ENAM

181 3 0
                                    

Hari demi hari yang berlalu bagai semilir angin yang tak putus menerpa liang-liang rungkup kehidupan. Sani membesar di depan mataku menjadi seorang arjuna yang ganteng. Biarpun sudah pandai bergaya tampan, namun raut lugunya tetap tidak berubah. Sani menjadi kesayangan kepada ibuku. Mereka rapat sekali. Sedangkan denganku sani agak takut-takut. Semuanya gara-gara ketegasanku padanya.

Sewaktu usianya mengijak 17 tahun, dengan sengaja ku paksa sani menduduki asrama biarpun universiti yang ditempatinya agak hampir sekali dengan rumah kami. Aku ingin sani belajar berdikari. Ibuku memprotes tegar dengan sikap tegasku. Sani juga merayuku agar dirinya tidak dilempar jauh dari rumah. Dia tak sanggup berjauhan dari kami. Aku kecebur haru namun tetap muktamad dengan keputusanku. Tak perduli sikap rajuk ibu yang beberapa hari tidak mahu menegurku. Tak ku endah sani mogok lapar. Aku tetap kukuh berpendirian, kerana ku tahu semua ini adalah semata-mata demi kebaikan nasibnya kelak.

Seusai sani belajar, dengan sengaja aku dapatkan sebuah pekerjaan yang memaksa dia pergi jauh dari kami. Aku kerah dan paksa batinnya untuk bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan. Biar pelayaran demi pelayaran yang diharunginya, menggerah utuh jiwanya untuk berdikari. Kali ini Sani benar terkejut dengan ketegasanku yang jitu. Malah ibu juga tersinggung marah. Sani membentak dan tega memberontak keras, namun aku teguh memaksa.

"Izinkan sani untuk bersama ummi dan nenek di sini. Enam tahun sani akur kehendak ummi untuk hidup di luar rumah sepanjang belajar di universiti. Sani juga ikut segala keputusan ummi selama ini. Sani tak sanggup berpisah lagi, ummi!"

Sani merayuku dengan deraian air mata yang tak putus merembes dari tubir mata bundarnya. Ibuku dipeluknya erat seolah-olah tak sanggup dipisahkan.

"Tidak! Sani harus pergi! Keputusan ummi muktamad!'

Aku bertegas juga memegang pendirianku. Biarpun, sebagai seorang wanita, batinku sudah hampir kecundang lebur menatap ratapan pilunya.

"Tolonglah jangan pisahkan sani dengan ummi dan nenek lagi. Sani sudah tidak punya sesiapa lagi dalam hidup ini. Hanya ada ummi dan nenek sahaja!"

Sani terus meratap. Tubuhnya rebah seraya berlutut di sisiku. Kedua belah kakiku dipeluknya erat. Kain yang kupakai lenjun dibasahi air matanya. Ibuku pula sudah bersimpuh di tepi dinding rumah sambil menyeka air mata dengan lengan baju.

"Tidak sani! Sani harus pergi. Ini rumah ummi. Sani harus tempoh hidup sendiri. Belajar hidup dengan hasil titik peluh sendiri! Berdikarilah tanpa kami!" Aku tetap utuh dengan pendirianku

"Sani tak sanggup, ummi!" laung sani lagi. Matanya sudah membengkak menguras sendu.

"Pergi lah! Kalau tidak jangan mengaku aku ummimu lagi!"

Aku terpempan dengan kata-kataku sendiri. Masyallah. Ampunkan segala dosaku!

Sani terkeletak kaku. Wajahnya memucat lesi tak berdarah. Sekilas pelukan tangannya terkulai dari kakiku. Hanya tuhan yang tahu betapa luluh hatiku menatap keadaan sani di waktu itu. Namun, aku terpaksa bahana terikat dengan amanat arwah lenny agar anaknya itu berhasil menjadi seorang manusia yang berjaya mengapai takdir hayatnya.

"Sani tahu ummi tak pernah sayangkan sani!"

Sani berlalu di dalam perut kapal yang menelan tubuhnya dan membawanya pergi meninggalkan kami berbatas lautan dalam. Di saat akhir, hanya ibuku sahaja yang dia berungkap pamit. Sedangkan denganku dia terus membisu seraya berpaling wajah. Ternyata dia begitu marah dan benci dengan pendirianku. Sekutik pun tak ditatap wajahku yang ternyata sudah lebur meratap pemergiannya.

'Ummi percaya, suatu hari nanti setelah kau dewasa, kau akan akui alasan atas segalanya yang ummi lakukan ini. Kau akan sedar landasan kehidupan yang ummi dasarkan di lubuk jiwamu. Di ketika itu, kau pasti akan menghargai ketegasan ini!' Aku bermonolog dalam hati.

Tahun demi tahun mulai berlalu, sani sudah mulai matang dalam mengharungi mandiri kehidupannya seperti yang ku harapkan. Dia tak lupa berutus surat untukku di setiap kali pelayarannya berlabuh di serata penjuru dunia. Menceritakan keterujaan guguran sakura di bumi jepun, rintisan perca salji bagaikan jarum halus di serata eropah serta syurga pantai mediterranean yang berombak ganas berlumur rumpai menghijau. Aku tergamit haru. Mataku sejurus berkaca di setiap kali mendengar perkabaran darinya. Batinku ketawa dalam deru tangis.

'Lenny, ternyata aku sudah berhasil menunaikan ikrat amanatmu padaku!'

Kini, setelah dua puluh tahun berlalu, usiaku mulai berengsut menginjak tua. Setahun yang lalu, ibu sudah kembali ke alam baqa. Tak mungkin lupus di liang ingatanku akan wajah tenang gemulah ibu ketika di semadikan. Aku juga berasa damai dan puas dapat menabur bakti kepada ibu di sepanjang hayatnya. Ternyata aku berjaya menyemat bahagia seraya menghapus dosa-dosa silam di sela kehidupan kami.

Kelmarin, sani menghantar kabar akan kepulangannya untuk berumahtangga di sini. Dia sudah menemui pilihan hati yang terbaik, katanya.Dia juga telah diangkat menjadi komander kapal yang disertai sekian lama. Anak kecil yang dulunya lugu, comot dan sentiasa mendakap erat patung perca kain lusuh ini, kini sudah berupaya mengemudi sebuah angkatan kapal yang besar. Aku bersyukur dan berhadrat kagum dengan kejayaannya itu di sela sekujur tubuhku mulai melemah digoras pikun.

'Anakku, di waktu mengabdikan diri serta menginjak kau membesar di hadapan mataku, membuat segala rasa bersalahku terlerai diringgis masa. Dosa silamku sekilas meluruh. Ya! Diriku kini berasa damai kerna berhasil menuntun laluan hayat mudamu!'

"Ummi!"

Aku berpaling ketika mendengar sapaan itu. Tubuh kecil yang berginjak ganteng dan sasa itu meluru ke arahku. Kepalanya direbahkan ke ribaanku yang sedang terpekur lama di atas kerusi kayu goyang yang sering menemani sisa-sisa usia tuaku di rumah ini.

"Saya sudah pulang, ummi!"

Tegurnya lagi. Tangan kekarnya menyentuh kedua pipiku yang sudah dicemar kereput bahana dibaham waktu. Dahiku bingkas dikucupnya. Lama. Menghangat di sana. Bergalur damai ke segenap urat sendiku. Lantas bergemersik di hati.

"Sani sayang pada ummi!"

Pelupok mataku spontan menyarat. Benakku tergetar haru. Sekilas air-air bening penuh suci itu bergulir indah menyejuk jiwa


ANAK UMMIWhere stories live. Discover now