Bab 11

98 1 0
                                    

Tok..tok

"Masuk.."Jantung Rai seakan mahu berhenti berdetak setelah mendapat keizinan untuk masuk.Ya Allah,harap mood bos baik.

Rai melangkah masuk ke bilik yang menempatkan CEO syarikat itu.Ini kali ketiga dia masuk ke situ.Terasa agak gerun namun sedikit berbangga kerana dia kagum melihat hiasan dalaman yang menghiasi ruangan itu.Rai memberi salam terlebih dahulu.

"Waalailumussalam..duduk."serius bunyinya.'apa ni bercakap membelakangkan aku.'Rai perlahan-lahan menarik kerusi hitam di hadapannya.Bosnya masih kekal menghadap tempat lain.Lagi gementar rasanya.Mesti bos marah aku ni.

"Bos..ada apa nak jumpa saya?Saya ada buat salah ke?"Rai bertanya.Takut juga dia melenting so slow talk.

"Ya memang kamu ada salah dengan saya.Kesalahan awak tak boleh dimaafkan."ujarnya lagi.

"Apa salah saya bos?saya minta maaf kalau saya lambat masuk pejabat.Saya..saya..err"

"Kan saya cakap kesalahan kamu tak boleh dimaafkan..kecuali"Dia memusingkan kerusi menghadap Rai.Serentak dengan itu Rai memandang figura di hadapnya.

What???

"Allahuakbar.."Rai terkejut sehingga terbangun dari duduk.Terkejut sangat.Bagai melihat hantu."Apa kau buat di sini?mana bos aku?baik kau cakap kalau tak..aku..aku tumbuk kau."Rai menarik buah muay thai.Tunggu masa je nak beraksi.

"Rileks..rileks.Jangan marah.Bos kau tak apa-apa.Duduk dulu.Sini aku cerita."

Rai ikut sahaja.Dia percaya dia tidak akan diapa-apakan."Apa kau buat kat sini?"

"Aku ganti tempat bos kau kejap.Dia mc so aku datang sini buat apa yang patut."

"Kau siapa?apa pula kaitan kau dengan Encik Johan bos aku?"Rai bertanya dengan kasar."Tak perlu untuk kau tahu.Lambat laun kau tahu juga."

"Ouh..okey.Kalau tak ada apa-apa aku keluar dulu.Nak sambung kerja."Rai mula berdiri.

"Kejap..kau belum tebus kesalahan kau lagi"

"Aduh..kesalahan apa lagi?"

"Disebabkan kau mengaku kau masuk pejabat lewat tadi.Itu bermakna kau dah lakukan kesalahan walaupun kecil bagi kau.So,kesalahan kau wajib ditebus dengan keluar lunch bersama aku.Tak kira.Ini keputusan muktamad dari bos baru sementara kau ni."

'Sesuka jiwa je mamat pasar malam ni arah orang'Rai bersilang tangan.

"Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"

"Kalau kau tak nak..aku"Haikal bangun dari kerusi lalu berjalan menghampiri Rai.Hampir dan semakin hampir."kau nak buat apa ni?"Rai berasa agak takut.Jangan nak buat hal dekat sini.Esok keluar dekat surat khabar 'lelaki disepak jatuh dari tingkat sepuluh.'pula nanti.

"Aku nak buat apa yang aku rasa aku patut buat sekiranya kau tolak tawaran aku."

Eh dia ni main ugut pula."Okey.Stop.Aku setuju.Dah tak payah buat muka macam tu.Buruk.Aku blah dulu..Gila."Rai keluar.Pintu dihempas tanda bebal.

"Kelakar kau ni.Baru gertak sikit dah cuak.Betul lah kata orang,sekasar mana pun seorang gadis tu tetap berhati tisu."Haikal ketawa sambil menggeleng.

"Gila punya mamat pasar malam.Tak apa kau tunggu aku balas.Hari ni hari kau esok lusa hari aku.Poyo.Perasan handsome.Gila."Rai tak habis-habis menyumpah pintu bilik Encik Johan yang tertutup itu.

