"Hyunmi! Bangunlah dah lambat ni. Kelas start pukul 9:30, sekarang dah pukul 9 dah!" jerit Taehee.

"Hmm.. Jap lah, kasi 5 minit je lagi," kata Hyunmi dalam keadaan mamai.

"Lantak kau lah, Hyunmi. Baik aku pergi dulu," Taehee sudah penat untuk kejut Hyunmi dari tidur.

"Bye!" jerit Taehee di luar bilik sebelum meninggalkan Hyunmi yang masih tidur.

Setelah Taehee sampai di kampus, dia menelefon Hyunmi.

"Da ra dat dat dat~" telefon Hyunmi berbunyi. Hyunmi terus mengangakat telefon tersebut.

"Kau tak bangun lagi ke? Dah pukul 9, baik kau cepat sebelum lecturer datang! Kau takyah mandi, tukar je-" Hyunmi terus mematikan talian.

Hyunmi dengan kelam-kabut terus mencari baju di dalam almari. Setelah dia menukar baju, dia terus mengambil begnya lalu menuju ke kampus yang hanya beberapa meter dari hostel. Telefonnya tertinggal di atas katil.

Sampai sahaja berdekatan tembok yang menghala ke arah dewan kuliahnya, Hyunmi melajukan lagi langkahnya. Dia harus cepat. Pasti profesornya sudah berada di dalam dewan kuliah. Hyunmi melihat jam tangannya pula.

"Alamak, dah hampir 15 minit lewat. Japgi mesti kena ceramah. Bernanah telinga aku yang cantik ni nanti," omel Hyunmi.

Tiba-tiba, Hyunmi bertembung dengan seseorang semasa dia kalut mempercepatkan langkahnya. Melopong mulutnya melihat orang yang dilanggarnya tadi.

"Sorry.. Tak sengaja.." kata Hyunmi rasa bersalah.

Yoongi mengambil telefon miliknya yang telah pecah skrin kerana terjatuh dengan kuat dan dia mendongak untuk melihat siapa yang melanggarnya.

"Kau lagi, semalam dah rosakkan buku kesayangan aku.  Harini kau rosakkan telefon aku pulak!"  jerit Yoongi.

Yoongi bangun dan cuba untuk berdiri.

"Sorry sangat-sangat.  Tak sengaja.  Tadi nak cepat,"  kata Hyunmi sambil menghulurkan tangan untuk membantu Yoongi bangun. Tangan Hyunmi ditepis oleh Yoongi.

"Tak payah nak tunjuk baik lah!  Kau memang sengaja nak langgar aku kan?"  tengking Yoongi.

"Aku nak tolong sombong pulak.  Pastu nak tuduh aku sengaja langgar kau.  Kau ingat aku takde kerja ke?  Kalau muka tu handsome takpe jugak. Lagipun aku dah minta maaf kan?"  balas Hyunmi.

Pelajar-pelajar yang lalu lalang di kawasan itu hanya melihat pertengkaran mereka.

"Ah ada aku kisah ke kau dah minta maaf ke tak,  maaf kau bukan boleh baiki telefon aku pun!"  Yoongi masih tidak mahu mengalah.

"Eh monkey ni..  Aku dah minta maaf tu dah lah. Lain kali kalau berjalan tu jangan main telefon!"  balas Hyunmi lagi

"Mulut tu jaga sikit.  Suka hati je panggil aku monkey apasal?  Kau ingat kau lawa ke?"  marah Yoongi.

Namjoon yang baru sahaja babis kelasnya ternampak Yoongi dan Hyunmi yang sedang bergaduh.

"Gaduh lagi diorang ni?  Malas betul nak layan tapi aku kena layan juga.  Kalau aku buat bodoh je nanti pelajar lain kata aku ni timbalan ketua pelajar yang tidak bertanggungjawab pulak."  keluh Namjoon sambil berjalan ke arah Yoongi dan Hyunmi.
"Korang kenapa ni?"  tanya Namjoon.
"Takde pape.  Just ada masalah sikit je,"  jawab Yoongi.

"Pasal semalam ke?"  tanya Namjoon lagi.

