Jack tiba-tiba bangun dari duduknya. Dia melihat jam tangannya kemudian mengambil kamera yang dijatuhkan oleh Niall akibat terkejut mendengar bunyi letupan tersebut.
"Woi! Tunduk! Kau nak kepala kau berlubang ke?!" jerit Andy separuh berbisik. Jack tidak menghiraukan amaran Andy. Dia memfokuskan tumpuannya kepada skrin kamera. Dia memutar semula rakaman kejadian yang baru menimpa mereka.
"Guys, you must watch this" Jack memandang mereka berdua. Andy dan Niall berpandangan. Mereka teragak-agak hendak bangun dari duduk mereka. Namun mereka bangun dan menuju ke arah Jack. Jack memutarkan semula rakaman video tersebut apabila Andy dan Niall telah berdiri di sebelahnya.
Andy dan Niall tergamam. Mereka tidak percaya apa yang baru ditayangkan di skrin kamera tersebut.
"How could this happen?" Niall memandang Jack
"Mereka dah mula aktif..." Jack memandang terus ke dalam mata Niall.
Video tersebut menunjukkan mereka sedang menjerit-jerit dan menundukkan kepala. Sedangkan tiada apa yang berlaku selepas pintu besi bilik tersebut tertutup dengan sendirinya. Tiada bunyi letupan, tembakan, hatta tiada percikan api.
"Jadi apa yang kita dengar, kita nampak tadi?" Andy keliru. Tiba-tiba rakaman kamera itu terhenti dan skrin menjadi gelap. Andy cuba menghidupkan kamera tersebut dengan menukar bateri kamera tersebut namun video rakaman tersebut hilang bagaikan telah dipadam.
Niall menghalakan pandangannya ke tingkap jeriji pintu besi itu. Tiba-tiba dia ternampak sebuah orb terbang melintasi bilik sel tersebut lalu cuba menolak pintu besi itu. Terbuka.
"Kau pasti ke pintu ni berkunci tadi?" tanya Niall. Tiada jawapan.
Jack dan Andy masih sedang menenangkan diri mereka yang agak trauma dengan kejadian yang baru sahaja mereka alami. Sepanjang melakukan kerja memburu makhluk halus, ini kali pertama mereka menghadapi situasi sebegitu.
Niall terus melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Jack dan Andy. Dia mahu menjejaki orb yang muncul dihadapannya.
1.15 AM
"Niall? Niall?! Mana kau?!" laung Jack. Dia baru menyedari Niall sudah tiada bersama mereka dan pintu bilik tersebut terbuka.
Andy yang baru sahaja mendapat semangatnya semula cuba untuk bangkit dari duduknya namun gagal. Jack membantunya bangun namun dia pula terjatuh kerana tidak mampu menampung berat Andy.
"Lepas ni diet please? Badan je besar, hati kecik," perli Jack. Dia mengutip peralatan-peralatannya yang juga terjatuh di atas lantai.
Mereka berdua melangkah keluar dari bilik tersebut. Susuk Niall dicari di segenap bilik namun tidak kelihatan. Mereka membuat keputusan untuk keluar dari muzium tersebut dan mereka terlihat cahaya di kawasan dataran yang menempatkan meriam-meriam yang digunakan pada zaman peperangan dahulu.
"BOO!!!" sergah Niall dari sebalik tembok yang memisahkan kawasan dataran dan laluan yang digunakan oleh Jack dan Andy. Namun, sergahannya gagal menakutkan Jack, namun tidak pada Andy yang jatuh buat ke sekian kalinya.
"BOLEH TAK JANGAN TAKUTKAN AKU?!" marah Andy. Dia yang masih sakit hati dengan hinaan Jack sebelumnya makin bertambah marah sehingga mahu mengamuk disitu. Lebih-lebih lagi Niall sedang mentertawakannya. Andy bangkit dari jatuhnya sambil mengosok punggungnya yang kesakitan dan mendengus kuat.
Jack yang malas mahu bertengkar bertanya kepada Niall,
"Ha ada jumpa apa-apa tak?"
Niall memberhentikan tawanya dan kembali serius.
"Cuba kau tengok ni," katanya sambil berjalan ke sebuah lagi tembok yang terletak di penjuru dataran itu dan menuding ke arah tembok tersebut. Terdapat kesan tembakan di tembok itu.
"Chai Ling ada bagitahu apa-apa tak tentang ni?" tanya Jack. Andy hanya menggeleng kepalanya. Matanya lantas terlihat kesan terbakar pada sebuah tembok lain berdekatan mereka.
"Aku rasa yang ni pun dia tak ada bagitahu," kata Andy. Jack dan Niall berjalan ke arahnya. Pelik. Mana mungkin Chai Ling terlupa hendak memberitahu tentang kesan-kesan ini?
YOU ARE READING
SMS
ParanormalSekumpulan paranormal menjelajah ke seluruh negara untuk menyiasat tempat-tempat yang terkenal dengan 'penghuninya' yang menyerang para pengunjung. Mereka melakukan penyiasatan berdasarkan sejarah dan membuktikannya dari sudut sains dan paranormal. ...