Bab 9: No More Chance!

15 0 0
                                    

Devvien menuju ke tempat meletakkan kereta. Tika Devvian mahu membuka pintu keretanya, badannya dipeluk dari belakang. Dia pantas meleraikan pelukan itu lalu bepaling kebelakang. Dia melihat Jennesse yang menangis teresak-esak.

"Kau ni kenapa? Tak tau malu ke? Kau tu perempuan! Malulah sikit!",marah Devvien. Gadis itu cuba untuk mencapai tangan Devvien namun pantas dilarikan oleh Devvien.

"Dev...please...Give me one more chance! I promise to be a good woman. Saya akan setia dengan awak. Give me one more chance to change myself",pujuk Jennesse. Devvien membuat muka tak dengar.

"Hey...Jennesse...listen here! Selama tiga tahun aku dipermainkan, diperbodohkan, diperhambakan, kau ingat aku akan ulang kesilapan lama aku! I'll never give you chance!",Devvien menengking kuat. Satu parking boleh dengar.

Serentak itu, bahu Devvien disentuh. Dia berpaling kebelakang lalu satu tumbukan hinggap di wajah tampan Devvien. Lelaki itu tersungkur diatas lantai. Mulut serta hidungnya berdarah teruk. Devvien mendongak, memandang kearah gerangan yang menumbuknya. William!!

"Berani kau kacau awek aku!",marah William lalu mengalihkan pandangan kepada Jennesse yang sedang menangis.

Devvien bangkit lalu menarik bahu William. Satu tumbukan padu diberikan kepada lelaki itu. Terundur kebelakang lelaki itu dibuatnya. William membalas dengan bertalu-talu. Devvien tidak dapat melawan kerana  pipinya terasa sakit.

"William! Cukup! Jom kita balik!",Jennesse menarik lengan William meninggalkan Devvien yang terkulai itu.

"Dev!!!",suara Cindy memenuhi fikirannya. Kedengarannya sayup. Kemudian dia tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

_______________________________________________________________________

"Tulah kau cuai lagi! Lain kali kalau jumpa lagi dengan mamat tu tak payah layan. Blah je! Buat sakit kau je tau tak! Dah muka kau macam muka tak siap", Cindy sudah mula membebel. Devvien tertawa kecil pabila Cindy mengutuk mukanya. Cindy menekan sedikit ais yang berbalut tuala itu ke pipi lebam Devvien. Lelaki itu mengaduh.

"Lepas ni, beli cermin mata baru. Cermin mata kau dah pecah plus patah". Kata Cindy lalu menuju ke dapur. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Habislah! Lepas ni lagilah Joana taknak dekat kau. Muka dah tak handsome lagi!",Cindy ketawa tak ingat dunia. Devvien membuat muka geram.

"Kau jangan doakan!",amaran Devvien. Cindy menjelirkan lidahnya.

Trouble LoveWhere stories live. Discover now