padang masyar

192 6 0
                                    

_ _ _....._ _ _

Kata ustaz,mashar ni punya lah lama, sampai kita hari ni pun tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam masyar..

Para sahabat Rasullullah saw tanya,

masyar kat mana ?

Jawab Rasullullah saw,

Masyar ni di bumi ini sendiri dimana bumi ini dihamparkan.Tiada pokok,tiada sungai,gunung ganang,tempat berteduh, dan tiada bertepian.
Ini terjadi apabila malaikat israfil meniup sangkakala pada pertama kali.kali kedua malaikat israfil tiup,semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga.Lalu manusia bertanya sesama sendiri,

Dimana kita??

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke masyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersengatan serta bertelanjang bulat dihambat ke masyar.Rujuk surah yassin ayat 52-54.
Ditambah dengan binatang lagi,jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya kepada Rasulullah,tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat Al-quran,pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah Abasa ayat 37 (80:37).
Ada yang ke masyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya,ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di masyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.Lalu keseluruh umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat agar Allah swt mempercepatkan hisab.Jawab nabi Adam as,
Dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa,maka pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi Nuh a.s, Musa a.s, Isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi nabi-nabi ini hanya berdoa keselamatan masing-masing.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah minta pada Allah swt awal-awal agar disegerakan untuk masuk ke neraka kerana tak tahan lamanya berdiri di masyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita je kerana padatnya manusia pada hari itu.

Sebelum hisab bermula,kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu taulah kita tangan mana yang sambut kitab tu.
Kalaupun tangan kanan yang akan ambil kitab kita,masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang-sorang untuk dihisab.sebelum Allah swt mula hisab,Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.tiada satu pun yang tinggal.lepas habis baca, Allah swt akan tanya kita 3 soalan..
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid?
2)tak ingat?
3)apa alasan kamu atas semua dosa yang kamu lakukan?

Setelah ditimbang di 
Al-mizan,didapati pahala kitala melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kita ke syurga,tapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula-mula tampil adalah anak isteri keluarga,jiran-jiran,kawan-kawan dll. Jika ada hak mereka yang tak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pada mereka. Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung(ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).

Kita yang perempuan jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect kat diri kita sorang,tapi bagi effect juga kat orang-orang yang kita sayang.Ayah kita, abang, adik-adik lelaki kita, suami kita.kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka...
Tutup aurat jaga marwah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari masyar hari yang sangat dasyat.
Kata ustaz, hidup di Dunia janganlah kita kejar popularity, nak kenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagala amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dalam golongan orang yang dipilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang ...jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan ...moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. .
In syaa Allah ..
Aamiin..
Wallahu'alam.

islam itu indahWhere stories live. Discover now