Bab 3: Jiran Baru

39 0 0
                                    

Devvien keluar dari rumah dengan perasaan ceria. Pagi itu dia mahu keluar berjogging dengan Cindy di tasik. Pasti Cindy sedang menunggunya sambil membuat senaman terlebih dahulu. Dia melangkah keluar dari rumah lalu terpandang ke sebuah lori yang berhenti dihadapan rumah kosong disebelah rumahnya.

"Sape pulak yang sewa rumah ni? Yuhuuu....aku dapat jiran baru...", sorak Devvien sendirian. Dia membetulkan cermin matanya tatkala terpandang seorang gadis yang cantik berambut perang. Mulut Devvien ternganga luas melihat kecantikan gadis itu.

"Perghh...cun giler",kata Devvien perlahan. Dia melihat gadis itu tanpa berkedip matanya. Tanpa Devvien sangka gadis itu mengalihkan pandangan kearahnya. Devvien lantas berpaling kearah lain. Dia memulakan lariannya tanpa menghiraukan pandangan gadis itu padanya.

Setelah sejauh 10 meter, Devvien berpaling semula kebelakang namun gadis itu tiada lagi dihalaman rumah. Devvien tersenyum sendiri pabila mengingati wajah gadis ayu itu. Dia berpaling kedepan semula dan memulakan lariannya semula.

_______________________________________________________________________

Cindy mengeluh pabila dia sudah lama menunggu tetapi Devvien tidak muncul-muncul jua. Devvien datang dengan termengah-mengah kearah Cindy. Cindy menjeling sebanyak 360 darjah dengannya. Devvien tersenyum. Dia faham mengapa Cindy menjelingnya sampai begitu.

"Nama je ambik bidang kaunseling tapi perangai tak kauseling",perli Cindy. Devvien ketawa berdekah-dekah. Cindy mencebik bibirnya.

"Lambat 15 minit aje pun. Tu pun nak berkira...",Devvien membela dirinya. Cindy memandang lelaki itu dengan riak tak puas hati. Rasa nak cekik je mamat ni!

"Mr. Devvien! Kau tau tak selama 15 minit tu, kita boleh habiskan satu pusingan tau!",bebel Cindy. Devvien meraup rambutnya kebelakang.

"Aku lambat tadi pasal, aku pergi jenguk jiran baru aku. Anak dara dia cun giler tau tak! Tergugat iman aku tengok dia tadi!", kata Devvien sambil mengingati wajah cantik gadis itu tadi. Cindy mendengus. Dia bangkit dari duduknya lalu ingin membuka langkah seribu. Namun langkahnya terbatas. Lengannya ditarik. Dia berpaling kebelakang.

"I'm sorry...", kata Devvien sambil menyatukan telapak tangannya. Cindy menganguk. Devvien tersenyum senang lalu mencubit pipi Cindy. Itulah hobinya tika bersama gadis itu. Mencubit pipi gadis itu hingga puas. Kemudian mereka memulakan larian mereka sambil berbual.

Trouble LoveWhere stories live. Discover now