coretan dari minda kreatif kartunis,
menghiasi dunia
realiti,
diatas sehelai kertas kosong di temani sebatang pencil,
serta mengunakan
teknologi untuk meluahkan segala imaginasi yang tersirat.
Menemani dunia indah
zaman kanak-kanak,
Yang seperti seceria matahari dan secantik bulan dilangit. Yang masih tidak mengerti apa itu kehidupan,
Yang ada hanya kegembiraan dan impian
yang nyata.Sama ada dibaca atau dilihat, Tiada sakit atau derita seperti kita rasai
Yang ada hanyalah khayalan imaginasi yang terlampauMenjadikan manusia itu
mempunyai deria setia untuk terus meminati setiap watak yang ditonjolkan,
Watak
yang bersahaja dan „happy ending
‟.Terkadang mahu menjadi seperti mereka,
mengunakan kuasa bulan dan mentari untuk menumpaskan musuh,
berada diatas
bangunan yang tinggi untuk menjaga penduduk bumi, mempunyai poket sakti untuk
merealisasikan impian mereka yang bernama manusia,
tidak pernah kalah,
Yang ada
hanyalah episod akhir.Pernah terlintas difikiran, Betapa uniknya manusia yang
mempunyai imaginasi yang terlampau,
Hasil kreativiti yang indah dan tidak pernah
suram.
Ya.mereka mampu menghiasi jiwa mereka yang telah dewasa.
Kerana dunia
kartun itu sesuatu yang indah dan penuh warna-warni.
- oleh Qaseh Qassem
YOU ARE READING
Kartun
RandomMereka yang tidak pernah mengenali kartun biasanya mereka yang gelap zaman kanak kanaknya, sedih waktu remajanya dan bila mereka dewasa, biasanya tebal dengan anggapan yang kartun itu sesuatu yang menyesatkan dan membuang masa. Maka zine ini akan...