3

12 0 0
                                    

Aku mendengar ceritanya dengan tekun. Sekejap-sekejap dia menangis, sekejap-sekejap dia marah. Berdasarkan apa yang dia cerita, lelaki yang berbual dengannya di telefon semalam tu adalah boyfriendnya, yang sekarang telah pun menjadi ex disebabkan lelaki itu curang. Bodoh betul lelaki tu, awek sikit punya lawa boleh pulak curang? Dasar! Ohya, boleh kantoi dia curang sebab perempuan tu post gambar mereka bermesra-mesraan di Instagram. Dan lagi, dia bergaduh dengan mama ayahnya. Sebab apa, dia tak bagitahu. Aku faham je.

Sekarang ni dia tengah makan ice cream. Tekun betul dia makan, langsung tak peduli aku kat sini – yang menghadap dia dari tadi.

"Feel better now?" Tanyaku.

Kelihatan dia macam terkejut dengan pertanyaanku. Mungkin aku mengganggu konsentrasi dia menjamah ice cream ketika itu.

"Ya, feel better than before. Sorry i habiskan ice cream you. Kalau nak release tension, i kena makan ice cream, don't know why, dari kecik camni."

"Eh it's ok. Makanlah sampai habis, i bukan makan sangat pun. You makan dulu ekh? I mandi kejap then you siap-siap, i hantar you balik." Aku terus pergi ke bilikku, ambil tuala dan terus mandi.

* * *

Aku keluar bilik, dia sedang baring di sofa menonton tv – ditangannya memegang cup ice cream yang diletakkan didadanya. Channel 611 kartun Upin Ipin tersiar di kaca tv. Dia ketawa perlahan apabila ada yang mencuit hatinya. Cantik dia ni, sumpah. Aku duduk disebelahnya – disofa sebelah. Taknak mengganggu konsentrasinya lagi, aku turut sama menonton Upin Ipin. Tiba-tiba dengan serta merta, dia tercungap-cungap dan bangun dari pembaringannya. Nafasnya tersekat-sekat. Aku dah gelabah gila!

"In my bag, take it out. In my bag!" Dia mengarahkan aku mengambil sesuatu di dalam begnya. Masalahnya apa? Aku menayangkan muka keliru. "Inhaler.." Nafasnya lemah. Ah sudah, dengan pantas aku berlari mengambil inhaler di dalam begnya. Dia menyedut inhaler tu dengan bersungguh-sungguh. Kepalanya aku letak di pehaku.

"You takleh makan ice cream banyak sangat eh?"

Dia angguk lemah.

"So why you makan jugak?" Aku tanya serious.

"Tu je yang boleh buat stress i hilang."
Aku ambil ice cream tu, aku letak kembali di peti ais. Dan kembali semula di sofa. Dia duduk, dan tunduk.

"No ice cream anymore. You stress, i bawak pergi somewhere interesting." Aku tak tahu kenapa aku jadi over-protective. Satu je di kepala aku, aku kesiankan dia yang baru lepas kena dump dengan boyfriend, bergaduh dengan parents.

"Ice cream tu dah jadi macam part of my life. Selamani takde siapa larang i makan ice cream even my parents or my boyfriend. I mean my ex-boyfriend. Asal you je yang concern pasal i?! You tahu tak takde siapa pun kisah pasal i before this. I nak makan ice cream ke, makan pedas ke diorang peduli apa. Nobody care!" Dia seperti naik angin. Dia mengucapkan ayat itu dengan separa menjerit.

Aku diam. Bagi peluang padanya untuk menzahirkan apa yang tak puas hati selama ini.

"I have no one.. My parents are busy with their business. I takde siapa nak ajak borak, nak kongsi apa i rasa. Eh diorang tak peduli la pasal i! Jantan yang pernah i sayang, i pernah anggap everything, dumped i. Seriously? I tak cukup cantik ke?!?? I tak perfect ke?!?" Dia menangis lagi dalam keadaan berdiri.

Aku memegang kedua bahunya. Dagunya aku angkat untuk matanya memandang ke arah aku – atau lebih tepat lagi aku menyuruh dia mendongak memandangku.

