Prep petang itu menyaksikan kelas 105 yang bingit dengan suara para pelajar.Pelajar-pelajar lelaki berbual-bual tentang bola sepak, manakala pelajar perempuan pula,sesetengahnya bergosip dan selebihnya membuat kerja sekolah.Tiba-tiba, seorang pelajar dari kelas itu iaitu Hakim menolak pintu kelas lalu menjerit.
"Weyh!!!!!!!!!!!President kita!!!!!!!!!!," jeritnya pada semua orang di dalam kelas.Mereka semua tersentak lalu memandang ke arah Hakim.
"Ada apa ni?Jangan buat bisinglah!Kan tengah prep ni!" marah Hidayah,penolong ketua kelas 105. Hakim hanya tercungap-cungap kepenatan lalu menyambung,"Lepas aku pergi hantar kertas PBS tadi, aku pergi tandas.Tiba-tiba aku terjumpa mayat Arief."kata Hakim.
-------------------------------------------
Seisi kelas 105 Thorium berlari ke tempat kejadian.Pelajar-pelajar lelaki terus masuk ke dalam tandas untuk melihat mayat Arief.Mereka membawa mayatnya keluar.Semua orang membeliakkan mata apabila melihat keadaannya.
"Sesiapa tolong panggilkan cikgu!Kita kena bawa dia ke hospital!!!",kata Naim.Aiman dan Harish segera belari untuk mencari guru bertugas.Manakala pelajar yang lain sudah terpaku melihat kepala Arief yang retak, bersama kakinya yang terkoyak menampakkan daging di dalam.Ada di antara mereka yang menekup muka, tidak sanggup melihat mayat yang sadis itu.
"Kamu semua,tengok apa yang aku jumpa di tandas!!!!",jerit Ukail yang baru terjumpa sesuatu di dalam tandas.Di tangannya ada sekeping nota hitam yang tertulis:
'Arief Zinedine'
KAU PATUT MATI
------------------------------------
Beberapa minit kemudian, guru kelas dan ketua warden mereka tiba di tempat kejadian."Astaghfirullahal-azim!Tunggu sebentar, saya akan telefon ambulans!",kata Ustaz Wan. Cikgu Hanis pula terus menelefon ibu bapa Arief untuk memberitahu apa yang terjadi.
"Siapa yang jumpa mayat ini?",tanya Cikgu Hanis pada mereka semua. Hakim segera mengangkat tangan "Saya,cikgu."
-----
"xxxxx,kau dah bunuh budak tu?",tanya seorang lelaki pada rakannya. Rakannya tersengih-sengih.
"Beres,bos.Senang je nak buat kerja ni.Gaji??",kata rakannya smbil tersengih-sengih.Lelaki yang digelar bos itu menampar lengannya.
"Belum lagi.Kau belum bunuh yang lain...3 orang lagi..",katanya sambil tersenyum penuh makna.Rakannya mengangguk-angguk ketakutan.
"Saya akan buat yang terbaik."
Mereka berdua terus berpecah.Masing-masing tidak sabar menunggu mangsa seterusnya.
---------------------------------------------
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Thorium's Death Notes✔
Horror"Weyhhh!!!Presiden kita!!!",jerit Hakim pada semua orang di dalam kelas. "Aku terjumpa mayat Arief." "Ini semua...Death Note punya pasal." Apakah yang terjadi pada pelajar kelas 105 Thorium?Siapakah dalang di sebalik semua kejadian yang menimpa mere...