CHAPTER 2

53 11 1
                                    


CHAPTER2
##No one p.o.v##
Tepat pada pukul 6 petang, Suga memunculkan diri di hadapan rumah Eunji seperti yang dijanjikannya.

"Ishh, mana Eunji ni??" rungut Suga sambil sibuk memerhatikan rumah Eunji.

"Woi!! Tengah mengumpat aku ke tu?" Sergah Eunji dari belakang Suga. "Ishh, kau ni..., dah,, jom pergi sekarang" kata Suga lantas menarik tangan Eunji.

Mereka tiba di hadapan rumah usang tersebut pada pukul 7 petang. Bunyi lolongan anjing semakin kuat kedengaran diikuti dengan bunyi-bunyi penghuni hutan yang lain.

"Suga, kau pasti ke yang kau nak masuk rumah ni" tanya Eunji yang mahu kepastian Suga. Lagipun, dia berasa agak gementar setelah tiba disana. Dia dapat merasakan kehadiran benda lain selain mereka yang sedang memerhatikan mereka.

"Ya, asal? Dah rasa takut? Kalau kau takut sangat, pergi balik rumah jelah." Balas Suga. "Aku tanya jelah" balas Eunji tidak puas hati dengan kata kata Suga tadi.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Suga pantas melangkah ke dalam, meninggalkan Eunji terpinga-pinga di luar rumah. Eunji pantas mengikuti langkah Suga.

Ketika mereka berdua menaiki tangga, tangga tersebut patah dan Eunji jatuh ke dalam sebuah bilik bawah tanah. Suga yang masih berada di atas memanggil nama Eunji tanpa henti. Dia mula berasa risau terhadap Eunji.

Eunji bangun dan berjalan ke satu sudut di kawasan tersebut kerana sesuatu telah menarik perhatiannya. Eunji mengambil sebuah cermin usang yang berukiran cantik. Dia membeleknya . Tiba-tiba, satu wajah lain muncul di cermin tersebut dan memeranjatkannya. Dia serta merta menjerit ketakutan lantas melemparkan cermin tersebut .

"Eunji!!! Eunji!!" Suga memanggil namanya berkali-kali. Eunji menyahut panggilan Suga.

Suga mengambil keputusan untuk turun ke bawah bagi melihat keadaan Eunji. "Wei, Eunji, aku turun bawah tau" jerit Suga. Akan tetapi, tiada sebarang sahutan dari Eunji.

Eunji terdengar suara seseorang memanggilnya. Dia leka mengikuti suara itu sehinggakan dia tidak menyedari panggilan Suga. Dia berhenti di hadapan sebuah bilik yang agak tersembunyi. Suara yang memanggilnya itu datang dari dalam bilik itu.

##Eunji's pov##

Eh, Ada bilik lah kat sini... aku patut masuk ke?? Aishh, masuk je lah, malas lah aku nak fikir lama-lama.

Aku segera memulas tombol pintu secara perlahan-lahan. Takkan lah aku nak main redah selamba je, ni bukan rumah aku kott.. Aku ternampak satu lembaga yang sedang berdiri menghadap ke arahku..

"Sa....sape Kau??" Aku tanya kat lembaga tu.."Aku Luhan.. " balas lembaga tersebut. Nada suara dia kelihatan sedih..

"Kau nak tak buat pertukaran dengan aku??" Kata Luhan a.k.a lembaga tersebut..

"Hah?! Pertukaran apa pulak??" balasku.. Hish, dia ni, baru kenal, nak main tukar-tukar pulak..

"Aku boleh bagi kau gelang yang kau dan kawan kau cari tu, tapi, dengan satu syarat.." kata Luhan.

"Syarat??" Aku tanya balik kat Luhan.

"Kau kena tolong aku sesuatu.." balas Luhan, masih merenung lantai..

"Oh, hmmm..." Aku berfikir sejenak. Susah jugak nak buat keputusan ni. Tapi, Suga memang nak sangat gelang tu, kalau bukan sebab gelang tu, kitorang takkan datang sini.

"Ok, baiklah. Aku terima pertukaran kau tu.." Aku kata dekat Luhan setelah puas aku berfikir.

Riak muka Luhan berubah setelah mendengar jawapan aku. Dia tersenyum penuh makna.

Haishh, asal aku rasa seram sejuk pulak ni..Aku menggosok-gosok lenganku banyak kali bagi mengurangkan kesejukan..

"Eunji!!!!! Kau kat situ ke??" Tiba-tiba, suara Suga mengejutkankan aku..Aku pantas menoleh ke belakang dan melihat Suga yang sedang berlari ke arahku...

Wah! Aku rasa aku dah angau seketika, muka dia penuh dengan kerisauan... Dia risau kat aku, ke?? Dia terus tarik aku kedalam dakapannya dan mendakapku dengan erat..

"S..Suga..." Aku memanggil namanya secara perlahan..Aku terkedu kot, bila dia peluk aku macam ni..muka dia macam dah nak nangis dah tu...

"Wei!!, asal kau tak menyahut panggilan aku lansung tadi?? Aku risau kau tahu tak??! Aku takut sangat kalau apa-apa jadi kat kau nanti.." kata Suga penuh kerisauan...

Aku sudah terbayang-bayang drama yang aku selalu tengok.....apa yang selalu jadi bila sampai babak cam ni..
Hero akan kiss heroin nya...

Tapi, lain pulak jadinya.., Suga meleraikan dakapannya lantas.......Dia...........ketuk kepala aku???!!! Seriously??

"Woi!!! Sakitlah!!! Kau ingat kepala aku ni, diperbuat daripada batu ke???!! Hah??!!" Aku marah dia tanpa berperikemanusian, hehehe....

"Kau lah ni,!! Bukan nak menyahut, kau sempat lagi merayap sampai sini!!!" Marah Suga kat aku...

"Yelah..." Aku mengalah lantas menoleh ke dalam bilik tersebut bagi memperkenalkan Luhan kepada Suga...Akan tetapi, dia dah hilang.....macam mana pulak dia boleh hilang ni??! Takkan lah, dia tu........hantu....???

Muka aku terus jadi pucat, tetiba, aku rasa yang tangan aku ni macam tengah pegang sesuatu...ada gelang tu kat dalam tangan aku.... Aku tak ingat pun yang aku ada ambik apa-apa gelang tadi... ha....ha....ha....

"Wei, Eunji, kau ok x ni??? Kau macam baru lepas jumpa hantu je" tegur Suga kat aku.. memang pun....

"Hmm, x de pape lah...ni gelang yang kau nak sangat tu" balasku sambil menyerahkan gelang tu kepada Suga..

"Mana kau dapat ni, Eunji??" Tanya Suga penuh rasa terkejut dan sukar untuk percaya...

"Ambik je lah" kataku lantas menarik tangan Suga dan meninggalkan rumah tersebut bersamanya...

##no one pov##

Satu lembaga hitam merenung mereka berdua dari jauh sambil tersenyum sinis..



Hmmm, sorry sebab lambat update..Harap korang suka f2f ni eh...^-^

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 27, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DON'T GO (luhan exo, oc, suga bts)Where stories live. Discover now