"woi,bangun lah bongok! membuta je kau.sial punya anak tiri!" herdik Puan Izabella.
Patricia bangkit sambil merenung lemah pada ibu tirinya yang garang. Biasalah,
sesuatu yang tipikal bagi pembikin drama apabila watak anak tiri akan jadi mangsa
rakus sang ibu tiri. Selesai saja mandi, anak kecil itu duduk di hadapan
televisyen.Dia tertawa sendiri melihat kucing warna biru itu beraksi dalam televisyen
itu.dia tak tahu cerita apa dia tonton.yang pasti itu kartun."ibu Izabella, binatang apa warna biru ni?" tanya Patricia.
"woi, buat apa kau tengok cerita tu. tu Daramon. sejenis hidupan yang suka merogol
budak perempuan malah budak lelaki.kau tak takut ke? dah tutup cepat!" jawab
Puan Izabella diiringi dengan balingan pinggan kaca.Anak kecil itu lantas berlari menuju kamar dengan kepala berdarah di
kepala.Menangis dia seorang diri. Tiap hari dia tidak berpeluang menonton cerita
kartun.Pasti ibu tirinya akan beri sebab bahawa menonton cerita kartun persis
menonton cerita seks,horror dan pembunuhan kejam.Dia bilang Sepanbob itu suka
bunuh budak kecil dan macam macam lagi. Patricia takut.bip bip bip*bunyi aneh yang datang dari laci meja belajar Patricia.laci meja terbuka
sendiri dan tiba-tiba..."Hai Patricia. kenapa kau bersedih? tanya makhluk kotak berwarna kuning yang
keluar dari laci meja sambil memegang spatula."err,awak Sepanbob kan?" riak wajahnya bertukar gembira. Makhluk yang digemari
muncul di depannya.tanpa banyak bicara, Sepanbob mengajak Patricia ikut sama pergi ke alamnya.Alam
kartun dia bilang. mereka sama-sama masuk ke dalam laci itu dan tiba di
KARTUNISIA. satu alam kartun yang tiada batasnya. Alam di mana jika dipukul
bertubi-tubi tak akan mati,tak akan sakit. Alam yang sentiasa punya satu pakaian saja hingga akhir episod.Alam yang boleh tengok makhluknya punya perempuan seksi
bermata besar yang cantik dan juga hodoh. Alam yang penuh dengan keceriaan.
Patricia begitu teruja. dia berjalan sekitar KARTUNISIA. eh, itu Daramon. eh,
Pikacu. macam-macam watak jahat yang sering diceritakan ibu tirinya. Tapi , mereka
kelihatan comel je. Ibu pasti tipu. benci ibu.bisik Patricia.Patricia begitu gembira dan
seperti tidak mahu pulang ke dunia nya. Dunia realiti. Dia terus di awangan.semua
makhluk di KARTUNISIA melayan dia dengan baik.Gembira Patricia terganggu apabila muncul raksasa yang hodoh lagi ganas serta
seram dihadapannya. Memarahinya , memakinya dan memukulnya. Anak kecil itu
hanya mampu bertahan.Raksasa itu menyuruhnya pulang .dia tak mahu tinggalkan
KARTUNISIA. dia rela diperlakukan seperti anjing .Raksasa itu menangis.tiada
yang mustahil di KARTUNISIA.hari demi hari berlalu,
"Awak buat apa dekat Patricia. Kenapa dia jadi macam ni. tak habis-habis dia
menyebut Sepanbob , Daramon.Tiba-tiba dia ketawa seorang diri." tanya Encik
Johnny,peniaga stokin dan seluar dalam yang juga bapa Patricia."saya mana buat apa-apa."lantas Puan Izabella keluar dari bilik Patricia sambil buat
muka celaka.Tinggal Patricia seorang diri di alam KARTUNISIA nya.
- Oleh Syafiq Mohamad
YOU ARE READING
Kartun
RandomMereka yang tidak pernah mengenali kartun biasanya mereka yang gelap zaman kanak kanaknya, sedih waktu remajanya dan bila mereka dewasa, biasanya tebal dengan anggapan yang kartun itu sesuatu yang menyesatkan dan membuang masa. Maka zine ini akan...