Prolog I

31 0 0
                                    

"Weyh. Sapa nama awek yang kau minat masa sekolah dulu ?" Tanya Redza

"Yesha. Kenapa kau tanya ?" Tanyaku kembali.

"Makin cun wehh." Jawab Redza selamba.

"Mana kau tau ? Kau ada jumpa dia ke ?" Tanyaku lagi.

"Aku tak sure la tu dia ke tak. Aku rasa mata aku tak silap. Dia buka butik depan lorong sana tu. Sabtu ni pelancaran. Tapi.."

"Tapi apa ?" Aku bertanya lagi melihat Redza seperti berat untuk meneruskan katanya.

"Pakwe dia hensem dowh !" Kata Redza terus berlalu meninggalkan aku sendiri.

'Dia dah ada pakwe ? Hensem ? '

'Weyh Putra sedar sikit. Kau ingat dia nak balas cinta kau ? Kau sikit pun tak confess kat dia.'

'Padan muka kau. Malu sangat kan. Gigit jari la.'

Berperang dengan perasaan sendiri.

Aku mengorak langkah ke bilik Redza.

"Za, sabtu kau free ?" Tanyaku seusai melabuhkan punggung di hujung katil.

"Kau boleh tak datang ketuk pintu bagi salam dulu. Bukan main terjah je" marah Redza.

"Alaa kau ni. Tu pun nak marah. Chill la." Kata ku dengan nada memujuk.

"Free kot. Asal ? Kau nak pegi butik dia tu ?" Tepat sekali tekaan Redza.

Aku menggosok belakang tengkuk.

"Tak payah la." Ucap Redza sedikit mengejutkan aku.

"Asal tak payah ?" Aku bertanya tidak puas hati.

"Buat apa kau nak pegi ? Sakitkan hati sendiri ? Kalau kau pegi semata nak tengok dia dari jarak jauh. Baik tak payah. Buang masa je." Kata Redza panjang lebar.

"La ingat kenapa tadi. Ala kejap je. Kita singgah jap lepas tu blah la.Please..." Pujuk ku.

"Ye la. Last tau aku tolong kau. Dari dulu kau asyik lepas peluang free-free. Aku punya baik usha dia untuk kau. Kau biar macam tu je. Sekarang sape rugi ? Kalau kau berani masa tu. Mesti sekarang kau dah buat preparation untuk kahwin. Tak pun dah ada anak seorang dua." Mula dah ceramah panjang lebar dia.

"Ye. Aku tau. Aku salah." Balas ku bernada pasrah.

Aku mengatur langkah semula ke bilik ku. Pintu bilik aku tutup. Kotak hitam aku pandang.

Lantas menarik kotak tersebut ke atas meja.

Satu persatu gambar aku keluarkan. Semua gambar milik gadis genit yang telah mencuri hati ku sejak zaman sekolah.

Aku simpan sejak tujuh tahun lalu. Kali terakhir kami bertemu sewaktu perkahwinan salah seorang rakan sekolah kami.

Dia tetap cantik dan manis seperti dulu. Tidak berubah.
Cuma semakin kelihatan matang walaupun bertubuh cilik.
Senyuman manis.
Pipi pau.
Mata yang indah.
Tetap cantik di mata ku.

"Hai ! Putra kan ? " sapa seseorang dari belakang.

Aku sedikit tergamam selepas berpusing melihat gerangan yang menyapa.

"Aaa.. Hai !" Jawab ku perlahan.

"Lama tak jumpa kan ?" Tanya gadis itu lagi.

"Haah" kata ku sambil mengusap belakang tengkuk. Sungguh tak sangka dia akan menegur ku.

"Awak study mana sekarang ? Masih course graphic ?"

"Haah." Jawabku sepatah. Menahan malu.

"Weyh, Sha. Jom ambil gambar." Sapa rakannya.

"Oh okay. Kejap" Dia mengangguk sebelum bangkit menuju ke crowd dia atas pelamin.

"Oh lupa. Bye awak ! Nice to meet you again !" Katanya sebelum kembali berpusing.

"Putra ! Putra !" Jerkah Redza.

"Huh apa ?" Tanya ku sambil mengusap belakang tengkuk. Tabiat.

"Kau termenung sampai mana dah ? Ni gambar ? Bila kau ambil weyh ? Dah lama kau simpan ? Asal aku tak tau ? Kenapa kau rahsiakan dari aku ?" Berpusu-pusu soalan Redza.

"Ish kau ni sibuk la. Tadi marah aku tak reti ketuk pintu bagai. Ni kau pun buat sama. Dah keluar. Keluar." Kataku sambil menolak tubuh Redza kearah pintu.

"Ye aku keluar. Tak payah nak tolak-tolak. Sebelum tu kau jawab dulu soalan-soalan aku ! " bentak Redza. Geram.

Sudah bertahun mereka bersahabat. Tinggal sebumbung. Dari zaman universiti sampai sekarang dah kerja pun. Masih sebumbung. Tapi rahsia yang satu ini. Tak pernah dia tahu.

"Patut lah kau tolak semua awek-awek yang ngorat kau masa kat U dulu ? Kau masih suka dia sampai sekarang ? Aku ingat kau dah lupakan dia." Redza menghambur lagi soalannya.

"Shhh. Bising la kau ni. Jap. Bagi aku kemas dulu. Kau tunggu kat bawah. Nanti aku cerita." Kata Putra menyedapkan hati rakannya.

Benar. Dia masih menyimpan rasa suka,minat, sayang,cinta. Semua perasaan tu masih dia pendam. Sejak dari dulu. Tak pernah berubah. Tak sikit pun berkurang.

Usai menyimpan gambar-gambar tersebut di tempat asal. Putra menapak ke ruang tamu. Redza sudah menunggu di hadapan televisyen. Siap ada dua mug dihadapannya. Betul-betul ingin tahu rahsia sahabatnya.

Putra melabuhkan punggung di sofa berdekatan. Belum sempat dia meneguk air. Redza sudah menarik mug tersebut.

"Kau explain dulu. Aku bukan suruh kau minum air. Aku suruh kau cerita A to Z" ugut Redza. Mug yang diambil diletakkan jauh dari tempat Putra duduk.

"Hish kau ni tak sabar la. Ye aku nak cerita la ni." Kata Putra sambil mengusap belakang tengkuk. Dah kata tabiat.

"Cakap cepat. Mana aku tak sabar. Tujuh tahun kot. Kau rahsia kan daripada aku. How dare you ?" Kata Redza sambil merapatkan kedudukan.

"Emm. Macam ni.." Terang Putra panjang lebar. Redza hanya mengangguk-angguk. Kadang mengiyakan. Kadang menggeleng.

"Wow. Aku tak sangka kau setia sampai macam ni. Aku ingat kau dah pututs asa." Kata Redza

"Aku.. Entah lah. Aku ada gak try fall in love with other girls. Tapi tak jalan weh. Aku tetap ingat kat dia. Memang betul la apa kau cakap. Sebab tu la aku tak layan awek-awek semua tu masa dekat U."

"She's so lucky to have you. Tapi, pakwe dia ?" Ahh potong betul la si Redza ni.

"Tu la pasal aku ajak kau pegi butik dia sabtu ni. Nak make sure. Tu memang boyfriend dia ke tak. Dah kawin ke belum. Dah ada anak ke apa." Jelas Putra panjang lebar.

"Nah air kau. Aku nak ucap good luck bro. Kau memang layak untuk dapatkan dia. Kalau ada apa-apa cakap je. Aku akan sedia tolong kau." Kata Redza sebelum menapak naik ke atas semula.

FAITHWhere stories live. Discover now