BAB 1

47 0 0
                                    

"Hai anak mama. Rindu tak ?" Ujar Ayesha Saffieya sambil memeluk anak kesayangan.

"Mestilah rindu ! Mama mesti penatkan ? Meh Ryan urut" tutur anak kecil itu sambil beralih dari pelukan mamanya. Mula mengurut bahu mamanya.

"Ya Allah. Anak sape ni ? Why so kind ? Sape ajar ni ? Meh sini nak kiss." Terus menggapai tangan anaknya. Ditarik ke dalam pangkuan.

"Mestilah papa yang ajar !" Suara dari belakang. Terasa tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Betul. Betul. Betul" kata si kecil persis Upin Ipin.

Tertawa anak-beranak itu. Bahagia.

"Sayang, kenapa lambat balik ? Lama kitorang tunggu tau. Kan Ryan ?" Ujar Sang suami bernada merajuk.

"Sorry ! Ada parents lambat fetch their kids."

Ciuman singgah di pipi kedua-dua lelaki yang melengkapkan kehidupannya.

"Dah lunch belum ? Mama masak okay ?" Pujuk Saffieya lembut.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Suaminya seorang guru sekolah rendah. Sudah tentu pulang awal daripada guru taska seperti dia.

"Nope. Papa dah masak. Jom makan ! Lapar la. Tunggu mama balik. Nasib kitorang tak makan dulu." Terang Daniel.

Terangguk-angguk kepala Adryan bersetuju dengan kata papa nya.

"Oh. Okay. Bagi mama naik kejap. 5 minutes okay my sweetie pie" ujar Saffieya.

___________________________________________

"How was your day sayang ?" Tanya Irfan Daniel sambil memeluk tubuh isteri yang sedang ligat membasuh pinggan.

"Hmm. It was fine. Biasa lah jaga budak-budak. Mana tak penat." Jawab Saffieya. Meneruskan tugasnya.

"How was your day baby ?" Tanya Saffieya kembali setelah selesai membasuh pinggan. Tubuhnya dipusingkan agar menghadap tubuh si suami.

"As usual. Ada student nangis. Berebut pensel,pembaris,pemadam dan seangkatan dengannya. Ada main kejar-kejar. Jatuh then nangis." Terang Daniel.

Saffieya ketawa mengekek. Rutin harian.

Selepas pulang kerja. Mereka akan makan tengah hari bersama. Semasa Saffieya membasuh pinggan. Daniel pasti akan memeluk dari belakang dan bertanyakan perihal kerja seharian.

Keluarga lain kebiasaannya akan berkumpul hanya pada waktu makan malam. Tapi tidak bagi keluarga ini.

Memang sudah ditakdirkan. Mungkin.

Irfan Daniel merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah. Setiap hari dia akan pulang awal ke rumah. Tambahan pula, jarak sekolah dengan rumah hanya lima belas minit.

Manakala, Ayesha Saffieya pula merupakan seorang pengusaha taska. Jarak antara taska miliknya cuma mengambil masa dua puluh minit.

"Where's our son ?" Soal Saffieya. Senyap sahaja. Selalunya mesti Adryan muncul ditengah-tengah. Cemburu katanya.

'Papa janganlah peluk mama macam tu. Adryan pun nak jadi Mr. Teddy Bear mama'

Bait kata Adryan yang selalu diulang berkali-kali daripada bibir si kecil itu.

"Tadi sungguh-sungguh ajak nak tengok Spongebob. Tup tup. Tidur kat sebelah. Spongebob yang tengok dia." Jelas Daniel.

Saffieya ketawa kecil.

Daniel lantas meleraikan pelukan. Menarik tangan Saffieya ke ruang tamu.

"So now, sayang yang kena teman abang tengok Spongebob." Kata Daniel setelah sampai di ruang tamu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 08, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FAITHWhere stories live. Discover now