Chapter 6

54 1 0
                                    

"Selamat pagi,semua!!",ucap Cikgu Amran lalu masuk ke dalam kelas 105.Jam menunjukkan pukul 7.45 pagi.

Cikgu Amran menjeling sekilas ke arah para pelajarnya lalu duduk di atas kerusi guru.

  "Saya mahu kamu semua ulangkaji pelajaran!Jangan ada mana-mana buku yang tidak berkaitan,jangan buat kerja sendiri dan jangan tidur di dalam kelas!Sekiranya ada yang buat begitu,siaplah!",Cikgu Amran memberi arahan dengan tegas.Semua pelajar terketar-ketar ketakutan lalu berjalan kelam-kabut ke arah locker buku.

CB berbisik pada telinga Iman,"Kenapa dengan Cikgu Amran tu?Pagi-pagi dah marah orang.."

"ARIF,SAYA SURUH DIAM KAN!!!",pekik Cikgu Amran.CB mengangguk perlahan.

   Selama 40 minit,para pelajar di dalam kelas langsung tidak membuat sebarang bunyi.Cikgu Amran memerhatikan mereka dengan penuh garang.Hanya sesekali sahaja dia melihat ke arah lain,itupun tidak sampai beberapa saat.

  KRIIIING!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat pelajar.Mereka semua di dalam kelas hanya mampu merenung Cikgu Amran,menunggu saat guru itu membenarkan para pelajar keluar berehat.5 minit kemudian,barulah beliau sedar lalu keluar daripada kelas tanpa berkata apa-apa.Pelajar-pelajar kelas 105 hanya mampu menggeleng-geleng lalu menyimpan buku masing-masing sebelum keluar dari kelas. 

Waktu rehat adalah masa yang paling sesuai untuk para pelajar berehat dan makan.Namun bagi Amir,ianya merupakan waktu untuk mengulangkaji matapelajaran dengan tenang.

Amir berjalan ke Dataran Air Terjun sambil membawa buku-buku rujukannya.

"Hei senangnya dalam hati bila dapat belajar Matematik~~",nyanyi Amir perlahan.

Baru sahaja hendak duduk dan membuka buku,Amir tiba-tiba tertarik untuk melihat ikan koi yang berwarna-warni di dalam air terjun mini sekolah itu.

Amir meninjau ke dalam kolam.Dia ternampak satu nota berwarna hitam di celah-celah batu.

Amir mengecilkan matanya dan semakin mendekati kolam untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik.

"Waaaaaaa!!!!!"

Aiman S. yang kebetulan sedang mendekati DAT,terkejut mendengar suara pekikan seorang lelaki.Dia terus berlari ke arah kolam dan melihat...

Tubuh Amir sedang terbaring di dalam kolam,dan seperti mangsa yang lain,badan dan terutamanya kepalanya berdarah dengan teruk.Warna kolam tersebut telah bertukar menjadi merah dengan darah.

Aiman S. yang menyaksikan kejadian tersebut terus meluru ke pejabat untuk memaklumkan kemalangan tersebut.

Beberapa orang guru dan staf membantu untuk mengangkat Amir keluar daripada kolam dan menghubungi ambulans.Ini adalah kali ke-6 mereka menghubungi ambulans pada bulan tersebut.

Namun,tidak disangka-sangka...seorang guru meliha kejadian itu dengan penuh gembira.Beliau tersenyum girang melihat tubuh Amir yang dibawa pergi.

---

   "Siapa yang buat semua cerita seram ni....!Kelas ini gila!Ahh!Mengarut!Aku tak sanggup lagi!!!!!!!",jerit Hakim sendirian sambil mengusutkan rambutnya.Harish di sebelahnya hanya mampu menepuk-nepuk belakangnya.

"Aku tak kira!Aku akan cari siapa pembunuh tak berakal ini!Aku akan cincang-cincang badan dia,pastu ceramah dia tentang hak asasi manusia!Kemudian sumbat masuk penjara!",Wanna juga sudah menunjukkan amarahnya.Afiqah yang berada di belakangnya sudah terkekek-kekek ketawa.

   "Macam mana nak masukkan dalam penjara kalau sudah dicincang?Hahahahaha!!!!!",Iman F. tergelak sehingga mahu terjatuh kerusi.Wanna hanya menjeling lalu tunduk membuat kerja rumahnya.

Malam itu,seorang pelajar perempuan berjalan seorang diri di koridor kelas-kelas tingkatan 1.Setelah selesai mengambil buku di dalam kelas,dia segera berjalan keluar sambil menghirup udara segar di luar.Sesuatu 'benda' telah mengekorinya dari belakang.

Pelajar itu tersedar lalu berlari sekuat hati,namun benda itu masih mengejarnya.Apabila menyedari bahawa ia masih mengejar,pelajar itu mengambil keputusan drastik lalu melompat terjun dari aras tiga bangunan itu.Baginya,itu sahaja jalan keluar bagi masalah yang dihadapi.  

----

BERSAMBUNG

  


 


Thorium's Death Notes✔Where stories live. Discover now