Ya, wajah budak ini hampir 95 peratus persis wajah arwah Farid, sahabat baiknya di UKM dahulu.
" yeah, i betul-betul suka dengan hasil kerja you ni. Teliti dan cermat. I suka dengan konsep yang you lahirkan untuk Yayasan Rais ni. Agaknya you punya bakat you dapat dari papa or mama you ye?" Tengku Rais cuba mengorek rahsia Nurina. Mana tahu cubaan dia kali ini berhasil.
" Sebenarnya, arwah papa saya. Dia seorang arkitek juga dulu, sama macam saya dan dialah idola pertama saya"
"I see. Sorry kalau soalan i ni buat you sedih, arwah papa you dulu study dekat UKM ke?"
" Yes. Macam mana Tengku tahu?" Nurina sudah kelihatan terperanjat.
" he's my bestfriend Nurina. Ahmad Farid Abdul Karim right?" soal Tengku Rais lagi.
" Betullah. Itulah nama papa i. Kecilnya dunia. Kalau papa hidup lagi mesti dia gembira dapat berjumpa dengan Tengku semula"
"Tak payah nak bertengku-tengku Nurina. You can call me uncle Rais or daddy kalau tiba-tiba you kahwin dengan my son" Tengku Rais sudah pandai nak mengenakan Nurina.
"Cis orang tua ni. Pandai dia buat kelakar. Nak gelak ke tak ni" desis hati Nurina sambil bibirnya mengukir senyuman palsu.
"Nanti datanglah rumah uncle dekat Country Height. Dekat sana nanti uncle tunjuk dekat Nurina semua gambar papa Nurina dengan uncle time kami belajar dulu"
"Insyaallah uncle"
*********
Pada hari khamis minggu berikutnya, kesemua staff TR Land bertolak ke Balok, Kuantan sempena 'Kick Back Event'. Setiap tahun, TR Land akan mengadakan event ini sebagai menghargai penat lelah staff setelah mereka berhempas pulas bekerja untuk menjadikan nama TR Land terus gah berdiri sama tinggi seperti Syarikat ternama yang lain. Event ini juga di adakan sebagai salah satu medium untuk mengeratkan hubungan antara sesama pekerja yang berlainan department am-nya. Selain itu, pelbagai aktiviti juga telah diatur sepanjang mereka berada di sana selama 3 hari 2 malam.
Faheem dan Taufiq bergerak bersama-sama menuju ke Balok. Dua hari lepas, Faheem ada cuba mengajak Nurina untuk pergi bersama ke Balok. Seperti biasa, dia mengajak Nurina umpama mengajak peti ais. Kaku tidak bernyawa apabila diajak. Nurina hanya mendiamkan diri tanpa perasaan apabila ditanya Faheem. Geram juga hati Faheem bila mengenangkan kedinginan Nurina kepada dirinya.
Semoga Nurina turut serta dalam event kali ini, doa Faheem di dalam hati.Hampir 3 jam perjalanan melalui lebuh raya Pantai Timur, akhirnya dia dan Taufiq tiba di Pantai Rekreasi Balok. Kelihatan ramai staff TR Land sudah tiba di tapak perkhemahan di Pantai itu. Setelah berbincang bersama Taufiq, akhirnya dia bersetuju untuk memilih untuk tinggal di khemah paling hujung.
" Heem kita duduk khemah hujung-hujung sikitlah"
" Bagi aku sebab dia kenapa kau nak khemah paling hujung" soal Faheem sambil memandang Taufiq pelik.
" Sebab kalau hujung, kita dekat dengan tandas dan surau. Kiranya, kalau time azan, aku boleh pecut terus masuk surau untuk duduk di saf hadapan Heem"
Faheem terdiam. Biar betik! Taufiq nak solat di saf paling hadapan? Itu pelik! Taufiq Hamdi ke ni?
*******
Akhirnya, Nurina dan Sakinah turut tiba di Balok. Mereka merupakan orang terakhir tiba di tapak perkhemahan pada petang itu.
"Ni semua salah kau Nurin, kalau kau tak berhenti tidur dekat Hentian Sebelah Maran sampai 3 jam lamanya, mesti kita dah sampai awal tadi" rungut Sakinah sambil mengeluarkan bag pack mereka di bonnet kereta.
Nurina sudah tergelak mendengar rungutan Sakinah. Memang dia yang salah. Mana tidaknya, dia tertidur hampir 3 jam di hentian tadi. Konon nak power nap 5 minit, sekali dia siap mimpi dirinya dikejar dengan Kim Jong Kook didalam Running Man episode 331. Apabila tangan Jong Kook berjaya mencapai tag namanya untuk dicabut, terus dia terjaga dari tidurnya.
"Eleh kina, kau jangan nak banyak bunyi. Time aku bangun tadi pun kau tengah berdengkur dekat sebelah aku. Konon tak mengantuk.Kononlah kau ni Kina, konon!"
"Dah lah Nurin. Aku tak sabar nak jumpa Faheem ni"
" Apasal nak jumpa Faheem pulak?" suara Nurina sudah berubah.
" Biarlah. Faheem tu kacak nak mati. Aku suka nak tengok dia. Kenapa kau jeles ke kalau aku nak try Faheem?" uji Sakinah kepada Nurina.
"Ah malas layan engko Sakinah!aku malasssss!" wajah Nurina sudah bertukar tona kemerahan.
Sakinah sudah ketawa mengilai seperti ....... hmm malas nak cakap disebabkan oleh penulis menulis bab ini pada pukul 3:09 am. Seram pula rasa nak bayang Sakinah mengilai seperti apa!
Tanpa lengah,mereka terus berjalan menuju ke tapak perkhemahan untuk mencari Kak Anita yang menguruskan bahagian penginapan untuk mereka.
Bayangkan sebanyak 200 buah khemah didirikan kenapa khemah ini yang dia dan Sakinah dapat.Balasan bagi orang yang kuat tidur seperti Nurina,akhirnya Nurina mendapati khemah dia dan Sakinah betul-betul di hadapan khemah Faheem dan Taufiq.
" Apalah malang nasib kita Kina!" keluh Nurina lemah.
P/s:Guys, i need your help. Tell me cerita Mahu tapi Malu ni boring ke tidak. I dah rasa malas nak menulis :/
Tapi bila tengok media i, i rasa bersemangat tiba-tiba ;)
YOU ARE READING
Mahu tapi malu
Romance[TAMAT] "semakin kau cuba mengelak untuk bertemu dengan aku, semakin panjang langkah aku mengejar kau Nurina " -Faheem "aku berani janji, kalau aku boleh jatuh cinta dekat mamat tu, aku belanja kau makan pecel lele selama setahun! " - Nurina Ini cer...