"Semalam tu pun satu masalah,  harini masalah lain pulak.  Kau tengok apa dah jadi kat telefon aku ni.  Sekarang ni,  aku nak yeoja ni ikut aku pergi kedai telefon,"  kata Yoongi sambil menunjuk telefonnya kepada Namjoon.

"Kenapa aku kena ikut pulak?"  tanya Hyunmi sedikit terkejut.

"Sebab kau kena bertanggungjawab bayar semua kos baiki telefon aku ni.  Takkan tu pun tak tahu!"  balas Yoongi.

"Aku taknak iku-" Hyunmi memberhentikan katanya kerana tangannya ditarik oleh Yoongi.

Sampai sahaja di luar kawasan kampus, Hyunmi sudah keletihan. Namjoon hanya mengikuti mereka kerana disuruh oleh Hyunmi.

"Woi aku penat lah, tengok tu Namjoon pun dah letih." rengek Hyunmi kepada Yoongi.

"Namjoon tu sape suruh dia ikut, padan muka dia. Dan kau, sape suruh langgar aku tadi. Padan muka hahaha! Biar kaki kau patah!" balas Yoongi sambil ketawa.

"Aku nak naik teksi la wahai monkey!" jerit Hyunmi kepada Namjoon.

"Eh budak ni, aku ada nama la! Nama aku Yoongi okay! Nak naik teksi boleh tapi-" sebelum sempat Yoongi menghabiskan kata-katanya, Hyunmi telah menahan teksi.

"Aku serius penat ni, naik teksi la monkey," rengek Hyunmi kepada Yoongi.

"Okay fine tapi kau kena bayar la," jawab Yoongi.

"Ehem! Aku kena ikut ke tak? Rasa macam tak perlu je," tanya Namjoon.

"Kau orang penting kena ada, takut aku naik teksi dengan monkey ni. Seram kot dengan perangai baran je err," jawab Hyunmi.

Yoongi hanya mendiamkan diri kerana berasa sudah malas untuk bergaduh. Yoongi hanya fikir mahu cepat sampai di kedai telefon sahaja.

"PIN! PIN!", pemandu teksi menekan hon kerana menunggu terlalu lama.

"Eh jom la naik teksi, aku duduk belakang dengan Namjoon okay." kata Hyunmi.

Setelah sampai di kawasan perumahan kedai, Hyunmi membayar duit kepada pemandu teksi. Hyunmi terus ke bank berdekatan bersama Namjoon. Yoongi hanya tunggu di luar bank.

"Haish duit ada sikit je, aku rasa cukup-cukup makan je nak bayar kos telefon si monkey," omel Hyunmi sendirian.

"Kalau tak cukup aku bayarkan kos baiki telefon Yoongi tu," kata Namjoon.

"Takpe la, lagipun aku yang rosakkan telefon dia," balas Hyunmi.

Yoongi hanya mendiamkan diri dari tadi. Selepas tiba di kedai telefon, barulah Yoongi bersuara.

"Annyeonghaseyo, boleh saya baiki telefon kat sini?" tanya Yoongi kepada pekerja kedai tersebut.

"Annyeonghaseyo, boleh. Nak baiki hati kat sini pun boleh," balas pekerja itu dengan senyuman yang agak gedik.

Yoongi membalas senyuman pekerja itu walaupun tidak rela.

"Hek eleh gedik gila. Pantang nampak namja handsome sikit eh handsome ke? Hahaha," kata Hyunmi di dalam hati.

Setelah pekerja itu membelek telefon Yoongi, dia mengeluarkan buku resit.

"Masa untuk baikinya mungkin dalam seminggu. Harganya dalam anggaran 20 000 won. Jadi bayar deposit 5 000 won saja dulu. Boleh?" tanya pekerja itu sambil memandang Yoongi dengan senyuman. Yoongi berasa tidak selesa dengan pekerja itu.

"Oh okay minta duit kat yeoja ni dan bagi resit kat dia nanti," balas Yoongi sambil menunding jari kepada Hyunmi. Kemudian, Yoongi terus keluar daripada kedai tersebut.

"Biar aku bayarkan," kata Namjoon.

"Eh takpa la, kau dah teman aku ni dah cukup bagus dah." balas Hyunmi sambil tersenyum.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 18, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

That XX [ 그 XX ]Where stories live. Discover now