Akta Syaitan (3)

389 14 1
                                    

Para syaitan marah mereka dipanggil syaitan. Babi apa ni. Dah itu nama mereka, kenapa marah pulak? Para syaitan menggubal undang - undang, supaya tak dibenarkan memanggil syaitan sebagai syaitan. Mereka akan tembak sesiapa sahaja yang memanggil syaitan sebagai syaitan. Syaitan tak boleh dipanggil sebagai syaitan. 

Akta itu terlalu luas cakupannya. Para syaitan berleluasa membuat apa sahaja, dan mereka menciptakan undang - undang yang mengkritik perilaku mereka. Rakyat membayar cukai untuk membayar cukai. Ini adalah kebabian yang paling babi. Sesiapa sahaja ditangkap sebaik sahaja akta itu diluluskan di dalam parlimen. Dalam parlimen, semua ahli politik tidur. Tidur dan kencing. Kencing kepala kau.

Sesetengah orang seperti Encik Sani, mulai bengang. Dia mencadangkan untuk menghasut orang tutup elektrik atau warnakan jalan untuk protes, tak payah susah-susah turun jalanraya yang tak mendatangkan apa-apa. Sesiapa yang turun jalan, lepas tu dengar ahli politik menyanyi, memang bodoh anak haram. Orang - orang pedalaman di Chiapas, Mexico pun tidak sebangang orang - orang di negeri ini. Hehe. 

Syaitan - syaitan makin berleluasa. Di mana - mana sahaja mereka membuat porak poranda. Orang makin stress. Kehidupan borjuah mereka makin terganggu. Duit mereka makin dicekau setiap hari. Setiap bulan, pendapatan mereka makin dikikis, kebebasan berpendapat semakin terhakis. Para syaitan bukan sahaja mahu merembat pendapatan mereka, bahkan merembat pendapat mereka. Ahli - ahli politik selain tidur dan kencing dalam parlimen, mereka juga mahu menggunakan segala senjata yang ada untuk mempertahankan kekuasaan mereka di hari kemudian. Mereka juga perlukan Akta Syaitan ini. Akta Syaitan ini berupaya melindungi mereka jika kelak suatu hari nanti mereka menjadi syaitan ni. Mereka hanya pura - pura membentak seperti monyet, atau menyalak - nyalak seperti anjing liar yang lapar. Mereka akan bergaduh bermati - matian tentang apa sahaja isu, tetapi mendiam seperti babi kenyang apabila elaun mereka akan dinaikkan. 



Akta (Syaitan)Where stories live. Discover now