Akta Syaitan (9)

218 4 0
                                    


dia secuit pun tak memandang tebing tingkap kamar hospital ketika ratusan demonstran menjadi ribuan demonstran. bibirnya cuba tersenyum walau kelat sambil diperhatikan di CCTV. big-big brother memeluk bahu mereka masing-masing memerhatikan dari kaca skrin tentang tingkahlaku mamat yang seorang ini.m

dia tak mahu mengaku salah seperti kawan-kawannya yang lain. dia tak akan tunduk kepada sesiapa pun. daulah akan menang dan berjaya mengendurkan keadaan sekiranya dia mengaku salah walau hanya satu lafaz.

dia tak akan tunduk kepada sesiapa pun. dia mahu memanaskan lagi keadaan apabila dia mendapat tahu ada menteri agama menyonglap duit anak yatim dan berbelanja di Paris. dia jadi bengang sebenarnya, menganggu meditasi selama puluhan hari dia didekamkan. dia menarik nafas pelan-pelan apabila mendapat perkhabaran itu di kaca tivi. dia tahu Tuhan menjadi saksi terhadap agama meditasi ini.

perubahan dia menarik minat big-big brother yang menyaksikan. apa yang membuatkan dia seperti terganggu dan kembali menumpukan perhatian? big-big brother tertanya-tanya. ini adalah banduan politik muda yang perlu diawasi. gerak-gerinya perlu diteliti. kita pernah menghadapi Anwar Ibrahim, kita pernah menghadapi Mat Sabu, kita pernah menghadapi Ibrahim Libya. budak ini ingat dia siapa?

mulai sekarang dia bernazar untuk melakukan puasa dengan lebih radikal. dia mahu berpuasa dan tak makan-makan. dia tahu dia terlalu lemah buat masa ini. badannya terlalu kering hingga perlu dipapah. tetapi dia mesti terus gagah. cuma ada dua sahaja jangkaannya akibat dari protes radikal ini, dia akan keluar sebagai hero baru yang anti kepada segala hero-hero yang sedia ada. atau dia mati.

tidak ada makanan yang dijamahnya semenjak dia dipulangkan dari hospital ke kamar besinya. polis-polis penjara diingatkan supaya jangan sesekali bersimpati terhadapnya. 'kita mahu tengok dia boleh tahan berapa lama' ujar seorang dari big-big brother. mereka memasang CCTV di dalam kamarnya. mahu tengok sejauh mana dia boleh bertahan dari godaan makanan. mereka meletakkan makanan di dalam kandang besinya. 

dia hanya menatap sahaja makanannya. hanya air sejuk yang disentuhnya pada hari ketiga. apabila masuk hari keempat, dia mulai memasang niat yang baru iaitu tak akan sentuh lagi air yang disediakan. dia tahu manusia tak boleh hidup lama tanpa air. dia mahu mencabar dirinya sendiri. dia mahu melepasi segala penjara-penjara yang menjadi ketakutan kepada dirinya selama ini. dia mahu menimbulkan kebencian terhadap regime. dia mahu membuktikan, sesiapa sahaja boleh melawan dan menang meskipun cuma seorang. dia tak akan membenarkan regime menang ke atas dirinya. dia tak akan menyerah kalah. mereka hanya boleh mengambil mayatnya tetapi bukan hayatnya. 

persoalan melawan walau seorang, adalah persoalan paling wahid yang difikir-fikirkannya selama ini, benarkah kita boleh melawan walau seorang? dia tertanya-tanya, dia berteori-teori, bolehkah dia melawan majoriti? bolehkah dia yang seorang tetap mempunyai pandangan yang bertentangan? tetapi dia membakulsampahkan semua teorinya ketika biliknya disergah oleh polis-polis daulah pada suatu malam. pada saat itu dia sudah mengepalkan kedua belah penumbuknya untuk menguji sendiri teori, melawan walau seorang.

big-big brother mulai cuak saat gelas air itu masih penuh seperti sejam yang tadi. 



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Akta (Syaitan)Where stories live. Discover now