Michi Family 11

72 7 2
                                    

mulalah semula penyeksaan di.......SMF!!!!

harini hari Isnin jadi kena lah sekolah. nak tak nak, kena juga. kalau tak kes ini takkan selesai.

Nurlin yang pertama sekali sampai ke sekolah. dia berhenti di depan pagar sekolah, menunggu ahli yang lain tiba. dia tak berani masuk kesekolah berseorangan. manusia yang berlagak sempurna di dalam sekolahnya hanya menunggu masa untuk melemparkan cemuhan. dia tak sanggup.

selepas beberapa minit menunggu, tiga orang jejaka sampai. tak lain tak bukan, mestilah....Ein, Muaz dan Kimdo.

"hai Nurlin" sapa mereka.

"kenapa tak masuk lagi?" tanya Ein.

"tunggu yang lain" jawab Nurlin.

"ohhhh. jomlah tunggu sama" cadang Ein dan mereka pon lepak bersama Nurlin sementara menunggu ahli lain tiba.

sedang mereka seronok melepak, "tengoklah tu, lepak macam manusia biasa tapi bukan pon"

Kimdo yang terdengar naik berang.

"YA!! NAK MATI KE!!" jerit Kimdo.

pelajar-pelajar itu berundur kebelakang.

"omo!! tengoklah tu. nak bunuh kita pulak. diorang ni memang bahaya. kita kena bagitahu pengetua pasal ni. diorang tak boleh sekolah kat sini. tak selamat" kata salah seorang pelajar itu.

"YA!!!" jerit Kimdo lagi. dan pelajar-pelajar itu lari masuk ke kawasan sekolah. "ishhh! siaplah diorang!" Kimdo masih tak puas hati.

"sabarlah. nanti kau pulak kena gantung kes ni" pujuk Muaz. dia taknak lagi seorang kena gantung.

"hei korang"

semua ahli dah sampai ke sekolah.

---------------------------------------------

pada waktu rehat, mereka hanya duduk di tempat berkumpul mereka. PONDOK!! tempat yang jauh dari semua orang.

"aku rase kita kena senaraikan siapa suspek dalam kes ni. kalau nak tuduh EXO je tak boleh. lagipun Aspa rase diorang tak buat" kata Zera.

"emmm betul tu" sambung Amelin. "so...ade suspek lain?"

"Red Velvet?" cadang Nurlin.

"Sab, Wendy and Liyana?" cadang Sophia.

"itu je?" tanya Kimdo. "kalau macam tu...biar aku, Ein dengan Muaz perhatikan EXO. Nurlin dengan 15line perhatikan Red Velvet dan perempuan 16line perhatikan tiga orang tu. kalau ada apa-apa info just kakao, ok? setuju?" jelas Kimdo.

"setuju!" jawab mereka serentak.

KAKAO!!

message ringtone dari phone Iman berbunyi. selesai Iman membaca mesejnya, dia melihat ke arah ahli MF.

"kenapa?!" tanya Myza. Iman hanya kaku.

"Iman kenapa ni??!" Zura menggoncangkan bahu Iman. " ish dia ni. dah la dia sorang je yang ada phone sekarang ni. boleh pulak macam ni" Zura merungut.

"WHAT!!!" Zera tiba-tiba menjerit.

"ehhh kau dah kenapa Zera?!" Amelin yang terkejut dengan jeritan Zera yang mengalahkan jeritan Tarzan menampar pipi Zera sekuat hati. tulah padahnya sebab jerit tiba-tiba.

"ishhh sakitlah" adu Zera.

"sape suruh jerit" balas Amelin. "hah! asal kau jerit?"

Zera memandang Iman yang masih tak bergerak lalu, "Pengarah MF nak jumpa kita lepas sekolah"

"WHAT!!"

pengarah MF yang tak pernah-pernah nak munculkan diri tiba-tiba nak jumpa mereka.

"ni mesti sebab hal haritu. aduh. macam mana ni??!" Aina dah tak keruan. "mesti kes ni dah jadi besar. mana tak nya. sampai pengarah nak jumpa kita."

"calm down kay. relaks. kita jumpa je. mungkin ada hal penting." Muaz cuba menenangkan keadaan.

----------------------------------------------

dah 30 minit meraka berdiri di depan bangunan MF. masing-masing tak berani nak masuk. macam-macam benda negatif yang mereka banyangkan.

kena marah. kena pukul. kena denda. kena buang dari misi. kena pindah. kena berpecah. dan paling teruk, kena buang dari MF. dan kena buang dari MF bermaksud ingatan tentang semua yang berkenaan MF akan hilang termasuk ahli MF.

"macam mana ni?" Zera yang takut hanya mampu mengeluh.

"kita masuk je la" Iman terus memasuki bangunan MF. yang lain terkejut dan hanya membuntuti Iman sehingga ke pejabat pengarah.

Iman mengetuk pintu lalu membuka pintu dan masuk ke dalam disertai ahli yang lain.

"kamu semua dah sampai?" tanya pengarah.

"emmm Kak Ell dengan Kak Nyda ada hal kat sekolah, jadi diorang sampai lambat." jawab Sophia.

"baiklah. silakan duduk" kata pengarah dan membawa mereka ke meja panjang seperti di dalam bilik mesyuarat.

"seperti yang kamu tahu kumpulan kamu 17line digantung dan akan dipindahkan setelah misi ini selesai. tetapi semua Ahli JawatanKuasa telah bermesyuarat dan sebulat suara bahawa kamu semua akan dipindahkan mengikut kumpulan setelah misi ini selasai" kata pengarah.

"tapi pengarah..."

"Kimdo, duduk. saya belum habis lagi" Kimdo akur. "saya juga telah buat keputusan untuk menambah seorang lagi ahli kamu yang mana dia sudah 5 tahun bekerja dibawah MF agar misi ini dapat diselesaikan dengan cepat" Pengarah menepuk tangannya, "bawa dia masuk"

pintu dibuka dan muncul seorang lelaki lengkap berpakaian tuksedo dengan kemeja merah di dalam dan digayakan dengan tali leher putih berjalur merah seperti kemeja yang dipakai.

"Hai, saya Jimmy" lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"dia akan masuk 17line. saya harap awak semua akan menerangkan misi ini kepada dia. baiklah. boleh bersurai" Pengarah bangun dan berlalu pergi.

-------------------------------------------

update from me!!!!Kimdo!!!! yeahhh..dapat pon update. tang mana dapat idea pon tak tahu...main tulis je...harap best la...enjoyyy

vote and comment please~~~(*^_^*)


Michi Family[COMPLETE]Where stories live. Discover now