Tika itu kau datang

62 3 0
                                    

ASMIDAR mengambil surat yang dihantar oleh seseorang yang bernama Zafi Ahmad,tapi setahu dia bukan ke Zafi itu bekas kekasih dia,dia hanya membuka kandungan surat itu dan saat dia membaca surat itu,dia terkejut yang Zafi menyatakan Syariel ada perempuan lain dan perempuan itu adalah sahabatnya sendiri,gambar juga ada disertakan di dalam itu.Gambar mereka berdua berpeluk juga ada malahan dinner dekat restoran.'Patutlah malam tak makan lagi,rupanya dah makan dengan perempuan gatal ni' airmatanya gugur dan dia terjelopok ke lantai saat melihat gambar Syariel dan Asya berkahwin,tegarnya hati Syariel dan Asya melakukan dia begini.Asmidar masuk ke dalam rumah dan mengemas baju bajunya ke dalam bagasinya.Dia segera menempah tiket penerbangan ke London.Dia menelefon abangnya untuk menghantarnya ke lapangan terbang.Saat ini dia memang tidak akan bertemu dengan Syariel lagi,biarlah Syariel bagai nak gila cari dia tapi perkara yang dilakukan oleh suaminya itu telah merobek hatinya dan cinta hilang sekelip mata,moga dia bahagia bersama Asya.

APABILA Syariel membaca surat yang ditinggalkan oleh Asmidar,Syariel terus memandu ke lapangan terbang dan dia perlu menerangkan perkara sebenar kepada Asmidar.Sebenarnya orang yang Asmidar lihat di dalam gambar itu adalah kembar Syariel iaitu Zhariel.Dia telah berkahwin dengan Asya beberapa bulan yang lepas,dia tahu Zafi sengaja hendak merosakkan rumah tangganya.

SYARIEL menempah tiket ke London untuk berjumpa dengan Asmidar.Dia tidak kisah tentang wang,yang penting Asmidar tahu hal sebenar.Saat dia melihat Asmidar memasuki kapal terbang yang sama dengannya,dia berasa lega dan mungkin ini adalah takdir,tempat duduknya dan Asmidar adalah sebelah menyebelah.

ASMIDAR terkejut melihat kelibat yang amat dikenalinya,itu Syariel! Dan kini Syariel hanya disebelahnya "Sayang,maafkan abang sebab tak pernah cerita pasal Zhariel,sebenarnya yang sayang tengok dalam gambar itu bukan abang tapi Zhariel kembar abang,maafkan abang ya sayang" cerita Syariel sambil memegang erat tangan Asmidar.Asmidar terkejut mendengar pernyataan Syariel,rupanya itu adalah Zhariel kembar Syariel,mengapa dia bodoh sangat tidak mahu menanyakan tentang itu kepada Syariel dahulu,tapi dah alang-alang nak ke London ni.Bagus dia dengan Syariel honeymoon sekali "Abang,maafkan sayang sebab tak tanya dengan abang dulu pasal ni,tapi kita dah nak pergi London ni,jadi dah alang-alang kita honeymoon terus eh" kata Asmidar dengan senyuman lalu merebahkan kepalanya ke dada Syariel.Syariel dan Asmidar terlena di dalam pelukan.

A HEART FOR YOU 1Where stories live. Discover now