SATU

1.2K 3 0
                                    

Adakah kamu tahu bagaimana rasanya menjadi seorang yang gagal?

Ia seperti rasa hati yang disurup pilu serta diinjak-injak oleh manusia-manusia kerdil berkaki kotor dan bertubuh gendut. Dada persis ditekan-tekan sehingga sakit mengilu ke ulu benak. Adakala raga bagai digores, dicarik dan dicucuk dagingnya berulang kali dengan ribuan peniti sehalus jarum akupuntur nan tajam. Ia menusuk dan diputar-putarkan seenaknya membikin kelu.

Jantung seolah-olah dipaksa mengepam deras agar berdegup kencang. Justeru perasaan mencemas entah untuk apa-apa. Mungkin cemas kerana terlalu tidak tahu bagaimana untuk menawar rasa gagal itu. Fikiran pula cenderung pusang. Ia bagai merembes sel di serebrum otak agar semakin membesar. Lagi dan lagi. Cepu kepala ditiup ibarat sebiji belon yang sarat menegang total. Bersedia untuk pecah serta berhambur isinya.

Adakah kamu tahu tatkala diri diselubungi situasi berdosa?

Pandangan mata terbias samar untuk menatap apa-apa pun. Pelupuk mata sering membasah tanpa dapat dikawal. Air-air bening berguliran seru tanpa mampu di henti. Kelopaknya tetap terbuka bersama matahati yang mengkelu buta untuk mengkecap segala keindahan. Sekujur tubuh ikut terseksa bahana riak berdosa. Tidak mampu bertingkah waras untuk betah melakukan apa pun. Lenyap indera rasa untuk makan dan minum. Apatah lagi untuk menikmati hidup sedia ada. Seolah-olah perjalanan raga terhenti beroperasi semuanya.

Diri juga menghadap amnesia yang panjang. Sukar melelapkan mata. Benak meracau seraya bersimpul-simpul lantas liar menerawang tanpa arah tuju. Justeru mata turut melayaninya. Kelopak mata kian memberat melayan kantuk, namun masih tak gerah meraih lena. Serasa waktu berselang waktu, sekujur tubuh bagai dibakar di percu neraka. Meratap berterusan.

Aku pernah melayar suasana itu. Justeru aku juga berjaya menebus sergapan kejahilan dosa laluku itu dengan seberkas nuansa bernama budi.


ANAK UMMIWhere stories live. Discover now