Senja itu Hyunmi berjoging di taman berdekatan dengan hostel kampusnya. Sedang Hyunmi berjoging dia terlanggar seoarang namja lalu buku di tangan namja tersebut terpelanting dan jatuh ke dalam longkang yang berada berdekatan mereka. Namja tersebut juga jatuh terduduk sama juga dengan Hyunmi.

"Woi perempuan!" jerit namja itu dengan muka marah sambil cuba untuk bangun daripada jatuh tadi.

"Apa woi-woi? Kau ni takde kesopanan dan kesusilaan ke nak panggil orang?!" marah Hyunmi.

"Haha.." namja itu berpura-pura ketawa.

"Kau tak payah nak cakap pasal kesopanan dan kesusilaan kau tu kalau kau sendiri pun tak betul. Dah langgar orang banyak bunyi pula." kata namja itu sambil menonjol-nonjol kepala Hyunmi yang masih tidak bangun dari jatuh tadi dengan jari telunjuk tangan kanannya.

Hyunmi yang bengang dengan tindakan namja itu terus bangun dan menolak namja itu sampai terjatuh.

"Ish kuat gila yeoja ni" kata namja itu dalam hati.

"Kau sape nak main kepala aku pulak ni? Suka hati je nak sentuh kepala aku!" tengking Hyunmi sambil mencekak kedua-dua tangannya ke pinggang.

"Eh eh kau yang beria-ria marah aku pasal? Kau yang langgar aku tapi kau pula yang melebih!" tengking namja itu sambil megenggam rumput di tempat dia jatuh lalu mencampak rumput tersebut pada Hyunmi. Hyunmi terkejut dan ingin membalas perbuatan namja itu tapi niatnya terhenti apabila ada orang mendekati mereka.

Namjoon, timbalan majlis pelajar kampus yang dari tadi memerhatikan mereka terus mendekati kedua-dua rakan yang dikenalinya itu.

"Yoongi, kenapa kau baling rumput kat Hyunmi ni?" tanya Namjoon dengan berhemah.

"Kau tau tak yang yeoja ni dah langgar aku sampai aku terjatuh dan buku aku terpelanting entah ke mana lepas tu dia boleh pula marah-marah aku. Bukannya nak minta maaf!" terang Yoongi kepada Namjoon dengan perasaan marah.

"Minta maaf?! Heh dengan perangai kau yang macam ni kau nak suruh aku minta maaf? Aku tak sempat nak kata apa-apa tadi kau dah 'woi' kat aku sape suruh! Pastu kau nak suruh aku minta maaf? Memang tak lah!" kata Hyunmi sambil memeluk tubuhnya.

"Korang jangan lah gaduh-gaduh. Berbaik je lah. Tak malu ke orang sekeliling tengok. Dah besar-besar pun nak bergaduh macam budak kecik." nasihat namjoon kepada dua orang rakan kampusnya.

"Eey, tapi kan namjoon, dia ni-" Hyunmi tidak sempat untuk menghabiskan kata-katanya kerana dipotong oleh Namjoon.

"Alaa Hyunmi ni.. Minta maaf jelah. Tu pun susah ke? Dan kau pun Yoongi, maaf kan jelah dia." kata Namjoon yang tidak berputus asa meleraikan pergaduhan itu.

"Okay fine! Aku minta.... DIRI DULU YA!" kata Hyunmi sambil berlari meninggalkan tempat tersebut dengan sepantas kilat.

Yoongi terkejut dengan apa yang Hyunmi katakan. Yoongi mengeluh.

"Hmm.. Aku ingatkan dia nak minta maaf." kata Yoongi kepada Namjoon.

"Kau maafkan je lah dia. Kan itu lebih baik. Tak baik bermusuhan." pujuk Namjoon tapi Yoongi bukan seorang yang mudah termakan dengan pujukan.

"Aku takkan maafkan dia selagi dia tak minta maaf huh!" kata Yoongi.

"Ish kau ni ego la. Okay lah aku nak balik. Bye!" Namjoon sudah malas hendak bercakap dengan Yoongi yang ego itu.

"Eh kejap, macam mana kau kenal dia?" tanya Yoongi.

"Aku kan timbalan majlis pelajar kampus, mestilah aku kenal pelajar satu kampus dengan aku." jawab Namjoon.

"Hmm yelah." kata Yoongi sambil matanya melilau mencari bukunya yang terpelanting tadi.

"Okay lah, aku pergi dulu." Namjoon meminta diri untuk balik ke hostelnya kerana hari hampir malam.

"Nanti lah dulu, tolonglah aku cari buku aku." kata Yoongi.

"Haih, buku tu kalau setakat terpelanting sebab terlanggar perempuan takdenya terpelanting jauh" omel Namjoon sambil mencari buku milik Yoongi.

Namjoon yang sibuk mencari buku itu terjumpa sebuah buku di dalam longkang.

"Yoongi! Buku kau warna hijau ke?" soal Namjoon.

"Yes, kau dah jumpa ke?" balas Yoongi.

"Ni ada buku warna hijau dalam longkang." jawab Namjoon.

"What?! Dalam longkang? Omg buku kesayangan aku!" kata Yoongi dengan nada terkejut. Yoongi terus pergi ke arah Namjoon.

Yoongi mencapai buku yang berada di dalam longkang.

"Time macam ni lah kau nak ada air, selalunya takde air pun!" marah Yoongi pada longkang tersebut.

"Kalau sedih pun jangan lah bercakap dengan longkang. Aku balik dulu ya. Dah nak malam ni. Bye." Namjoon meminta diri untuk pergi.

"Okay, bye." kata Yoongi dengan suara yang sedih.

Mereka berdua pun meninggalkan taman tersebut.

That XX [ 그 XX ]Where stories live. Discover now