wanita

109 5 0
                                    

Aku.

Aku wanita.

Ya aku wanita yang berpakaian muslimah.
Aku bertudung labuh menutup dada.
Aku berstokin.

Terdengar indah.
Terdengar suka.

Namun hakikatnya..
Membawa imej itu amatlah payah.
Kemana-mana menjadi perhatian
Mungkin kerana tak sangka.

Ya tak sangka..

Dulu,

Aku sama seperti wanita-wanita di luar sana.
Yang hanya berpakaian tapi buat-buat tak tahu di mana aurat sebenarnya.
Aku sama seperti mereka yang hanya memakai tudung di kepala.
Hakikatnya tidak menutup aurat dengan sempurna.

Orang lihat aku berubah.
Kenapa dengan tiba-tiba?
Kenapa drastik saja?
Mungkin itu yang ada di benak mereka.

Wajahku tenang saja.
Tatkala mereka melihat aku dari atas ke bawah.
Aku senyum padanya.
Mungkin tak nampak kerana aku menutup muka.

Jadi terkadang aku juga menyapa mereka.
Ada yang senyum semula.
Ada juga yang menjeling tanpa kata.

Aku gagahkan jua.
Kerana aku tahu medan ini bukan untuk orang-orang yang lemah.

Bila aku mula melangkah ke majlis majlis agama,orang memandang aku seperti aku ilmu penuh di dada.

hakikatnya,aku kesana kerana aku ingin tahu juga.
Orang mula mengasak-asak aku dengan soalan seperti aku pengeluar fatwa.
Sedang aku juga pelajar seperti mereka.

Terkadang aku tertanya,
Adakah pakaian ini hanya untuk ilmuan-ilmuan yang banyak ilmunya?
Adakah pakaian ini melambangkan dirinya tiada dosa?
Adakah pakaian ini hanya untuk mereka yang bergelar hafiz hafizah?

Lalu,
Pakaian apa yang tinggal untuk orang seperti aku?
Tidak layakkah aku memakai pakaian seperti itu?

Aku buntu .
Sedangkan,menutup aurat itu wajib untuk semua dan juga untukku.
Lalu dari mana datangnya sempurna sedang aku juga manusia biasa?

Sedih. Sangat sedih.

Terkadang aku menangis dalam sepi.
Hiba dalam sunyi.
Andai ini ujian yang aku perlu tempuh diatas kelalaianku dahulu,
Allah,aku redha ya Allah.
Aku rela andai ini jalan yang kau redhai.

Kerana Allah aku kuat.
Dan demi Allah aku harus kuat.

Aku berpakaian seperti itu bukan bermakna aku ustazah.
Salahkah untuk berhijrah?
Bila lagi nak berubah?
Sedang title kita sekarang pun"bakal jenazah".

Sudah sudahlah.

Cuba lihat dunia saat ini.
Tidak adakah sedikit pun gentar melihat kegoyahan dunia?
Kita semua tahu bahawa hari kiamat itu pasti tiba.

Dan wanita paling banyak menghuni neraka.
Lalu,
mengapa kita masih leka?
Seolah-olah dunia ini tempat kita selamanya.

Jangan alpa. Jangan leka.

Makin hari,makin banyak petanda.
Masih juga nak tutup mata?
Masih nak pekakkan telinga?

Aku tak kan kata buatlah ikut suka.

Kerana kamu dan aku sama..
Sama-sama wanita.

Sebelum kamu menjadi isteri solehah, jadilah kamu seorang anak solehah.

Berbaktilah pada orang tua.
Jangan heret mereka ke neraka.
hanya disebabkan oleh dosa-dosa kita.

masih belum terlambat.

Mulakan langkah dengan gagah.
Jangan teragak-agak dah.
Masa takkan menunggu kita.
Hidayah takkan datang bila kita suka.

Sebab mati itu bila-bila masa...

islam itu indahWhere stories live. Discover now