1

499 1 0
                                    

"Err, its Atira no H, Atyra with a Y, Athirah with H, or Athirah with H in the middle?" Tanyaku pada gadis didepanku. Fuh, cantik habis. Mukanya mengingatkanku pada seorang aktres, Nora Danish. Sebiji! Cuma yang ini matanya sepet sedikit.

"Whatever you want to put, just put. Cepat sikit boleh? Im so rushing, please." Katanya dengan nada sombong. Er, yelah kot sombong. Riak mukanya selamba. Ah, aku terus menulis namanya di cup dengan 'Atirah'. Gasaklah, tadi dia kata whatever kan?

Sedang membuat coffee green tea yang dipesan seorang Atirah sebentar tadi, aku terdengar pergaduhan mulut. Siapa tu? Aku menoleh 90° dari tempat mesin coffee dan mataku terpaku melihat keadaan gadis itu. Ya, gadis seorang Atirah. Or Atyra. Or Atira. Ah, whatever! Kulihat dia sedang bercakap didalam telefon, mukanya tegang seakan-akan bergaduh, tangannya terawang-awang. Sekejap-sekejap menunjuk penumbuk, melepaskan penumbuk di udara. Perbuatannya itu seolah-olah marah benar terhadap orang yang sedang bercakap dengannya ditelefon. Dan tidak lupa juga, perbuatannya itu bukan sahaja menarik perhatianku, malah menarik perhatian beberapa customer di cafe ini juga. Aku biarkan saja perkara itu, dan meneruskan kerjaku yang tergendala sebentar tadi.

Loceng aku bunyikan tanda pesanan gadis tadi siap. Dia tidak terus ambil. Oh, dia sedang duduk di kerusi berdekatan kaunter dengan mukanya dimeja, berbantalkan lengan. Aku syak dia ni macam... Menangis? Tadi marah, ni menangis pulak? Biarlah, nanti pandai-pandai la dia ambik coffee ni.

Setengah jam selepas tu, dia masih tidak bergerak. Jadi, aku membuat keputusan untuk melihat keadaanya selepas melayan seorang pelanggan.

Aku mendekatinya, dengan tangan kiriku memegang coffeenya. Coffee itu aku letak di atas meja. Bahunya aku cuit. Tiada respon.

"Atirah?"

Juga tiada respon.

Perlahan-lahan aku duduk disebelahnya, menggoncangkan bahunya dengan berhati-hati. Juga tidak bergerak. Mukanya yang tertutup dengan rambut ikalnya, aku selak.

Lah, tidur rupanya!! Cis, tak guna. Mati-mati aku ingat dia menangis. Tapi... Hidungnya merah. Macam baru lepas nangis. Apa aku nak buat ni? Nak kejut dia? Puas aku kejut ni, tak bangun jugak. Nak simbah dia air? Ish, macam kejam sangat. Biarlah dia tidur dulu. Kejap lagi bangunlah ni. Aku gapai coffeenya untuk letak di freezer sementara menunggu gadis ini bangun, dan kakiku melangkah ke kekaunter semula meneruskan kerja. Sambil sesekali mata nakalku memerhatikan keadaan dia. Tidur mati dia ni.

**********

Shift aku sudah habis, pukul 10 malam tadi. Sekarang, pukul 10.15. Macam biasa sebelum balik lepak sekejap kat sini. Aku hampir terlupa tentang gadis itu. Mujur semasa menyimpan ais di freezer, aku ternampak cup bernama Atirah. Sudah bangun ke dia? Atau dia dah balik? Dengan tergesa-gesa, aku menanggalkan apron. Aku pergi ke depan. Ya, tepat sangkaan aku. Dia masih tidur. Dari pukul 8.30 malam tadi. Masalahnya, lena pulak dia tidur berbantalkan lengan? Sebelum cafe ni tutup, baik aku kejutkan dia. Coffee milik dia aku letakkan di meja. Aku menggoncang bahu gadis itu. Tak jalan.

