"Kak Fieya dah ready ?" Soal Fatin. 'Girlfriend' adiknya merangkap personal assistant.
"Emm. Crowd dah ramai ke ?" Soalnya kembali.
"Azriel kata dah penuh kak. Tinggal tunggu akak je nak start program." Terang Fatin.
"Akak nervous la. Kalau akak tersasul macam mana ? Malu la" ujar Saffiya.
"Akak relax keh. Baca je skrip yang kita buat. Inshaa Allah. Everything gonna be alright." Kata Fatin menenangkan majikan nya.
____________________________________________
"Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim. Saya melancarkan pembukaan Toy's n Rus Vendor Boutique."
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Walaupun pada awalnya menggelabah jugak. Tapi selepas terpandang sepasang mata membuat aku jadi tenang.
Orang kata kalau pandang seseorang kita rasa tenang. Itu di namakan jodoh.
Bukan jantung dupdap. Itu nafsu.
Siapa pemilik mata itu ?
"Akak ada orang bagi akak bunga ni. Katanya nak cepat. Tak sempat jumpa akak. Fatin baru nak tanya nama. Dia blah macam tu je." Tegur Fatin. Mematikan lamunan Saffiya.
"Oh. Sokayh. Thanks" jawab Safiyya ringkas.
Aku menilik bunga di tangan. Cantik. Wangi pulak tu. Siapa yang bagi ?
Kad yang terlindung di sebalik bunga aku ambil.
You're still pretty. Always.
Never failed to make me fall for you.Love,
xoxo'Fatin ni kan mengada. Sah-sah Azriel yang bagi bunga ni. Saja diorang berdua ni. Perli aku. Tau aku takde boyfriend nak bagi bunga semua ni. Ishh sakit pulak hati kite' bebel Saffieya dalam hati.
Nak kena budak berdua ni.
"Azriel ! Fatin !" Jerit Saffieya apabila melihat butik miliknya sudah kosong.
"Kenapa kak ? Ada lipas ke ? Ada stock hilang ?" Tanya Azriel setelah mencicit berlari akibat terkejut dengan pekikan kakak sulungnya.
"Mana Fatin ? Selalu berkepit macam belangkas !" Ujar Saffieya.
"Ada kat depan tu haa. Kitorang tengah bersihkan bahagian depan. Susun balik semua benda. Tetibe akak jerit macam nampak hantu. Dah kenapa ? Putera kayangan jatuh dari bulan ? Ke ada anak raja meminang akak ?" Bebel Azriel melepaskan geram.
"Kau ! Cakap baik sikit. Nanti aku tak kasi kau jumpa Fatin. Baru padan muka !" Marah Saffieya. Tidak mahu kalah !
"Elehh tau lah dapat bunga. Tak payah la nak libatkan kitorang. Eksaited ler tu" usik Azriel.
"Eee budak ni. Mulut longkang ! Macam mana la si Fatin tu boleh sabar dengan perangai kau ni !" Saffieya masih enggan mengaku.
"Dah la kak. Daripada layan akak ni. Bagus Rel tengok Fatin kat depan tu. Manatau betul-betul ada lipas. Kesian dia" kata Azriel sambil menapak ke bahagian hadapan butik.
"Rel, jap. Bukan Rel ke yang bagi bunga tu ? Alahh. Korang saje kan. Macam akak tak tau." Akhirnya, keluar jugak soalan ni.
"Ehh. Mana ada. Bukan Rel lah kak. Memang betul ada mamat tu kasi dekat Fatin. Rel ingat dia nak ngorat Fatin. Nasib baik untuk akak. Jelas Azriel bersungguh.
"Seriously ? Tipu la. Rel perasan tak sapa yang bagi ? Ke jiran kedai-kedai sebelah ?" Tanya Saffieya tidak puas hati.
"Tak nampak sangat. Sebab jauh. Lagipun masa tu Rel tengah layan customer. Tapi yang Rel ingat. Kulit putih melepak. Nak kata putih pucat macam akak pun ada. Tinggi. Kalau akak berdiri sebelah. Hmm. Rasanya takat lengan je." Jelas Azriel sambil mengekek ketawa.
Sempat mengata aku. Kurang asam punya adik !
"Woi ! Mulut tu. Eee rasa nak cili-cili. Even aku pucat. At least cerah gak. Daripada kau hitam legam. Dah macam bangla buat bangunan aku tengok !" Saffieya membalas serangan.
Berlaku nya perang mulut dunia ketiga.
Pergaduhan mereka terhenti apabila Fatin masuk ke dalam ruangan pejabat.
"Kak, ada orang nak jumpa." Maklum Fatin.
"Sape ? Kedai sebelah-sebelah ke ? Ke mamat sewel tu lagi ?"
"Em. Dia kata schoolmate akak. Dia nak cepat tu. Pegi la."
Tanpa membuang masa. Saffieya menapak ke hadapan. Mencari siapa gerangan yang hendak menemuinya.
"Sha !!!! Cantiknya kau sekarang. Kau ingat aku lagi tak ?"
"Ya Allah. Mesti lah ingat. Kawan aku gaduh. Mana boleh lupa !"
"Kau apa cerita sekarang ? Lama tak dengar pasal kau. Ni aku tau kau buka butik ni pun sebab nampak advertisement depan tu. "
"Alhamdulillah. Macam ni lah. Mar, rindu nya kat kau ! Kau bila nak bagi aku rasa nasi minyak ni ?"
"Eh. Eh. Ke situ pulak ! Nanti ada aku jemput la. Ni aku gerak dulu. Nanti kita lepak lagi. Bye. Lapchuu !"
"Kot ye pun nak cepat tu ! Ni kad aku. Nanti senang-senang call tau ! Bye. Lapchuu more !"
Mar. Bukan nama sebenar. Cewwah. Classmate masa sekolah menengah. Asyik gaduh kalau jumpa. Tapi ! Bukan gaduh ber'tomoi' segala. Gaduh-gaduh manja. Ada saja yang tidak kena. Gaduh lepas tu gelak tak ingat dunia.

YOU ARE READING
FAITH
خيال (فانتازيا)Kenangan Kadang memberi ketenangan Kadang mengukir senyuman Kadang menyingkap rahsia terpendam Kadang menggebu rindu dendam Namun Hakikat kehidupan Kenangan aku dan dia Tidak seindah kisah dogeng Tidak seagung kisah Taj Mahal Takdir Itu lah ket...