BAB 1

596 16 1
                                    

AMEERA ALIYA

Tikk!

Bekalan elektrik terputus. Ameera meraba di dalam kegelapan cuba mencari sebatang lilin. Apabila langsir bilik diselak, rintik hujan kelihatan semakin lebat jatuhnya dari wajah langit. Detik ini juga, pundi kencing langsung tidak ingin berkompromi dengannya.

Baru sahaja Ameera melangkah keluar dari ruangan tandas, lagu Animal dari band Maroon Five berdendang dengan kuat.

Dahinya berkerut apabila melihat telefon pintar yang direntap dari atas meja. Empat panggilan tak berjawab? Apasal minah ni call memalam buta macam ni? Gatus hatinya seraya menekan logo telefon yang berwarna hijau apabila panggilan itu sekali lagi menyusup masuk ke dalam telefon miliknya.

"Hello, Yan?" sunyi. Kosong.

"Hello... Hello Yan..." masih juga tiada jawapan dari talian di seberang sana. Yang kedengaran hanya bunyi rintik hujan yang mengganggu panggilan. Panggilan telefon tersebut, segera dimatikan. Nafasnya ditarik dalam-dalam, dan Ameera membiarkan mindanya berfikir positif buat sejenak.

Namun baru sahaja Ameera meletakkan fonsel tersebut ke atas meja dan bergerak beberapa langkah, sekali lagi panggilan telefon teriak minta untuk dijawab.

"Yan, boleh tak jangan main-main dengan aku memalam buta macam ni? Aku tahu kau sengajakan? Kan?" tutur Ameera laju. Namun keadaan di dalam panggilan itu masih senyap.

"Kalau kau ada kat depan aku sekarang ni, aku gigit telinga kau sampai putus!" sambung Ameera sambil tergelak kecil di hujung kata-kata. Tapi suasana masih sama. Tetap tiada balasan dari jasad pemanggil. Apa kena dengan budak ni?

"Yan? Kau okey ke tak ni?" tanya Ameera walaupun masih tiada balasan suara. Yang kedengaran hanya bunyi rintik hujan.

"Aku kat luar rumah kau ni Meera..." sebait balasan dari sang gadis itu sebelum panggilan dimatikan. Berkerut dahi Ameera apabila mendengar sebaris ayat yang meluncur masuk ke dalam gegendang telinga.

Daun pintu dikuak sedikit. Semerta angin kuat menyusup masuk ke dalam rumah.

"Yan?" laung kecil Ameera sambil menoleh ke kanan dan kiri luar rumah. Namun tiada jasad sesiapa yang kelihatan dek mata. Ameera menghembuskan nafas berat apabila memikirkan bahawa ada kemungkinan Sheryan sengaja hendak mempermainkannya.

Baru Ameera ingin menutup pintu rumah, daun pintu laju ditahan dari luar. Membulat matanya dengan nafas yang tidak dapat diatur dengan kemas. Jantung mula berdetak dengan laju. Pelbagai andaian yang keluar dari benak minda.

"Ameera, aku ni..." sayu suaranya menyusup ke dalam telinga. Detik itu, barulah Ameera dapat menghembuskan nafas lega. Di dalam kegelapan malam yang hanya ditemani sebatang lilin, tubuh Sheryan yang lencun kebasahan dek hujan, kelihatan sedang menggigil kuat. Mukanya hanya terus tertunduk merenung lantai.

"Yan... Kenapa ni? Apa yang dah jadi ni?!" tanya Amera seraya menarik Sheryan masuk ke dalam ruang tamu. Lalu Ameera merentap sehelai tuala yang tersidai di atas kerusi meja makan. Tuala yang Ameera sendiri tidak tahu empunya siapa.

Sheryan hanya terus berdiam diri walaupun setelah beberapa minit duduk di hadapan Ameera. Hanya air matanya yang terus mengalir, menemani mereka berdua di dalam ruangan yang kelam.

"Yan, kenapa ni?" tanya Ameera lembut. Namun pertanyaannya hanya hilang dimamah udara yang ada di ruangan sekitar.

"Yan, pandang aku kejap!" suaranya semakin tinggi intonasinya. Tidak mampu Ameera menahan permainan psikologi yang dilancarkan oleh Sheryan kepadanya. Rasa ingin tahunya mengenai gadis yang sedang duduk di hadapannya itu semakin menebal. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

(Preview) DUA NYAWAWhere stories live. Discover now