Bab 10

109 0 0
                                    

"Assalamualaikum semua.Selamat pagi"Rai melemparkan senyum kepada rakan-rakan sekerjanya.

"Amboi,happy nampak.Senyum sampai ke telinga.Ada sesuatu yang kami tak tahu ke?"kata Aida.Saiful yang berada di meja sebelah kanannya dikerling.Saiful yang sedang menaip sesuatu pada komputer di hadapannya turut beralih memerhati Aida dan Rai.

"Eh,ya lah."kata Saiful.

"Kenapa?jealous lah tu tak boleh tengok orang bahagia sikit."

"Kau ni.Aku tanya je kot.Takkan kau sentap.Sesekali gurau kan apa salahnya."kata Aida.Dia menolak kerusinya yang beroda itu merapati Rai."Maklumlah kitorang tak biasa tengok kau bahagia macam sekarang.Tapi,bukan aku nak cakap kau tak pernah senyum kambing macam ni cuma sekarang aku tengok senyum kau terlebih manis.Melting aku tengok.Aiii,geram je."usik Saiful ingin mengenakan Rai.

Rai beralih kebelakang menghadap Saiful yang sudah tergelak besar.Rai menjeling semahunya."Kau jangan nak menggatal ya.Kang ada yang makan penyepak.Tak payah nak perli aku lebih-lebih."

"Ishh.Garang betul.".bisik Saiful sewaktu Rai beralih ke hadapan.Dia membuat memek muka seakan mengejek.Aida yang menyedari perbuatan Saiful hanya tersenyum sambil menutup mulutnya."Kau cakap apa?aku tak dengar."

"Eh tak.Bukan.Err..aku.Aku ingat nak ajak korang berdua turun ke cafe bawah teman aku breakfast.Lapar ni.Aku belum makan.Pasal duit jangan risau bro Saiful boleh settle.Tapi,jangan pesan makanan banyak-banyak ya.Aku nak jimat."kata Saiful sedikit gagap.Mahu tak nya tiba-tiba orang sergah tanya macam tu.Tersentak lah jawabnya.

"Wah,Saiful.Tak pernah-pernah nak belanja.Kau buang tebiat ke?"Aida menyindir lalu ketawa.

"Sekali sekala aku buat amal nak belanja korang.Tak salah kan?Tapi kalau korang tak sudi.Tak apa daa.Selamat duit aku."

"Tak ikhlas langsung."kata Rai.

"Eh,siapa cakap kitorang tak sudi.Kan Rai kan?Lebih-lebih lagi aku.Aku memang pantang orang nak belanja ni.Aku suka sangat.Mak aku pun pernah cakap tak baik tolak rezeki.Apa yang ada depan mata kita ambil je"

Rai menggeleng kepala.Aida pula sudah kelam-kabut mengambil beg untuk turun breakfast.

"Eh,nanti dulu.Kita nak turun ni boss tak kisah ke?Nanti dia marah pula sebab curi tulang time kerja."

"Rileks lah.Encik Johan tak datang lagi.Sekarang,awal lagi.Sempat kalau kita nak pergi makan."

"Betul tu.Biasanya boss datang lewat sikit kan.Ramai yang turun breakfast dulu."

"Ouh baguslah."

Mereka bertiga turun ke kafe bawah untuk menikmati makanan."Korang nak makan apa?"tanya Saiful.

"Erm..nak nasi goreng.Eh tak nak lah.Aku nak mee goreng.Tapi,no no.Banyak minyak."

"Nasi lemak je lah.Senang."cadang Rai.

"Okey kita order sama okey.Err..adik?"Saiful memanggil seorang lelaki yang merupakan pekerja di kafe itu.Dia menghampiri meja yang mereka duduki."Bagi nasi lemak tiga,air milo suam pun tiga.Terima kasih."

"Okey,sama-sama abang."

"Ish,aku baru nak pesan makanan lain.Potong line betul lah kau ni Rai."

"Habis kau lambat sangat.Aku tolong pesan je dan kalau kita lambat masuk office semua ni kau punya pasal ya."

"Kenapa pulak?"Aida menayang muka blur.

"Ya lah nak tunggu kau order alamatnya sampai esok makanan tak sampai."

"Ermm..aku jugak.Tak apa lah nasi lemak pun boleh."

Saiful dan Rai ketawakan Aida.Lucu dengan gelagatnya.

"Eh,Saiful.Saiful.Siapa tu?kacaknya dia.Tapi,siapa dia?Macam kenal."Aida meneliti wajah lelaki yang sedang bercakap dengan seorang perempuan di luar cafe.Namun,sukar untuk Aida kenal kerana lelaki itu memakai cermin mata hitam.

'Apa lagi dia nak?sampai sini kau datang?'

"Wey,aku gerak dulu lah.Korang tapau dekat aku.Bye."

Rai terburu-buru pergi dari situ."Hey,hey Rai.Nanti dulu.."

Erm..tak sempat nak halang.

"Apasal tu?Tetiba je."tanya Saiful.

"Entah.Biarlah dia.Alahai kacaknya dia.Sado tu yang penting.Kalaulah..."

"Berangan..anak saudara bos sendiri pun dah tak kenal?"pintas Saiful.

Potong betul dia ni.

"Ye ke?Serius aku tak perasan.Ingat pelakon mana tadi...wey dah lama tunggu..makanan mana makanan?"

Aida ubah topik.Tutup malu lah tu.

******

"Aduh,banyak-banyak orang dalam dunia ni..apasal muka kau je asyik muncul.Sengal.Ingat aku hadap?"Cermin yang berada di hadapannya direnung tajam.Ladies menjadi tempat yang sesuai untuk buang emosi.Mujur tidak ada yang orang di dalam selain Rai.

Pelbagai tanda tanya di fikirannya sekarang.Apa dia buat dekat sini?

"Ada aku kesah dia nak buat apa pun.Tapi,masalahnya takkan tak ada tempat lain dia nak pergi hah?sini juga."

"Kenapa aku nak sangat tahu pasal dia kan aku benci dia."Rai melirik jam di tangan.

Alamak,mampus.

"Rai,kau pergi mana tadi?lama sangat."tanya Saiful.

"Kejap aku penat ni.Bagi aku ambil nafas dulu.Huh."Rai mengipas mukanya dengan kertas yang direbut dari pegangan Saiful.

"Aku ada hal.Tak payah tahu lah."

"Kau tahu tak bos nak jumpa kau.Dia cakap ada benda nak bincang."

"Sekarang ke?"Rai merungut.Belum sempat ambil nyawa dah kena panggil.Tu lah siapa suruh buat bangunan bertingkat-tingkat tingginya.Lif ada tak guna.Pandai.

"Ya sekarang bukan besok.Cepat masuk sana nanti kena bising.Okey.Good luck."

Kehidupan seorang kuli memang macam ni salah kena panggil tak salah pun kena panggil.

Tok..tok

"Masuk.."

Minah Kasar vs Mamat EgoWhere stories live. Discover now