Bab 32 ' Angin segera berlalu, terbangkan segala dukaku ke sana'

14.6K 341 7
                                    


Sakinah dapat melihat wajah bengis Faheem sedang berjalan ke arahnya. Dalam debar, Sakinah cuba untuk bangun berdiri.

" Ya a-aku kena lari selamatkan d-diri aku ssekarang" bisik Sakinah sendirian. Dia sedaya upaya cuba untuk bangun.

Tanpa di duga, Sakinah sudah berlari sepantas kilat dan merempuh tubuh Faheem yang sedang berjalan menuju ke arahnya.
Tindakan drastik daripada Sakinah tidak dapat diduga Faheem. Faheem sudah mengaduh sakit kerana bahunya dirempuh kuat oleh Sakinah.

" Sakinahhhhhhhhh kau nak pergi mana hah!" Jerit Faheem sekuat hati apabila melihat tubuh Sakinah sedah berlari ke arah pintu utama rumah pusaka itu.

Sakinah sempat menoleh ke arah Faheem sekilas sehingga meledak ketawanya pada ketika ini. Sedikit saja lagi dia akan keluar daripada kawasan rumah pusaka itu. Dia tidak mahu memikirkan Nurina dan Faheem pada ketika ini. Apa yang bersarang di benaknya sekarang dia mahu melarikan diri segera. Dia mahu segera melarikam diri. Perasaan cuak mula menular di dalam dirinya. Mana tahu tiba-tiba Nurina mati?

Saat kaki kiri Sakinah melewati pintu pagar rumah pusaka, dia sempat ketawa besar sambil berjoget kegembiraan kerana dapat melepaskan diri daripada Faheem. Tiba-tiba, cahaya kereta memenuhi ruang mata Sakinah. Sakinah sudah kaget sendirian melihat kenderaan itu sudah meluru laju untuk merempuh dirinya.

Bunyi rempuhan kuat memeranjatkan Faheem yang sedang mengangkat tubuh Nurina untuk dibawa ke hospital.
Segera Faheem keluar untuk melihat bunyi rempuhan apakah itu.

"Ya allah Sakinahhhhhhhhhhh" bisik Faheem terkejut. Melihat separuh tubuh Sakinah sudah berada di bawah kereta Vios itu membuatkan air mata Faheem bergelinangan.

" Encik. Encik kenal ke mangsa ni? " ujar pemuda milik kereta Vios tersebut penuh kalut.

Faheem hanya mengangguk lesu. Dugaan apakah ini? Dia seakan tidak percaya telah melihat keadaan sebegini buat masa sekarang.

Faheem hanya memerhati sayu melihat tubuh Sakinah diangkat untuk dibawa ke hospital. Menurut lelaki yang melanggar Sakinah sebentar tadi, hayat Sakinah sudah tiada.

"Sakinah telah pergi meninggalkan kita sayang" bisik Faheem sayu di telinga Nurina.

*********

" you siapa? Apa you buat dekat sini? I dekat mana ni?" Ujar Nurina bertubi-tubi kepada Faheem.

Faheem memanjatkan 1001 kesyukuran akhirnya Nurina telah sedar. Dia terus berlari ke arah Nurina dah memeluk tubuh itu erat. Hampir tiga hari Nurina langsung tidak sedarkan diri. Melihat Nurina telah sedar melenyapkan rindu Faheem kepada Nurina.

" excuse me? You ni siapa ikut sedap hati je nak peluk-peluk i? " Nurina sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri daripada dipeluk oleh Faheem.

" Sayang you jangan main-main. Ni i sayangggggggggg. Tak kan you tak ingat i?" Faheem sudah memegang kedua-dua pipi Nurina.

" I tak kenal! Apa yang i ingat, semalam. Semalam i lari dalam hujan sebab i dah.. dah.. urghhhhh" Nurina sudah memicit di belakang kepalanya. Nurina sudah mengerang kesakitan di atas katil.

Faheem kelihatan kaget lantas menjerit memanggil doktor. Penulis juga tidak tahulah kenapa Faheem tidak menekan button merah yang terdapat di atas kepala katil Nurina sekarang. Apa dia ingat menjerit macam tu tak mengganggu suasana hospital ke? Penulis juga hairan kenapa dia perlu menjerit. Tekan ajelah button tu kalau ada emergency yedak?

Nurina sudah diberi suntikan penenang oleh doktor.

" Kenapa wife i tak kenal siapa i doktor?" ujar Faheem risau setelah Doktor selesai menguruskan Nurina.

Mahu tapi maluWhere stories live. Discover now