syafa'at majlis ilmu

107 6 1
                                    

Di dalam hadith qudsi
Diterangkan ketika di hari penghisapan nanti, datang seseorang dengan membawa dosa yang lebih banyak daripada pahalanya.
Ketika ia ingin digiring ke neraka, Allah perintahkan malaikat jibril a.s untuk menanyakan orang tersebut
apakah ia pernah duduk di majlis orang alim...!!
Jika pernah maka ampuni dosanya dengan syafa'at majelis.

Ketika ditanya malaikat jibril a.s,
Ia menjawab tidak pernah duduk di majlis orang alim.

Lalu Allah menyuruh malaikat jibril a.s untuk bertanya lagi,
apakah ia cinta orang alim & ia menjawab tidak.

Lalu ditanya lagi apakah ia pernah makan satu tempat dengan orang alim, ia menjawab tidak.

Ditanya lagi apakah ia tahu nama orang alim di nasabnya, dijawab tidak.

Ditanya lagi apakah ia pernah menyukai orang yang suka dengan orang alim?
Ia menjawab Ya, saya pernah suka memandang wajah orang yang suka dengan orang alim.

Maka Allah berkata kepada malaikat jibril a.s :
Wahai jibril masukkan ia ke syurga kerana ia menyukai orang yang suka kepada orang alim dan ampuni dosanya dengan berkat hal tersebut. (manhajussawi 179 di nawadir 55)

Duduklah di majlis orang alim, atau kenali nama dan nasab orang alim, atau makan bersama orang alim, atau cinta dengan orang alim dan minimal kita cinta dengan orang orang yang cinta dengan orang alim agar kita semua selamat dunia akhirat>:)

islam itu indahWhere stories live. Discover now