"I ada. You can tell everything to me. Everything." Rambutnya yang agak tidak terurus, aku betulkan. Dia memeluk aku, kuat. Didadaku, dia menangis. Dia meluahkan segala-galanya. Tentang ayat manis yang diberi oleh lelaki yang membuatkan hatinya hancur berderai, tentang perkenalan mereka, tentang ibu bapanya yang sibuk. Selesai dia mengadu, aku lap air matanya dan dahinya aku cium. Orang seperti ini, yang dia perlukan hanyalah perhatian. Jadi, tak salah kalau aku bagi sedikit kan? Aku nak dia rasa dihargai. Sebab aku pun pernah mengalami benda yang sama.

"If you don't mind, boleh i tinggal kat sini seminggu dua?" Ketika ini, kami sedang duduk bersantai selepas adegan mengadu nasib tu tadi.

"How about your parents? They don't mind?"

"Trust me, they never care."

"At least you tell them where are you now. Takdelah diorang risau. Atyra, trust me. They actually care. Tapi disebabkan kerja, yea you know, diorang terpaksa buat macam tak kisah. Let them know about you rn. I serious tak kisah you tinggal sini. At least i ada kawan nak makan, tengok tv. You tu, tak kisah tinggal dengan i? Takut you tak selesa ke apa."

"Ya ya, i will let them know. Nope, i tak kisah. Because i know you are good guy. You jenis tak ambik kesempatan." Ujarnya perlahan tapi cukup kedengaran di telingaku.

"Mana you tahu i baik? Entah-entah i ni pengedar dadah ke, perogol ke?"

"Ada ke orang mengaku camni? Hahahaha kalau betul you jahat, i report polis, settle. Ish dahlah, jom main ps4!" Dia menarik tanganku mengajak bermain ps4. Game GTA menjadi pilihannya.

Petang itu, gamat sungguh rumahku dengan gelak ketawa dia. Seorang Atyra yang bagiku dia perfect. Dia punya segalanya tapi kurang perhatian dari ibu bapa. Tapi dari segi lain, dia sempurna. Atau hanya sempurna di mata aku? Kahkahkah! Nak kata aku suka dia, awal lagi. Tapi.. Ye, aku suka dia. Mamposlah, suka je kan?!

Teringat tentang coffeenya, pantas aku membuka peti ais dan mengeluarkan iced caramel machiato nya.

"Wehhhh you simpan lagi kan?! Jahahahahaha what the fuck Atirah? No H ok!"

"Ele semalam you kata apa? Whatever kan? Hahahaah."

"Yea, whatever again. Eh bongoknya i. I tak tahu nama you apa. Ok, start from begin, i Deana Atyra, 19. You?"

Aku ketawa melihat keletahnya yang macam budak kecil. "Deana Atyra eh? I can call you Deana. Deana. Ha nice name. Ok De, i Mikael Affan, 23."

"Nooo, no one call me that! Atyra la!"

"Eh sukati i lah. Deana ok apa. Atyra is too mainstream. Dah-dah, i call you Deana." Jawabku tak mahu kalah.

"Eeeeee!! Nasib baik la lagi tua dari aku! Hahahaha ok fine, i call you erm.. Orang selalu panggil you apa?"

"Hahahaha kwajaq! Selalunya orang panggil Zul Ariffin je. Hehe taklah, Affan."

"Ahhahahaha bajetnya!! Ok kalau camtu, i panggil you Mikael! Ha dah settle."

"Euw no one called me that!"

"I don't care. You pun panggil i Deana kan, no one used that. So fair lah kan?"

Aku hanya mengiakan, sebab nak teruskan main ps4. Tapi –

"Eh you tak kerja ekh? Ooo ponteng!"

"I cuti lah harini. Hahaha sukahati je."

"Oh erm you dah lama ke kerja situ?"

"4 months dah."

"But, you have everything. Apartment and so on."

"You know what Dean, sometimes we must be independent to survive. I nak cari duit lebih, so that's why."

"You're right. Takkan nak harap duit parents je kan. Sampai bila?"

"Ha pandai pun. So, you still study?" Tiba-tiba minatku terhadap ps4 hilang, aku kini lebih fokus tentang dia.

"Yeap, psychology course. You?"

"Woah, a psychologists-to-be lah ni? I? You guess?"

"Ya, soon. Hahahaha mana i tahu. Im so bad in guessing." Ketawa dia... Indah betul. Mata dia yang sepet, bertambah sepet apabila ketawa. Orang kata sepet tu menawan.

"An accountant-to-be. So tell me about your life." Aku mengajaknya bercerita.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FateWhere stories live. Discover now