Faheem:
Nurin, macam mana malam ni? Boleh ke?Nurina membaca whatsapp daripada Faheem sekilas. Dia masih mengeliat malas di atas katil. Biasalah pagi sabtu begini plus diberi cuti pula oleh tuhan jadi Nurina berasa tersangat bertuah kerana diberi cuti berganda!
Faheem mengajak dirinya pergi makan malam bersama. Alasan Faheem sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya. Mengada tau Faheem ni.
Bagi Nurina, birthday party yang Faheem lakukan tempoh hari sudah cukup memadai untuk dirinya.Nurina:
Yes. Boleh je. You nak ambil i ke atau nak i drive sendiri ke sana?Faheem:
No, i akan ambil you. You still tinggal dekat rumah lama you right?Nurina:
Ye la. Dekat mana lagi i boleh tinggal. Ni kan rumah kesayangan i. Siap ada orang menangis dekat tepi pagar rumah i lagi bila dapat tahu i fly ke UK :pFaheem:
Errrrrr. Siapa yang menangis tu ye? Just wondering. Huaaaaaaaaa :( macam mana you tahu!Nurina sudah tergelak di atas katil. Comel betul Faheem ni tau!
Nurina:
Eleh. Ada laaaa. Mana boleh bagi tahu :pFaheem :
Please bagi tahu. Malulah i :(Nurina:
Nak malu apanya. I je yang tahu. No worries. Hmm anyway, thanks sentiasa ada bila i perlukan seseorang, dari dulu sampailah sekarang. Ilysm!Faheem:
Ilysm tu apa? :oTak reply.
Tak reply.
Tak reply.Siapa yang kurang asam sekarang? Nurina lagi kurang asamkan?
Nurina sudah berguling-guling ketawa di atas katil. Ya allah, baiknya Faheem. 'Ilysm' pun dia tak tahu.Semoga Faheem tidak dapat mengetahui 'ilysm' itu apa.
Malam itu,sampai sahaja di hadapan pagar rumah Nurina, Faheem terus teringat akan dirinya yang pernah menangis teresak di tepi pagar itu. Faheem menggeleng perlahan. Malu pula dia rasa apabila teringat akan peristiwa itu.
Hampir 5 minit menunggu, akhirnya kelibat Nurina kelihatan menghampiri pintu pagar rumah pusaka itu."Ya tuhan, cantiknya dia" puji Faheem sendirian.
Melihat penampilan Nurina malam ini membuatkan dada Faheem berdebar semacam.
Nurina hanya memakai dress labuh berwarna hitam dipadankan dengan selendang bunga tulip. Entah aura apa menjadikan Nurina secantik ini!"Hai sorry lambat. Sakinah banyak sangat soalan ditanyanya sebelum i nak keluar tadi" ujar Nurina semasa melihat Faheem membukakan pintu kereta untuknya.
" Tak lambat pun. I pun baru je sampai sebenarnya" ujar Faheem sambil tangannya sibuk memakai seat-belt.
Tiba-tiba, Nurina lihat tangan Faheem seakan mahu memeluk tubuhnya. Nurina apa lagi, terus memejamkan matanya.
" hehehe. I nak pakaikan you ni lah! Yang pejam mata kenapa?" Sambil tangan Faheem menarik seat-belt di tempat duduk Nurina.
" fuhhh. Saspen tau dia ni" bisik hati Nurina. Dia sudah termalu sendiri. Bau perfume Faheem menjadikan perasaan Nurina terbuai sebentar. Entah perfume apa yang Faheem pakai. Baunya sungguh mengasyikkan!
"Kita nak makan dekat mana ni Heem?" Nurina menoleh di sebelah dan melihat Faheem hanya tersenyum sambil mengangkatkan bahunya.
Lucky I'm in love with my best friend, Lucky to have been where I have been, Lucky to be coming home again.
Tiba-tiba kedengaran lagu Lucky by jason mraz di Fly fm. Faheem bernyanyi kecil sambil menjeling ke arah dirinya. Entah kenapa perasaan Nurina sudah lain macam.
Lucky we're in love in every way, Lucky to have stayed where we have stayed, Lucky to be coming home someday.
Laju jari Nurina menekan off di radio kereta Faheem.
" Ish apa matikan lagu favourite i kot ni!" Faheem sudah menekan on semula.
Nurina mengeluh lemah. Risau sungguh dia jika tiba-tiba dia akan mengajak Faheem berkahwin pada malam ini. Perasaannya sudah lain macam terhadap Faheem!
Selepas selesai makan, Faheem mengajak Nurina ke Bukit Ampang di mana merupakan lokasi yang boleh melihat suasana Kuala Lumpur pada waktu malam. Nurina melihat jam di tangannya. Sudah pukul 10 malam.