Ah, fedup pulak aku kejut dia ni. Betul-betul tidur mati ni. Aku pergi ke sinki dengan membasahkan sedikit air ditanganku. Aku renjis-renjis dimukanya. Shit, tak jalan jugak!

"Asal bro? Girlfriend hang ka?" Tanya Raziq, kawan sekerjaku.

"Eh dok eh. Customer kita ni, bro. Tidur dari 8.30 tadi. Aku syak dia ni tidur mati lah. Puas aku kejut."

"Lah, apa susah. Hang angkat ja lah bawak masuk kereta hang. Senang-senang, dapat rezeki malamni! Kahkahkah!" Balas Raziq. Ceit, ingat aku macam tu ka?

"Otak hang! Anak dara orang ni, Ziq. Dahlah, hang pi sambung kerja. Biaq aku settle dia ni." Aku tak tahu kenapa aku cakap loghat Kedah bila cakap dengan mamat ni. Walhal, asalnya aku orang sini je. Kahkahkah.

Aku masih memikirkan apa lagi idea yang patut aku sedarkan gadis ni. Rata-rata customer dok usha kami macam kami tengah beromen. Apa? Hangpa pelik ka? Aku lagi pelik sekarang ni kenapa dia ni tak reti-reti nak bangun. Takkan aku nak biar je dia tidur kat sini? Kot-kot entah mamat mana angkut dia ke? Aik, kenapa aku prihatin pulak pasal dia ni?

Aku takde pilihan lain. Aku dukung dia bawak masuk kereta. Beg, coffeenya aku angkut sekali. Aku baringkannya di tempat duduk belakang. What now? Nak bawak dia pergi apartment aku? Fikir, Mikael. Fikir!

Aku hentikan keretaku di kedai thai berdekatan apartmentku. Bungkus nasi goreng paprik 2. Mestilah bangun-bangun je dia lapar kan? Selesai beli, aku try lagi kejutkan dia. Masih tak jalan. Shit, kenapalah aku? Apa dosa aku? Sekarang ni aku tak ubah macam orang gila, dok fikir apa patut aku buat dengan dia ni. Aih, Atirah, Atirah. Nasib baik kau ni lawa. Aku start engine, menuju ke apartmentku.

Nak dukung dia ni aku tak kisah. Berat pun macam budak darjah 6. Tapi masalahnya, tak ke pelik kalau sesiapa nampak aku bawak dia ni? Aku rasa, takde pape kot. Sebab penduduk kat sini semuanya busy dan tiada masa nak ambil tahu hal orang. Gasaklah! Malas aku nak fikir pape dah. Esok aku ada class ni!

Semasa aku mengangkat begnya, sesuatu terjatuh. Macam... Botol ubat? Aku ambil botol itu dan mencari nama ubat itu. Ubat batuk. What. The. Hell. Ubat batuk! Budak ni overdose ubat batuk ke?! Ya, aku syak memang dia overdose. Patutlah tidur mati. Tapi kenapa?

* * *

Aku meletakkan dia di katil bilik sebelah, yakni bilik just in case ada sesiapa nak menumpang tidur ke. Dia memakai dress. Jadi, semasa aku meletakkan dia di katil, dressnya itu terselak sedikit sampai ke betis. Aku menelan air liur melihat betisnya yang putih gebu itu. Sial lah. Macam-macam fikiran jahat muncul di otakku ini dan dengan segera aku menepis macam aku menepis lalat. Pantas, cekap! Ya! Aku menyelimutkan badannya. Wajahnya yang polos cantik, aku pandang. Ingin saja aku usap pipi gebunya. Ah, usap jelah! Tak luak kan? Dengan teragak-agak jariku mengusap pipinya. Aduh, lembut betul. Dia guna pencuci muka apa ni? Safi? Garnier? Syahirah? Rambutnya aku betul-betulkan. Goodnight, Atirah.

FateWhere stories live. Discover now