Bab 1

428 9 0
                                    

"Ibu...Rai lapaq la!ibu tolong masak sat..pleasee!" Rai merayu kepada ibunya sambil membuat memek muka yang comel.

"Rai..Rai apa la hang ni,dah besar panjang nak lagi merap kat mak.Bila la hang nak pandai berdikari kalau lagu ni perangai hang.Jangan la jadi pemalas." Bebel Hajah Zakiah.

Rai selesa bercakap dalam loghat kedah dengan memandangkan Rai memang asal daripada Kedah tetapi ibu Rai asal daripada Muar,Johor.Namun Hajah Zakiah petah berbahasa kedah kerana sudah lama menetap disana setelah berkahwin dengan Abah Rai,Haji Mustafa.Abah Rai berasal dari Jitra,Kedah.

"Alaa ibu...Rai nak ibu masak.Rindu la dengan masakan ibu.Nanti kalau Rai dah balik rumah sewa kan dah tak boleh makan masakan ibu."Kata Rai dengan nada seakan pasrah.

Rai memang seorang yang manja.Lebih-lebih lagi bila bersama ibunya.Jika tak menuruti keinginannya,apalagi merajuk la.Maklumlah anak tunggal.

"Ya la ibu masak wahai anak ibu yang ibu sayang.Ibu malawak sikit pun tak boleh." kata ibu.Sensitive sangat anak tunggal Hajah Zakiah ni.

"Yeayhhh..terima kasih ibu."Kata Rai sambil tersenyum lebar seraya mencium pipi ibunya.Hajah Zakiah hanya mampu tersenyum geli hati melihat telatah anaknya walaupun umur dah 20 tahun.

******

Kringggg..kringggg

Rai mencapai iphone miliknya untuk menjawab panggilan.

Oncall...

"Assalamualaikum Rai.Hang apa khabar?Sihat ka?"tanya Mira dengan nada yang ceria.

Mira merupakan housemate di rumah sewa Rai.Dia juga sepupu Rai merangkap sahabat yang selalu berkongsi masalah.Pastinya diantara mereka tiada sebarang 'rahsia'.

"Waalaikumussalam..Mira,aku sihat.Hang sihat?Rindu la aku kat hang." Jawab Rai.

"Alhamdulillah aku sihat.Haa tu la kalau rindu kat aku balik la.Hang tak kesian ka kat aku dok terperap ja kat rumah ni sorang-sorang.Kadang-kadang tu dah macam orang gila dok cakap sorang.Maklumlah orang tu tak sudi nak balik sini." Balas Mira panjang lebar.

"Alaa..hang ni janganlah merajuk.Aku bukan tak mau balik,tapi hang faham kan sebab apa aku balik kampung."Jelas Rai.

"Ya.Hang mesti sakit hati kan dengan apa yang dia dah buat kat hang?"

"Mesti la sakit hati.Siapa la yang tak sakit hati kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita semata-mata nak kejar perempuan lain.Sakit hati Rai jika diingatkan kembali perbuatan Helmi kepadanya.

Mereka terdiam seketika.Bunyi cengkerik deras kadengaran.

"Mira..awat kita cakap pasai benda remeh ni pulak.Dah la aku malas nak ingat." kata Rai memecah kebisuan mereka tadi.

"Tak pa la noh.Aku nak tido dulu.Aku dah mengantuk ni,nanti kita sembang lagi.Okey?" tambah Rai lagi.

"Okey la Rai.Sweet dream.Nanti mimpikan aku tau.Hahahaha.Bye Assalamualaikum." Usik Mira.

Sempat lagi Mira berjenaka untuk menggembirakan hati sepupunya itu sebelum talian dimatikan.

"Hahahaha..waalaikumussalam." Rai turut ketawa.Ada-ada saja idea si Mira ni nak buat Rai gembira.

Rai berpaling memandang langit malam dengan sinaran bulan yang terang melalui jendela kamarnya.Sunyi malam ditemani bunyi cengkerik yang saling bersahutan.Kelihatan airmata yang bergenang di kelopak mata Rai bercucuran menuruni pipi gebunya.Sungguh perasaannya ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu.Rai menangis semahu-mahunya.Manakan Rai tidak menangis.Orang yang dicintai sejak dia di tingkatan dua itu berpaling arah hanya untuk perempuan perampas itu.

Rai memang terlalu benci terhadap perempuan itu.Tetapi dia terpaksa terima hakikat bahawa Helmi bukan lagi miliknya.Namun,milik perempuan yang bernama Nadia.

Tiba-tiba,memori bahagianya bersama Helmi terlintas di minda.Helmi memang seorang yang sangat romantik pada mata Rai.

Flashback*

Enam bulan lalu,

"Awak..makan aiskrim tu janganlah gelojoh sangat.Ishh ishh ishh mengalahkan budak 4 tahun la.Kan dah comot.Sini saya lapkan." kata Helmi sambil lap mulut Rai menggunakan tisu yang sentiasa berada dalam koceknya.Tidak dinafikan bahawa Helmi memang seorang pembersih.Dia sentiasa segak bergaya.

Malu Rai diperlakukan sebegitu kerana ada banyak mata yang melihat ke arah mereka.

"Awak..apa kata kita pergi tempat lain.Tak selesa lah duduk sini." Pujuk Rai sambil menatap wajah Helmi.

Helmi memegang kedua-dua bahu Rai."Ehh..kenapa pulak?Awal malu ke orang sekeliling tengok?". Balas Helmi dengan nada lembut.

"Ya la..depa macam mengata kat kita ja!" kata Rai.

"Awakkk..biarlah diorang nak kata apa pun,yang penting saya akan sentiasa ada disamping awak,buat awak bahagia.Saya sayang dan cintakan awak sangat." Terang Helmi penuh perasaan.Rai hanya mampu tersenyum sambil menyandarkan kepalanya di bahu Helmi.Mereka melayari saat indah itu bertemankan angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa,deruan ombak yang menghempas pantai dan permandangan indah matahari yang terbenam di hadapan mereka.

Rai terharu mendengar kata-kata Helmi.Perasaannya ketika itu memang tidak dapat digambarkan.Hatinya berbunga-bunga dek kerana rasa cintanya kepada Helmi yang sangat dalam walaupun umur mereka hanya beza 2 tahun.

Rai menutup jendela lalu mengunci dengan rapat.Dia mengambil buku diari dan pen di dalam laci bersebelahan katil.Sudah menjadi tabiatnya setiap hari untuk menulis diari.Dalam diari itulah dia meluahkan segala perasaan yang dia rasai.

Andai perasaan bahagia itu
kekal,betapa bertuahnya insan seperti aku di dunia ini dapat mengecapi kebahagiaan

Namun aku tahu yang aku tak mungkin merasai kebahagiaan bersama kau lagi.Aku redha andai ini takdir aku.Aku yakin,suatu hari nanti aku juga akan mendapat kebahagiaan bersama lelaki yang jauh lebih baik dan setia daripada kau.

Mulai saat ini,aku akan cuba lupakan kau dan aku akan mulakan hidup baru tanpa perlu memikirkan kau...

Raihana Damia

Rai menyimpan kembali diarinya ke tempat asal setelah sesi luahan perasaan selesai.Rai baring di atas katil.Jam menunjukkan pukul 11 malam.Hanya lampu tidur yang menemaninya.Rai memandang siling dan berharap hari esok akan jadi hari yang bermakna.Akhirnya Rai tidur kerana penat bermain emosi yang tak habis-habis lekang dari fikirannya.

Minah Kasar vs Mamat EgoWhere stories live. Discover now