Negara

418 0 4
                                    

"Akak, boleh tolong saya?"

Aku mendongak.

"Tolong apa yadh?"

Fayadh datang rapat kepadaku. Keberadaan aku ini di perpustakaan kampus. Fayadh ni junior aku. Sudah ku anggap sebagai adik sendiri. Aku dengar Fayadh ni playboy dikampus ini. Aku tidak pernah kisah. Adik-adik sahaja aku anggap dia ni.

Kawan-kawan aku selalu menasihati aku supaya jangan terlalu rapat dengan Fayadh. Aku kira mereka dengki kerana kekacakan Fayadh amat tidak dapat dinafikan. Tinggi, putih melepak, sado. Nerdy style yang selalu dia bawa menambah lagi tarikan padanya.

"Kak? Ohhh kak?" Tangan Fayadh sudah melambai-lambai dihadapanku.

"Ya? Nak minta tolong apa?" Rapat betul budak ni. Nafas Fayadh seakan disebelah telingaku. Aku toleh kekanan. Di mana duduknya Fayadh.

"Auch," aku mengaduh. Hidungku terkena bahunya. Okay. Ni memang rapat. Rapat sangat. Sangat rapat. Faham tak? Rapat dia macam mana? Fahamkan? Bagus.

"Sorry kak sorry. Ni rahsia. Tu yang rapat gini," dia meminta maaf. Seperti boleh membaca fikiranku.

"Ha apa dia?"

"Akak kenalkan Sarah?"

"Kenal sangat. Kenapa?"

"Boleh mintakan nombor dia tak? Saya nak kenal dengan dia lah,"

"Aik? Kau nikan player. Mintalah sendiri," terkejut aku. Buaya ni minta tolong ngurat anak dara orang? Ni satu lagi ni. Jarak dia dengan aku ni tak lah jauh mana. Ntah macam mana nafsu aku ni menggelegak. Haish haish. Bahaya bahaya.

"Ala.. boleh lah kak.. Pehlishhhh," rengek Fayadh. Dia ni dengan aku je macam ni. Kadang-kadang tergoda juga aku dengan dia ni. Haih.

Tangan Fayadh sudah naik ke bahu aku. Dipautnya kejap. Badan aku dan badan dia sudah berlaga. Rapat sangat niim. Aish aish. Aku tengok keliling. Laaaaa.. aku berdua je dengan mangkuk ni?

Aku tolak tangannya. Tak. Aku cuba tolak tangan dia. Tak boleh. Berat betul.

"Emph," terkeluar pulak nafas nafsu. Shit. Jari dia bermain ditelinga aku.

"Kak, boleh?" Dia bisik itu ditelinga aku. Aku angguk kecil.

"Okay. Nanti saya minta akak," dia berlalu pergi. Ah, babi. Ada benda belum selesai. Fayadh ni aku sepak jugak. Tinggal gitu je. Haish. Kenalah buat sendiri.

Cup! Terbuntang mata aku. Bibir aku dikucup sekilas.

"Thanks kak," dia melambai. Mata aku tertutup. Rapat. Apabenda dia ni? Tak pernah pernah. Aku bergerak ke pintu perpustakaan. Niat dihati mahu mengurus apa yang perlu.

Pinnnnnn!!

Aku toleh dan itu kereta. Arghhhhhh! Mata aku tutup rapat serapat-rapatnya.

"Awak.. awakk.. awakk. Bangun mengigau ni,"

Aku membuka mata. Laaaa. Mimpi rupanya. Aku toleh ke arah roommate aku.

"Sarah, awak cakap apa tadi?"

"Awak mengigau. Bercakap-cakap dalam tidur,"

"Ouh," Aku kerling ke arah jam loceng aku. 12.00. Aku toleh keluar. Gelap. Malam lagi. Aku tidur pukul berapa tadi? Haih.

Aku bergerak ke arah bilik air. Mahu mengambil wuduk. Menenangkan diri.

"Awak, ni Fayadh bagi ni," setiba aku dibilikku Sarah memberi satu keping kertas.

Eh? Tak pernah-pernah. Dahlah mimpi dia tadi. Aku buka dan baca.

Rindu.

Eh? Ni lagi pelik. Dah lah itu je dia tulis. Aku bergerak ke katil dan duduk. Aku mahu tidur semula. Aku letak kepala dibantal.

Sekejap! Fayadh? Bagi nota? Rindu? Aku bangun. Dan terus keluar. Menuju ke koridor. Aku turun ke bawah.

"Fayadhhhhh!!" Aku menjerit namanya setelah aku tiba dipadang. Tadi mimpi. Ni aku tahu aku tak mimpi. Sebab aku jatuh tangga tadi. Sakit.

"Kak, saya kat sini," terdengarkan suara Fayadh. Aku pusing. Dan itu dia.

"Ada apa ni?"

"Ingatkan akak tak turun,"

"Akak turun. Dah tetiba hantar kata kunci. Kau ingat akak tak menggelabah? Ada apa?"

"Ni hah. Tuan kata, musuh sudah berani menonjolkan diri. Hati-hati. Saya sayang akak," tangan Fayadh memegang bahuku. Dia ni.. Suka sangat pegang-pegang. Haish.

"Okay. Akak hati-hati. Dahlah. Akak nak naik. Good night,"

"Kak, saya hantar,"

Kami berjalan ke tempat aku ditempatkan. Dan dia menekan satu butang di tali pinggangnya dia berubah bentuk menjadi seekor kucing. Berjalan beriringan denganku. Sehingga tiba dikolej.

Dia berlalu. Aku ini merupakan Puteri disebuah negara kaya. Tapi, kecil dan tidak diketahui orang lain. Sebab negara kami tidak pernah ada dalam peta dunia.

Aku diburu. Selalunya sebagai tebusan. Fayadh merupakan pengawal peribadi aku. Menyamar menjadi junior aku disini. Sebenarnya dia tua dari aku. Disebabkan, dia mahu menghormati panggilan aku sebagai Tuan Puteri, dia gantikan dengan 'akak'. Budaya negara yang aku duduki ini.

Ayahanda aku. Raja Herman. Menitah supaya setiausahanya mengkaji budaya, keselamatan dan sebagainya sebelum aku dihantar ke mari.

Huh, bila aku boleh pulang ke negara aku sendiri? Rindu sudah aku pada ayahanda dan bonda. Erm.

CERPENWhere stories live. Discover now