"Selepas ini mesti Rania!Aku sudah tahu!",kata Arief Haiqal(lebih mesra sebagai CB) pada rakan-rakannya yang ada di dalam kelas. Separuh dari pelajar perempuan telah pergi ke hospital untuk melihat keadaan Jeeha.
Rania menjeling ke arah CB dengan penuh marah.
"Aku takkan mati lah!!Aku ni GM=Gangster Maktab tahu!",balas Rania.CB menggelengkan kepalanya lalu menghayunkan jari telunjuknya seperti seorang diva.
"Mana ada!Semua orang akan mati,tak kisahlah macam mana pun!Tapi...kita patut tolong cikgu siasat perkara ini...",kata Nizua pula.
"Ish,macam cerita Saw pula aku rasa....seram...",kata Iman R untuk menambah rasa takut mereka semua.
"Macam nilah,apa kata kita semua bergabung untuk tolong dia.Pastikan Rania tak ke mana-mana seorang diri.",cadang Naim.
"Hah?Biar betul!Hmm..macam bodyguard pula kamu semua nanti.",Rania memprotes,namun dia bersetuju sahaja kerana tidak mahu menjadi mangsa nota hitam seterusnya.
-----
Namanya bersedia untuk ditulis.
Rania Am-
"Assalamualaikum!",teriak Naim di hadapan kelas 103.
Cikgu Amran,guru di dalam kelas tersebut terkejut.
"Ya,ada apa ni?",tanyanya.
"Cikgu,saya mahu berjumpa dengan presiden kelas ini,boleh?",kata Naim.
Cikgu Amran bercekak pinggang.
"Boleh...cepat!Saya nak mengajar ni.",jawab Cikgu Amran.Naim mengangguk-angguk lalu mengajak presiden kelas tersebut keluar.
Pada waktu Pendidikan Jasmani...
"Baiklah semua!Saya mahu kamu lari keliling padang,2 kali!",arah Cikgu Zafri pada pelajar kelas 105.Beliau berasa simpati pada para pelajar kelas itu yang jumlah ahlinya mulai berkurangan sedikit demi sedikit.Pelajar 105 pula tersenyum gembira.Maklumlah,mereka pernah berlari sebanyak 2 kali ganda sebelum ini.
Sedang semua belajar berlari,tiba-tiba Rania berhenti lalu jatuh pengsan di bahagian tepi padang.Zahirah terperasan lalu menjerit,"RANIA!!!!!"
Kini,semua orang memberhentikan pusingan dan memandang ke arah Rania.Tercungap-cungap pelajar 105 untuk berkumpul di hadapannya.Zahirah pula bergegas lalu memeriksa nadi Rania.Cikgu Zafri memerhatikan dengan cemas.
"N-nadi dia tak berdenyut!Panggil ambulans!Bawa dia pergi sekarang!!!",jerit Zahirah ketakutan.Semua pelajar 105 terkaku buat seketika.Guru PJK terus mengeluarkan telefon bimbitnya dari poketnya.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Thorium's Death Notes✔
Horror"Weyhhh!!!Presiden kita!!!",jerit Hakim pada semua orang di dalam kelas. "Aku terjumpa mayat Arief." "Ini semua...Death Note punya pasal." Apakah yang terjadi pada pelajar kelas 105 Thorium?Siapakah dalang di sebalik semua kejadian yang menimpa mere...