Cinta,tolong pergi

65 3 0
                                    

AKU sudah serik dengan cinta,pleaselah perempuan dekat luar sana,jangan pikat aku,kau orang akan kecewa dengan aku,percayalah.Kau orang akan menyesal.

HARI perkahwinan aku dan Hany sudah berlangsung pagi tadi.Semua orang gembira di hari perkahwinan tapi bukan aku.Ya aku pernah kata yang aku tak akan bercinta membawa maksud tak berkahwin juga kan tetapi kaibat tak nak kecewakan ibu bapa aku,aku terpaksa kahwin dengan Hany,semakin lama aku melihat Hany,ada sikit rasa cinta kepadanya tetapi adakah aku perlu mengaku yang aku cintakan dia.

"AKU dah jatuh cinta dengan dia,tapi aku tak tahu macam mana nak luahkan" "Ala,senang je,kau bagilah dia gelang ke,bunga ke,tak pun kau bawa dia pergi honeymoon,masa tu lah kau luahkan perasaan kau pada dia" aku mengganguk "Bagus juga idea kau tu,tapi aku nak bawa dia honeymoon dekat mana?" "Kau bawalah dia pergi Korea ke,London ke, tak pun pergi kampung nenek kau,kan situ ada pantai,bolehlah kau nak wujudkan suasana romantik" cadang Farhan kepadaku.

KEESOKAN harinya aku membawa Hany ke kampung nenek.Dia gembira berjumpa dengan nenek.Satu yang istimewanya Hany ni dia peramah,sampaikan nenek yang baru dia kenal satu jam dah macam kenal lama.Petang itu aku minta kerjasama nenek dengan atuk untuk lengahkan masa.Nanti tiba-tiba Hany pergi pantai,tak pasal-pasal kejutan aku untuk dia hancur.

MALAM itu aku ambil Hany di rumah dan tutup matanya dengan kain "Kenapa ni abang" "Adalah,suprise" bisikku di telinganya "Yalah".Sampainya kami di tepi pantai aku membuka pintu untuk Hany dan aku membantunya untuk berjalan.Apabila sampai di pantai aku pun buka ikatan kain itu dan dia nampak terkejut dengan kejutan yang aku bagi "Sayang,will you be my wife forever" tangannya ku pegang "Yes abang" dia menangis kegembiraan dan kami saling memeluk lalu ubun ubunnya aku cium dan pipinya aku belai "Thanks abang sebab buat macam ini untuk Hany,Hany tak sangka yang abang cintakan Hany" jariku aku letak di bibirnya "Ya memang abang tak cintakan sayang tapi itu dulu,sebenarnya lepas kita kahwin abang mula cintakan sayang tapi abang tak tahu macam mana nak luahkan tapi sekarang abang dah luahkan perasaan sebenar abang pada sayang,dalam hati abang cuma ada Hany dan hati abang juga telah diisi dengan cinta kita berdua" aku memeluknya dan aku cium pipinya sekilas dan sekarang aku sudah nekad,akan cintakan seorang perempuan sahaja,tiada peeempuan lain yang boleh mengisi hati aku,cuma Hany sahaja.

A HEART FOR YOU 1Where stories live. Discover now