Kotak segi empat di ruang tamu yang melayarkan imej yang bergerak-gerak
mengejakulasikan daya imaginasi Luc. Dia memerhati kotak segi empat itu tanpa
mengelipkan mata. Terpampang watak kartun budak lelaki yang berkening tebal
sedang berjimba-jimba yang perangainya yang mengharukan keluarganya. Usai
rancangan watak berkening tebal itu, dia menonton kisah Puteri Bulan di mana
apabila watak utama sedang bertukar menjadi superhero, dia terasa cucukan hormon
yang merangsang mindanya. Kemudian, dia menonton kisah Bola Naga, di mana
seekor budak berambut pacak berpencak kungfu yang nyawanya tak pernah habis
melawan orang dewasa yang punya tenaga kuat.Luc kagum akan kehebatan watak-watak pada skrin kotak segi empat itu. Dia mahu
jadi hebat, macam watak-watak itu. Esoknya, dia mengimitasi si budak lelaki yang
berkening tebal. Keningnya dilukis dengan marker hitam milik abangnya. Seluar
pendek kuning dan baju merah dikenakan. Usai, dia menuju ke taman sambil
berjimba-jimba. Dalam perjalanan, dia terlanggar seorang perempuan yang
bermekap tebal lalu terjatuh. Matanya disayukan. Kakak itu dalam perkiraan Luc
kurang cantik."Akak minta maaf. Adik okay ke? " Luc menggeleng. Perempuan itu membantu Luc
bangun. "Nak aiskrim tak? " Dia mengangguk. Aiskrim dibelikan dan diberikan
kepada Luc. "Kak, kenapa kakak pakai tepung banyak sangat dekat muka? "
Perempuan itu terkedu dan membalas, " Ini bukan tepung ni, ini make up, nampak
lagi manis tau kalau pakai make up. " Luc diam dan memerhari kakak itu sambil
menjilat aiskrimnya. "Kak, boleh saya jilat muka akak, nak tahu rasa manisnya
macam mana. " Muka perempuan itu berkerut. Telinganya merah. Dia segera
meninggalkan Luc keseorangan di taman itu. Luc terkebil-kebil lalu kembali ke
rumah.Esoknya lagi, dia mengimitasi si Puteri Bulan. Gaun putih, milik kakaknya
dikenakan. Dahinya dilukis dengan simbol bulan sabit dengan marker kuning milik
abangnya. Usai, dia menuju ke taman dengan langkah ayu Puteri Bulan. Setibanya
dia di taman, ada seorang kanak-kanak yang lebih kecil daripada Luc tengah dibuli
oleh sekumpulan kanak-kanak lain. "Hei, kalian. Dengan kuasa bulan, akan
menghukummu." Mereka terkedu melihat Luc. Salah seorang kanak-kanak tersebut
tergelak lalu menjerit, "Woi, pondan mana ni?!"" Maaf ku tak pernah berterus terang, bukan ku tak mempercayaimu, namun
sebelum ku beganti rupa, ingin aku menemuimu.." Luc mengalunkan lagu Puteri
Bulan sambil memusing-musingkan badannya. " Bertukar! " Gaun putih itu
dilucutkan. Dia membuka langkah perwira. Kumpulan kanak-kanak pembuli itu
semakin galak ketawa. Luc memerhati dirinya sendiri. Malu. Dia berbogel rupanya
dan berburung. Laju-laju dia berlari kembali ke rumah.Hari esoknya lagi, dia mengimitasi seekor budak berambut pacak. Baju melayu
miliknya dikoyakkan kedua-dua lengannya. Gel rambut milik abangnya ditempek ke
rambut dan dipacakkan. Tanpa berkasut, dia menuju ke taman seperti hari-hari
sebelumnya. Ketika melalui lorong perumahan, ada seorang tua tengah dirompak
oleh dua orang remaja yang selekeh. " Bang, bang, buat apa tu. " Luc menegur. Salah
seorang remaja yang tengah memegang pisau menyinga. " Budak, berambus. ni
bukan hal kau.""Abang, saya penegak keadilan. " Kata Luc sambil mara menghampiri mereka. "Pergi
lah bodoh! " Luc memasang kekuda. Kedua-dua belah tangannya diletakkan kan di
sebelah kanan dan membentuk sebuah mangkuk. " Kamehameha. Super!" Kedua-
dua tangannya digerakkan ke depan meniru watak budak pacak. " Kau memang
bodoh." Remaja itu semakin galak marahnya lalu menyodok perut Luc. Dahi Luc
berkerut. " Aku Son Goku. Nyawa aku tak pernah habis. Nanti kita lawan lagi. " Dia
lalu jatuh tersembam. Berlumuran darah. Remaja-remaja terbabit melarikan diri.
Dia kembali semula ke rumah, tanpa jasad.Luc, nyawanya tidak pernah habis. Tidak pernah habis di mata kakak dan abangnya.
Segala barang yang pernah Luc gunakan ketika di samping mereka sekeluarga disimpan baik-baik. Ketika kelahiran adik yang baharu, kotak segi empat itu tidak
pernah lagi dihidupkan di kediaman mereka.
- Oleh Lucifer
YOU ARE READING
Kartun
RandomMereka yang tidak pernah mengenali kartun biasanya mereka yang gelap zaman kanak kanaknya, sedih waktu remajanya dan bila mereka dewasa, biasanya tebal dengan anggapan yang kartun itu sesuatu yang menyesatkan dan membuang masa. Maka zine ini akan...