Prolog

505 17 5
                                    

Mereka berlari bagaikan dikejar hantu. Tidak! Mereka memang dikejar oleh hantu! Semua peralatan ditinggalkan begitu sahaja. Yang penting sekarang nyawa mereka!
     "Jack! Tunggu aku! Kaki aku tersekat! Tolong!" jerit Andy. Kakinya termasuk ke lubang penutup longkang yang telah rompong. Keadaan terowong yang gelap dan tanpa kamera night vision, pergerakan mereka menjadi semakin sukar.
     Jack menghentikan lariannya dan segera membantu Andy. Hantu yang mengejar mereka semakin hampir.
     "Sorry An, aku terpaksa tinggalkan kau," lalu dia menyambung langkahnya untuk menyelamatkan diri. Kedengaran suara Andy menjerit ketakutan. Mungkin makhluk itu sudah menangkap Andy.
     Jack perlu keluar dari situ. Dia perlu keluar dari situ. Sekurang-kurangnya, dia boleh kembali ke situ semula untuk menjemput Andy, yang berkemungkinan tidak bernyawa! Tetapi itu pilihan yang terbaik buat mereka pada masa ini.
     'Sorry Andy! Sorry sangat-sangat' getus hatinya. Bukan niatnya untuk meninggalkan sahabatnya, tetapi jika dia pun mati di situ, dunia tidak akan sedar akan kehilangan mereka. Mungkin jasad mereka akan kekal berada di terowong itu!

SMSWhere stories live. Discover now