Chapter 10(Final)

52 0 0
                                    

"Cikgu...k-kenapa cikgu buat semua ni?Apa semua ni??Cikgu dah tak ingat Tuhan ke??",Naim bersuara dengan nada sayu.

"KAU FIKIR KAU TUHAN KE?!!",gertak Iman R.Naim segera menyuruh Iman untuk bertenang.Namun tidak sekalipun dia memandang wajah guru itu.Lebih baik melihat darah di lantai daripada melihat muka orang yang tidak berperikemanusiaan seperti Amran.Terlalu kejam untuk digelar seorang pendidik.

"Kamu tanya saya apa semua ni...betul?",Cikgu Amran menjawab sinis sambil mendekati Naim perlahan-lahan.Dia memaksa Naim untuk bertentang mata dengannya.

"Cuba kamu tanya diri kamu sendiri..mengapa saya buat begini?",Cikgu Amran menusuk parangnya ke dalam badan 'Ketua Batch' itu,menarik nyawanya keluar daripada jasad.

Naim rebah di atas lantai,jelas kehilangan kata-kata.Dia mengucap dalam diam sebelum meninggal dunia.

Enam orang pelajar yang lain hanya menikus,takut menjadi mangsa tikaman seterusnya.Aisyah,Zahirah dan Damia sudah menangis sambil memeluk antara satu sama lain.

"Ada kata-kata terakhir sebelum aku cabut nyawa kamu semua...??",tanya Cikgu Amran sambil mengusap-usap parangnya yang telah terpalit dengan darah.

Pada masa itu,CB segera berbisik pada Ukail,"Ambil...buku..Death Note tu."

Ukail membulatkan matanya.

"Kau dah gila ke?!Kalau dia bunuh aku..macam mana?"

"Tenanglah kawan.Kau lari dan ambil je..aku dah ada rancangan.",bisik CB dengan penuh yakin.

Ukail hanya mengangguk-angguk.Dia melemparkan senyuman pada CB untuk menghilangkan kerisauannya.

"LARIIIII!!!!",arah CB pada Ukail.Sementara Ukail mengambil buku Death Note,ahli kelas yang lain segera menuju ke arah Irfan dan Haziq.

Cikgu Amran amat terkejut akan tindakan spontan mereka.Beliau segera mengejar pelajar-pelajar yang sedang lari bertempiaran di seluruh ruang dalam kelas 105.

Beliau terperasan bahawa Ukail sudah memegang pen dan buku Death Note,bersedia untuk menulis nama guru tersebut di dalamnya.

Cikgu Amran terus memotong tangan kanannya sehingga putus menggunakan parangnya.

"Arghhhh!!!!",Ukail menjerit dalam kesakitan.

"Tangkap mereka semua!",teriak Cikgu Amran pada konco-konconya.

Irfan dan Haziq segera bertindak.Haziq ingin menangkap Iman R,namun Iman sempat menghentak badannya menggunakan kerusi kayu.

Irfan mencuba untuk melawan CB."Kau fikir kau hebat ke..!",kata CB.

Mereka saling mengacah sesama sendiri.Irfan berjaya untuk menarik rambut CB lalu dia menghentakkan kepala lelaki tersebut ke meja berkali-kali.

Perang di antara 3 penjenayah dan 6 pelajar itu berlarutan sehingga..

Hanya Iman R dan Cikgu Amran yang masih hidup.

"Mana kamu nak lari,Iman..?",kata Cikgu Amran samil tersengih-sengih.

"Cikgu tulislah nama saya dalam buku Death Note tu.",Iman menunjukkan muka selamba.

"Betul ke?",Cikgu Amran mula menulis...

IM-

Iman R berpura-pura untuk menggilap kukunya.

IMAN

'Mengapa Iman tidak rasa risau pun??',hati Cikgu Amran berdetik.Iman masih tersenyum-senyum.

Cikgu Amran memeriksa jamnya.Satu minit telah berlalu.Namun tiada apa-apa yang berlaku.

"Takkan buku ini tak berfungsi pula?",rungutnya sendirian.Beliau menulis nama IMAN berkali-kali,namun masih tiada apa-apa respons.

Tiba-tiba,Iman R mengeluarkan buku Death Note yang sebenar.Buku yang berada di tangan Cikgu Amran merupakan buku yang palsu.

Iman segera menulis nama Cikgu Amran di dalam buku tersebut.

AMRAN

Cikgu Amran segera meluru ke arah Iman lalu menghalakan parangnya pada Iman.Namun semuanya sudah terlambat.

Sebentuk lembaga menghampiri Cikgu Amran lalu memakan tubuh badannya.

Beberapa minit kemudian....

"Assalamualaikum,ada orang tak?",beberapa orang guru serta ketua warden membuka pintu kelas 105 yang tertutup.

Apabila pintu terbuka,kesemua mayat 6 orang pelajar 105 ditemui terbaring di atas lantai.Tiada Cikgu Amran dan Irfan serta Haziq.Mata semua guru tertancap pada kelas yang nampak seperti medan yang penuh darah.

Seorang pelajar lelaki duduk menghadap pintu dengan badannya yang menggeletar ketakutan.Mukanya pucat..dan tangannya dipenuhi dengan darah.

"Astaghfirullah..",ucap Ustaz Wan.

Iman R bangun dan matanya meliar ke arah guru-guru.

"Cikgu...ini bukan salah saya cikgu....",desak Iman dengan perlahan.Air matanya mengalir laju.

"Tak mengapa...saya faham...",kata ketua warden itu dengan perlahan.

Iman R tiba-tiba bertukar emosi.Mukanya amat marah dan penuh dendam.Seperti orang yang tidak siuman.

Iman mengusutkan rambutnya dan menghentak-hentakkan kakinya.

"Pergi...!Pergi dari sini!Jangan...jangan kacau...hidup...Aku!!!!"

Cikgu Ridzuan menghampiri Iman untuk menenangkannya,namun Iman menendangnya dengan marah.

"Aaaaarghhh!!Ini semua salah kau Cikgu Amran!!!!",jerit Iman seperti terkena histeria.Dia mula membaling kerusi dan meja di sekeliling kelas.

"Apa kamu maksudkan ini Iman?!!",kesabaran Cikgu Stanly telah hilang.Beliau memegang badan Iman agar dia berhenti menjerit dan meracau.

"CIKGU AMRAN,AKU BENCI DIA!!DIA BUNUH SEMUA KAWAN-KAWAN AKU!!"

Semua guru-guru saling berbalas pandangan.Hairan.

"Mana ada Cikgu Amran dalam sekolah ini,Iman..orang yang kamu cakap tu tak wujud.",pujuk Cikgu Stanly.

Iman membulatkan matanya yang mulai merah.

"APA??!!!!"

TAMAT

(Untuk penjelasan,sila ke Ch.11)





Thorium's Death Notes✔Where stories live. Discover now