9.00 PM
Andy memeriksa kamera night vision yang telah dipasangnya meliputi persekitaran muzium tersebut. Sempat juga dia membetulkan rambutnya melalui lcd kamera tersebut.
"Woi, sedar la diri tu botak! Tak payah nak betulkan sangat la. Berapa kali kau betulkan pun, tak hensem jugak," usik Niall. Dia dan Jack telah berada di pintu muzium tersebut apabila tersedar bahawa Andy tertinggal dibelakang.
Andy berlari-lari anak membuntuti Jack dan Niall. Mereka masuk ke dalam muzium tersebut dan berdiri di tengah-tengah ruang pameran meriam dan senjata. Beberapa kamera night vision dipasang di beberapa laras senapang.
"Haishh... penat aku kalau asyik kena pasang dekat barang-barang lama. Kau tak terfikir ke, manalah tahu benda-benda ni ada khadam yang jaga. Mampus kita kalau dia ikut kita balik," kata Andy memecah kesunyian.
"Hello... kita? Kau je kan yang pasang benda tu? Secara teknikalnya, benda tu akan ikut kau JE, so, no worry la," usik Niall. Andy menyiku kuat badan Niall tanda protes.
"Stop please! Kita datang sini sebab kerja, bukan nak tengok korang shoot action movie," tegur Jack apabila melihat keadaan mereka berdua yang seperti mahu mula bertengkar. Kebudak-budakan betul!
"For your reminder Andy, tujuan kita pasang kamera dekat barang-barang lama adalah untuk menarik perhatian entiti-entiti yang ada dekat sini. Kajian yang dibuat oleh pengkaji paranormal, barang-barang lama seperti artifak mampu jadi trigger object. Selain itu, suasana yang direka seperti kejadian yang berlaku juga mampu menarik perhatian entiti-entiti tersebut."
Andy mencemik muka. Itulah tazkirah yang akan didengarinya jika dia merungut tentang tugasnya.
"Dah, jom pergi dekat tempat perempuan mati tu," kata Niall apabila dia dapat merasakan Andy akan mula bertengkar dengan Jack.
Mereka bertiga menuruni tangga menuju ke sebuah bilik bawah tanah di mana seorang wanita didakwa dibunuh semasa mengandung.
"Uuu... seram sejuk bilik ni. Confirm ada hantu tu," Andy cuba menakutkan Niall. Niall hanya memutarkan bebola matanya, jengkel.
Beberapa buah kamera dan boom mic telah dipasang disekitar bilik itu. Mereka menunggu sekitar 30 minit, namun tiada apa yang dapat dijadikan bukti kehadiran entiti di situ.
"Dah setengah jam kita tunggu, tak ada apa pun. Banyak lagi tempat kita nak siasat," kata Niall sambil memandang Jack. Jack menganggukkan kepalanya memberikan persetujuan untuk beralih lokasi.
Semasa mereka hendak melangkah keluar, tiba-tiba boom mic yang dipasang di penjuru bilik itu merakam satu suara.
"Eh... kejap! Ada bunyi!" Andy memberitahu Jack dan Niall kerana dia seorang sahaja yang menyedari kejadian itu. Jack dan Niall segera mendapatkan alat rakaman yang bersambung dengan boom mic itu.
Mereka memutarkan rakaman tersebut berulang kali dan hasilnya...
"ESCAPE... DANGER..." suara seorang lelaki keluar daripada pita rakaman itu. Mesej tersebut seperti satu arahan kepada mereka untuk melarikan diri dari bilik itu.
"Aku rasa tak sedap hati la," kata Andy. Dia menggosok-gosok lengannya yang terasa sejuk seperti ada seseorang meniup tangannya.
Tiba-tiba pintu dibelakangnya terhempas. Niall menghalakan kameranya ke arah pintu. Jack berjalan ke arah pintu tersebut.
"Guys... we are in trouble. The door is lock!" Jack memulas tombol pintu besi tersebut. Tiba-tiba terdengar beberapa bunyi tembakan dari luar. Mereka menundukkan kepala. Takut peluru sesat menjadikan mereka sasaran.
Sunyi...
Apabila Niall ingin bangkit untuk memeriksa keadaan diluar melalui jeriji pintu, kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat.
"Jack! Call polis! Ada pengganas dekat luar sana!" jerit Andy ketakutan. Namun Jack hanya duduk mencangkung memandang lantai. Dia kaku disitu. Niall yang menyedari Jack tidak melakukan apa-apa, terus mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Oh my god. Handphone aku tak ada line!" Andy mengeluarkan handphonenya. Tak ada line! Mereka berdua saling berpandangan lalu terduduk di atas lantai bilik itu.
"Andy, aku minta maaf kalau selama ni aku banyak sakitkan hati kau. Aku nak kau tahu, kau lah orang yang selalu ceriakan hidup aku," kata Niall sambil tersenyum. Andy hanya mampu mendiamkan diri sambil memikirkan nasib yang bakal menimpa mereka.
YOU ARE READING
SMS
ParanormalSekumpulan paranormal menjelajah ke seluruh negara untuk menyiasat tempat-tempat yang terkenal dengan 'penghuninya' yang menyerang para pengunjung. Mereka melakukan penyiasatan berdasarkan sejarah dan membuktikannya dari sudut sains dan paranormal. ...