Hyunmi pulang ke biliknya dengan perasaan sebal, sakit hati, marah dan sebagainya. Hyunmi menghentak-hentakkan kakinya di lantai. Hyunmi mencampakkan dirinya di atas katil dan mengerling sekejap jam di dinding.

"Kenapa Taehee tak balik lagi.. Lamanya dating. Dia pergi makan malam terus kot dengan boyfriend dia." kata Hyunmi kepada dirinya sendiri separuh bisik.

Selepas beberapa minit, Taehee memasuki ke dalam bilik dengan muka yang masam mencuka. Taehee terus baring di atas katil sambil memeluk bantal peluknya.

"Eh baru balik dating tapi kenapa muka masam je? Selalunya kalau balik dating senyum pastu terguling-guling atas katil tu." perli Hyunmi. Hyunmi tergelak kecil.

Selepas beberapa minit Taehee masih tidak bersuara.

"Taknak cerita takpe.. Aku nak mandi kejap." kata Hyunmi selepas Taehee tidak membalas kata-katanya tadi.

Baru sahaja Hyunmi ingin bangun dari katil, Taehee terus bangun dan membaringkan dirinya di atas katil Hyunmi.

"Kau jangan lah mandi lagi. Aku nak cerita lah ni. Muka aku masam macam ni sebab aku tak dapat makan dengan boyfriend aku." cerita Taehee kepada Hyunmi dengan suara gedik.

"Padan muka kau. HAHAHAHAHAHA! Pasal tak jadi makan? Lepas aku mandi nanti kita pergi makan okay." ajak Hyunmi.

"Tadi waktu on the way pergi kedai makan, kawan sebilik dia call. Pastu dia kata dia kena balik sebab kawan dia menangis. Hmm." cerita Taehee lagi.

"Namja? Nangis? Kahkah! Macam syok je dengar namja nangis. Hahaha! Baik aku pergi mandi, dengar cerita kau buat aku sakit perut je gelak." kata Hyunmi tidak berhenti-henti gelak.

"Mana kau tahu namja?" soal Taehee.

"Kau kata kawan sebilik, takkan yeoja pulak. Haha.." balas Hyunmi.

Sementara itu pada waktu yang sama..

"Yoongi! Yoongi!" jerit Seokjin ketika berlari menaiki tangga.

"Yoongi, kau kenapa nangis? Kau kena rompak ke? Ke kena gangguan seksual?" tanya Seokjin setelah membuka pintu dengan tercungap-cugap. Letih berlari menaiki tangga tadi.

Seokjin melihat Yoongi sedang bersila di atas katil sambil memandang buku berwarna hijau yang berada dihadapannya. Yoongi masih lagi tidak berhenti menangis dan matanya merah. Seokjin seram sejuk melihat Yoongi. Macam hantu je dengan mata merah, rambut serabai pulak tu.

"Yoongi.. kenapa kau menangis?" tanya Seokjin lagi.

Yoongi mengambil buku yang berada di hadapannya. Dia menoleh ketepi dan melihat Seokjin. Kemudian, Yoongi mengesot sehingga berada di birai katil.

"Seokjin... Buku kesayangan aku basah. Masuk longkang. Pastu busuk bau longkang." kata Yoongi sambil menunjukkan bukunya pada Seokjin.

"Kau menangis sebab buku masuk longkang je ke?! Kelam-kabut aku balik sebab buku kau masuk longkang? Haish!" marah Seokjin.

"Jangan lah marah. Buku ni nenek aku kasi waktu aku umur 15 tahun. Keesokan hari selepas dia kasi buku ni dia meninggal sakit jantung. Pastu dalam buku tu ada lagu-lagu yang nenek aku tulis dan macam-macam benda aku dah tulis dalam buku tu." terang Yoongi.

"Eh kau kalau bab cerita sedih memang pandai. Bak sini buku tu." kata Seokjin sambil menghulur tangan untuk mengambil buku Yoongi.

"Baik kau pergi mandi. Muka macam hantu je." kata Seokjin lagi.

Yoongi terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Seokjin pula mengambil minyak wangi di atas meja dan hairdryer di dalam laci meja.

"Kau ni Yoongi, benda macam ni pun nak menangis. Cuba lah berfikir guna otak. Masalah boleh selesai. Spray je lah minyak wangi kat buku ni pastu keringkan jelah dengan hairdryer. Kan senang.. Macam yeoja je, masalah kecik je nak nangis. Kalau nangis pasal cinta boleh lah aku terima lagi even kau namja sekalipun, ni pasal buku. Err... nasib aku lah dapat kawan sebilik macam ni." bebel Seokjin seorang diri sambil menyembur minyak wangi pada buku Yoongi.

That XX [ 그 XX ]Where stories live. Discover now