" Best ke naik Bukit ampang ni?" Soal Nurina kepada Faheem.
" Takde lah best sangat. I nak you tengok sendiri. Sabar ok. Tak jauh dah" ujar Faheem sambil sibuk memandu.
Kebiasaannya malam minggu begini memang ramai anak-anak muda akan naik ke Bukit Ampang. Pertama, mungkin hendak menikmati panorama Bandaraya Kuala Lumpur dan yang kedua, mungkin untuk duduk berdua-duaan bersama pasangan masing-masing. who knows?
Masih Faheem ingat, rakannya semasa belajar dahulu pernah di tangkap khalwat di Bukit Ampang kerana berdua-duaan dengan kekasihnya di dalam kereta. Faheem sendiri seakan sukar untuk mempercayai. Tak kan duduk dalam kereta pun kena tangkap basah?
Kalau Faheem ceritakan hal ini kepada Nurina sudah tentu Nurina tidak mahu mengikutnya naik ke Bukit Ampang itu. Jadi, Faheem sudah nekad untuk memandu terus ke Bukit Ampang tanpa rasa takut malah risau!Sampai sahaja di Bukit Ampang, sudah banyak kereta di parkir di bahu jalan di sepanjang bukit itu. Faheem mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya di permulaan bukit itu. Segera dia mengajak Nurina untuk keluar dari kereta.
" Okay kita dah sampai. Jom keluar."
Nurina hanya mengikut langkah Faheem keluar dari kereta. Kelihatan agak ramai juga orang sedang menikmati panorama indah ini. Dalam diam, Nurina juga berasa teruja apabila melihat cahaya Kuala Lumpur pada waktu malam begini.
" Cantiknyaaaaaaa. I suka sangat " ujar Nurina sambil mendepakan kedua tangannya. Ala-ala cerita Titanic macam tu.
Faheem hanya tersenyum melihat telatah Nurina. Macam budak-budak!Hampir 2 jam mereka duduk menyaksikan panorama indah pada malam itu, akhirnya Faheem mengajak Nurina pulang kerana sudah lewat malam. Kelibat orang ramai juga sudah tidak ramai pada ketika ini. Setelah Nurina masuk di dalam kereta, Faheem terus bertanyakan tentang "ilysm".
" Nurin, ilysm tu apa?"
Nurina sudah kaget. Dia terdiam membisu tanpa bicara sepatah pun.
" Cepatlah i nak tahu. Pleaseeeeeee" Faheem sudah merayu seperti kanak-kanak yang mahukan permainan.
" errr i i i pun tak tahu sebenarnya" suara Nurina sudah tergagap-gagap.
" Tipuuuuuuu. Please just tell me what it is!"
Lama mereka berdua di dalam kereta. Faheem masih merenung Nurina di sebelahnya. Nurina sudah tidak reti duduk diam. Resah bercampur risau.
" ish tulah kau Nurin. Main-main sangat nak cakap ilysm lah ape lah. Tengok sekarang kau yang terperangkap" bisik hati Nurina.
" Nurin you ingat lagi tak, sebab apa you menjauhkan diri you dari i?" soal Faheem tiba-tiba.
" Emmm. I tak ingat. Benda dah lama kan Heem?" Nurina cuba beralasan. Bukan dia tidak tahu sebabnya. Dia melarikan diri dari Faheem kerana malu dia sudah mencium bibir Faheem pada malam itu!
"Bukan sebab ni?" Faheem sudah mendekatkan wajahnya di hadapan wajah Nurina. Entah kenapa jantung Nurina sudah rasa mahu terkeluar. Melihat wajah Faheem sedekat ini menjadikan tubuhnya turut kaku. Melihat bibir merah jambu Faheem Nurina sudah menelan air liurnya. Faheem mendekatkan lagi wajahnya di hadapan Nurina. Nurina sudah memejamkan mata, seakan merelakan perbuatan Faheem.
Tiba-tiba, tingkap kereta Faheem diketuk oleh seseorang dari luar!
✉ jeng jeng jeng! Extra update for my beloved readers :* if ada yang tak tahu, lagu kat media tu tajuk dia Lucky by Jason mraz.
YOU ARE READING
Mahu tapi malu
Romansa[TAMAT] "semakin kau cuba mengelak untuk bertemu dengan aku, semakin panjang langkah aku mengejar kau Nurina " -Faheem "aku berani janji, kalau aku boleh jatuh cinta dekat mamat tu, aku belanja kau makan pecel lele selama setahun! " - Nurina Ini cer...