Bab 7

118 3 0
                                    

Aku dah jadi tunang orang?akankah bahagia itu menjadi milik aku?bolehkah aku lupakan dia?bolehkah aku tempuh hidup aku bersama bakal suami yang aku tak kenal hati budi dia?

Rai duduk berseorangan di pangkin tepi sawah padi.Dia memandang pokok padi yang menghijau penuh sayu.Di situlah kenangan indah Rai bersama Helmi yang tidak dapat dilupakan.Kenangan bersama Helmi terpapar di hadapan mata.Langit menjadi saksi perkongsian cinta antara dua hati yang suci.Janji ditabur penuh bererti.

"Rai,tunggulah saya!awak tahu kan saya tak pernah jejak kaki dekat sawah." Helmi bersusah-payah berjalan mengharungi lumpur dengan berkaki ayam.Kasut nike miliknya dipegang.Orang bandar masuk kampung,macam tu la jadinya.

Rai yang meninggalkan Helmi jauh dibelakang menoleh melihat gelagat lucu Helmi.

"Tu lah awak gatai sangat pakai seluar jeans la baju kemeja la.Kan dah jalan macam robot redah selut.Hahahaha." laung Rai

Bukan nak tolong,makin diejek adalah.Awak tak kesian ke tengok saya.Nak buat macam mana kan,nasib badan.

"Awak!tolonglah saya.Kaki saya dah terbenam dalam lumpur dah ni." adu Helmi.Lagaknya seperti budak berumur 5 tahun jatuh sawah.

Kesian pula Rai melihat Helmi yang sudah jatuh terduduk.Tapi seronok juga kalau kenakan Helmi.Bukan selalu.Dia menghampiri Helmi untuk 'membantu'.Idea jahat mula menerjah fikirannya ketika itu.Rai sudah tersenyum jahat.

Rai duduk mencangkung di hadapan Helmi."Alolo,kesiannya!mai saya tolong awak.Nanti tak pasal-pasal jadi orang-orang macam kat sana tu."kata Rai tanpa simpati sambil mencalit lumpur pada muka kacak Helmi.Dah la buat muka selamba badak.Tak berperikemanusiaan langsung.Habis wajah kacak Helmi disaluti lumpur.Mask terbaru ke cik abang?

Helmi menahan geram.Kalau dah tengok muka Rai yang cantik ni tak sampai hati pulak nak marah."Rai!kenapaaa?"

"Awak duduk diam-diam okey.Saya nak manicure muka awak ni.Biar makcik makcik kat kampung ni terpikat kat awak" tangan Rai masih aktif mencalit lumpur pada wajah Helmi.

Helmi seakan sudah masak dengan perangai Rai yang suka menyakat.Dia biarkan sahaja Rai memperlakukannya begitu.Tunggu peluang.Bila saatnya tiba,Helmi membuat gaya nakal yang manja.Dia merapati wajahnya ke wajah Rai.Tangannya senyap-senyap mencapai lumpur di kakinya.Waktu yang tepat untuk membalas dendam.

Wajah Rai sudah takut.Liur ditelan penuh kesat.Dia menggerakkan badan ke belakang dan terus membuka langkah seribu apabila Helmi bersedia mengejarnya.Maka,adegan kejar-mengejar terjadi.

"Arghhhhh.."jerit Rai apabila lumpur di tangan Helmi tadi terpalit pada mukanya yang gebu.Habis kotor.

"Yes kena."Helmi bersorak gembira.

Rai berselindung di balik pokok mempelam.Dia tidak mahu dekat dengan Helmi.Takut jadi orang lumpur."Jahat la awak ni"Rai menjerit kecil.

"Mana ada saya yang jahat.Awak tu yang mula dulu okey.Awak teringin sangat ke nak bagi mak cik mak cik dekat kampung ni mengorat saya?tak sayang saya dah?"

"Tak!".Helmi tersenyum."Bohong.Saya tak percaya.Awak sayang saya kan.Baik awak cakap."Helmi merenung mata Rai.

"Mesti la saya sayang."Rai berasa sebak sewaktu menyatakan perasaannya."Kalau diikutkan hati nak saja dia marah dengan sikap Helmi yang suka menyakat.Tapi,bila hati dah terlampau sayang tak sampai hati nak buat macam tu.Rai tidak sanggup melihat Helmi jauh dari hidupnya walaupun hanya sebentar ditinggalkan.Tak nak berenggang.Nanti rindu.

"Ya lah.Saya tahu."Helmi mendekati Rai."Sudah!senyum la sikit.Tak comel kalau awak monyok macam ni."

Rai seakan terusik dengan kata-kata Helmi.Dia terus tersenyum lalu tergelak kecil."Macam ni la Rai saya.Baru comel macam selalu."Rai masih senyum."Kenapa?sebelum ni saya tak comel?"

Minah Kasar vs Mamat EgoWhere stories live. Discover now