Saiful yang terlihat celoteh rakannya itu mula berasa hairan."Rai!Kau kenapa sumpah seranah pintu ni?"

"Kau yang kenapa.Kau cakap bos panggil tapi rupanya mamat pasar malam yang muncul.Apasal tipu aku?"marah Rai.

"Mana ada aku tipu.Memang dia panggil.Dia anak saudara bos.So,aku tetap panggil dia bos.Salah ke?"

"Apasal aku tak tahu?Kau tahu tak betapa bengang aku kat dalam tadi.Punya poyo tak tahu aku nak tafsir."

"Kau cakap macam kenal dia je."

"Ya,terlalu kenal."

"Tak cerita pun dekat aku."

"Ni kan aku dah cakap.Tapi,jangan tanya lebih.Okey aku nak buat kerja."

Jam sudah menunjukkan waktu berehat untuk semua staf syarikat JH Holdings.Kelihatan ramai staf yang sudah keluar seorang demi seorang."Rai,tak keluar lunch ke?"tanya Aida.

"Aku memang nak keluar tapi tunggu kerja ni habis dulu.Tinggal sikit je."Dia sibuk menaip kerja pada monitor di meja kerjanya.

"Rai,kerja..sampai bila pun tak habis.Time rehat kita rehat,time kerja kita kerja.Utamakan perut kau tu.Nanti sakit kau juga susah..tak boleh buat kerja."

"Betul lah.Jom keluar dengan kitorang."sampuk Saiful di sebelah Aida.

'But,aku ada janji dengan mamat tu.Ermm..biarlah.Bukan aku nak sangat.Terpaksa je.'Rai berfikir sejenak.Diam-diam keluar bukan dia perasan pun.

"Shhh,aku ikut korang.Tunggu kejap.Aku nak kemas."

"Apasal kau berbisik ni?"

"Diam.Nanti orang gila tu dengar habis aku."Rai memberi isyarat untuk diam.Aida dan Saiful memandang sesama sendiri.

Ehem..suara berdehem menyentakkan mereka.'Kan..padan muka aku'.

"Eh,Encik Haikal.Ingatkan siapa tadi.Encik tak keluar lunch?"tanya Saiful.Lembut budi bahasa dia.

"Ya,cuma saya tengah tunggu orang tu.Dia janji nak keluar lunch dengan saya."Haikal tersenyum nakal.Dia menyeluk tangan ke dalam poket seluar hitamnya.Alahai so handsome."Oh,patut lah."

Rai menarik muka.Terlalu geram dengan mamat sorang ni.Sedikit pun tak nak pandang sedangkan Haikal tetap memandang nakal kepadanya."Tak apa lah Rai.Kitorang pergi dulu and encik Haikal,enjoy your lunch."ujar Aida.

'Kejap korang jangan pergi lagi..arghh no tidak'

"Dah siap?"

"Perlu ke aku keluar dengan kau?"Persoalan dibalas dengan persoalan.Cukup membingungkan.Siapa nak jawab ni?"Orang tu dah janji kan.So,apa aku boleh buat."

"Aku terpaksa okey.Terpaksa.Jangan ingat aku setuju sebab aku terpikat pada kau."

"Kau memang kuat perasan kan?"

"Tak."

"Habis tu.Ada aku kata kau setuju lunch dengan aku sebab kau terpikat pada aku?Aku rasa tak ada pun.Tapi,betul juga.Ini bermakna aku sudah cukup handsome untuk buatkan sesiapa pun jatuh hati pada aku.Termasuk kau."

Rai terpempam.Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.Memang buruk pun lagi-lagi cakap dengan mamat perasan sorang ni.Nak balas apa lagi ni."Dah lah bongok.Jom cepat.Huh"balas Rai bersahaja.Dia menjeling tajam ke arah mata Haikal.Dari mata jatuh ke hati.

"That's my girl."

'Lelaki poyo.Perasan.'

Minah Kasar vs Mamat EgoWhere stories live. Discover now