Suara

262 3 4
                                    

"Weyh, post gambar ni kat ig,"

Gina melihat gambar yang diberi padanya melalui aplikasi ws. Cantik. Scenery. Eh? Nama dia. Di tengah gambar.

"Bagi aku? Nak aku post lagi?"

Ihah selalu bagi gambar yang dia tangkap sewaktu berjalan kepada Gina. Gina pun jenis rajin post gambar dekat ig. Selalu jugaklah Gina post gambar yang dia bagi tu.

"Boleh jugak. Aku pun malas nak post,"

Gina melihat gambar yang siap diedit. Memikirkan caption sesuai.

"Kau bagi capt. Ingat senang ke nak bagi capt. Sakit kepala aku,"

"Haa.. erm. Not me, but her. She inspired me,"

"Puih ihah puih,"

"Letak lah capt sendiri kalau gitu,"

"Okay,"

Bluetick. Eh? Greytick. Ihah hide bluetick. Shit.

Gina log in ig dia. Post gambar yang Ihah beri.

"Never failed make me impressed for her works. Every single pic inspired from her"

"Dah gi tengok,"

"Alamak capt kauuu.. malu tittew. *emoji monyet tutup mata*"

"Well, this is Gina dude. Gina. Sweet talker terhebat abad ini,"

"Pergi mampos,"

"Okay,"

"Gina? Gina?"

Grey double tick.

Ihah biarkan. Busy agaknya.

~esok~

Seorang pelajar dijumpai mati setelah terjun dari bangunan asrama yang didudukinya. Mayat dijumpai bersama telefon pintar dan sekeping kertas yang bertulis 'aku mati kerana suara'. Punca kematian masih disiasat. Waris mangsa masih tidak dapat dihubungi. Sesiapa ada maklumat tentang mangsa boleh berjumpa pihak polis berdekatan.

Gina! Apa kau buat ni.

Bip! Bip!

"Kau nak sangat aku mampos kan? Aku dah mampos. Bergembiralah,"

Terlepas telefon pintar milik Ihah.

'Ihah ohhhh Ihah. Mari lah sayang. Mari ikut aku. Mari' suara itu begitu dekat. Mendayu sahaja. Memanggil dirinya datang dekat ke arah balkoni milik Ihah.

'Marilah. Terjun. Ikut aku. Aku tunggu kau' suara itu kembali. Ihah tanpa sedar bergerak ke arah balkoni. Tanpa sedar juga, dia duduk diatas balkoninya.

'Mariiiii.. Hahahahah' suara itu mengilai.

PAP!

Aaaaaaaaa. Jeritan Ihah memecah kesunyian kawasan kondo itu.

Seorang perempuan ditemui mati setelah terjatuh dari rumahnya. Mayat dijumpai bersama sehelai kertas. 'Aku mati kerana suara' . Kematian misteri ini akan dijalankan siasatan lanjut.

Jangan kau seru aku. Aku akan datang. Hahahaha.

CERPENWhere stories live. Discover now