"Wei, kita nak pergi mana ni?"
"Kau ni diam boleh tak? Tu lah, haritu kitorang bincang, kau sibuk, mak minta tolong la, nenek sakit la, itu la, ini la..."
"Kau orang diam boleh tak? Tak fasal-fasal arwah kita bertiga atas jalan ni," tingkah Niall. Pemanduannya terganggu dek perbalahan Andy dan Jack.
"Aku tanya je nak pergi mana, dia ni yang tiba-tiba nak marah aku. Period gamaknya," balas Andy. Sikapnya yang agak kebudak-budakan itu menjengkelkan Jack.
'Umur dah nak masuk 30 pun perangai macam budak-budak' getus hati Jack. Malas hendak menyambung perbalahannya dengan Andy.
"Kau ni Andy, kita satu pasukan mesti bekerjasama. Jack ni leader kita, dengar la cakap dia. Bawak-bawak la matang sikit. Dah tua pun macam budak-budak," kata Niall, mewakili pihak Jack. Dia tahu Jack malas hendak melayan Andy.
"Dah, dah. Arwah kita nanti atas jalan ni. Lain kali, ada perbincangan, datang. Tak payah nak ulang banyak kali," kata Jack
"Sekarang kita nak pergi bekas tapak kem tentera."
"Hantu askar lagi? Bosan la," sampuk Andy. Jack yang geram dengan perangai Andy mengetuk kepala botak Andy. Andy mengaduh sambil menggosok kepalanya.
"Mengikut kajian yang Ritz buat, tempat tu dipercayai dihantui 3 beradik. Si abang, Wei Hua, merupakan musuh dalam selimut pasukan tentera ASAP yang akhirnya terkorban bersama adiknya, Wei Joo. Si kakak pula, Wei Yang, seorang pengamal perubatan, tersepit diantara 2 situasi. Mengikut kehendak abangnya untuk merawat pasukan pemberontak atau merawat tentera ASAP. Akhirnya dibunuh oleh pasukan pemberontak dan ketika itu dia mengandung," jelas Niall apabila Jack berdiam diri. Mungkin sudah tawar hati dengan sikap Andy.
"Ooo... ada pontianak bawa anak... Haha," Andy tetap dengan perangai loyar buruknya. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di tempat yang ditujui. Mereka disambut oleh seorang wanita.
"Selamat datang ke ASAP Army Camp. Saya Chai Ling, pemilik kem ini," kata wanita itu memperkenalkan diri. Andy berjabat tangan dengan Chai Ling. Kemudian, Chai Ling membawa mereka ke salah sebuah bangunan tinggalan yang berada di situ.
"Di sinilah tempat yang dihantui oleh adik-beradik Wei. Mereka dipercayai mati di sini. Terdapat beberapa bukti pengunjung diserang. Antaranya, terdapat aduan daripada mereka bahawa mereka terdengar bunyi jeritan, letupan, malah ada yang diserang oleh roh tersebut," terang Chai Ling.
"Adakah Cik Chai Ling mempunyai bukti bahawa pengunjung-pengunjung ini diserang?" tanya Jack. Maklumlah, dia bukan jenis yang hanya mempercayai kata-kata orang.
"Of course I have it. Just a moment" kata Chai Ling. Dia menuju ke arah penjaga rumah itu. Kemudian, dia kembali dengan beberapa keping gambar di tangannya.
"Ini gambar yang diambil oleh pekerja kami apabila mendapat aduan mereka dikasari oleh 'pengunjung lain' ketika berada di kawasan ini." Jack mengambil gambar-gambar tersebut. Terdapat kesan terbakar dan cakaran pada bahagian tubuh pengunjung-pengunjung tersebut.
"Wow... Tapi, bagaimana kami hendak percaya bahawa gambar-gambar ini asli dan bukan edit mahupun rekaan?" tanya Andy. Cik Chai Ling berfikir sebentar.
"Mungkin kita boleh call pengunjung yang diserang tu. Kami ada buku pelawat," cadang Chai Ling.
Jack, Andy dan Niall bersetuju. Chai Ling mengarahkan pekerjanya untuk menghubungi pelawat tersebut."Sementara itu, saya akan tunjukkan kawasan hotspot 'mereka' memunculkan diri," kata Chai ling. Dia membawa mereka ke sebuah bilik kecil yang terletak di bawah tanah.
"Di sinilah tempat Wei Yang diseksa sehingga mati semasa dia mengandungkan anaknya. Kakinya diikat manakala tangannya diikat ke atas pada kayu itu," kata Chai Ling sambil menunjukkan kayu yang berada di siling bilik itu yang terletak kira-kira 5 meter dari permukaan lantai.
"Perempuan yang sarat mengandung diikat sedemikian rupa, tentu perit rasanya," kata Niall.
"Bukan itu sahaja. Dia juga disimbah dengan air sejuk serta dipukul di seluruh badan." terang Chai Ling.
"Adakah cik pasti maklumat ini benar? Kami bukan tak percaya, kami ingin pastikan sahaja," Niall ingin memastikan kesahihan maklumat yang diterima. Maklumlah cerita yang disampaikan orang yang berbeza mempunyai versi yang berbeza.
"Kamu rasa mengapa saya panggil awak untuk siasat tempat ini? Bukankah untuk memastikan hantu itu wujud atau tidak?" Chai Ling tersinggung apabila ditanya sedemikian.
"Maafkan kami Cik Chai Ling. Kami ini pasukan paranormal profesional, jadi kami tidak mahu apa yang kami buat hanya sia-sia sahaja. Lagipun, manalah tahu cerita ini hanya rekaan untuk jadikan tempat ini terkenal? Lagi..." Belum sempat Andy menyambung dialognya Niall menutup mulutnya dan mencengkamnya sedikit.
"Maafkan kawan saya. Dia ni memang begini. Saya harap, Cik Chai Ling tidak berkecil hati dengannya. Selain kisah adik beradik Wei, adakah terdapat 'penjaga' lain?" Jack ingin menyejukkan keadaan. Ya lah, dia tidak suka perkara yang dirancang akan musnah hanya disebabkan kelancangan Andy.
"Ada... sebenarnya, walaupun ini tempat tentera, tetapi terdapat khabar angin yang mengatakan Wei Joo dan Wei Yang mencintai lelaki yang sama sehingga Wei Yang membunuh Wei Joo dan abangnya Wei Hua yang menyebelahi adiknya itu. Jadi, saya harap awak boleh buktikan cerita ini hanya rekaan atau perkara sebenar," Chai Ling menekan sedikit perkataan 'rekaan' untuk menyindir Andy.
Selepas beberapa jam berada disitu dan melawat beberapa kawasan, Andy, Niall dan Jack bertolak ke hotel penginapan untuk membuat perancangan supaya operasi mereka berdasarkan peta pelan kawasan yang diberi Chai Ling.
YOU ARE READING
SMS
ParanormalSekumpulan paranormal menjelajah ke seluruh negara untuk menyiasat tempat-tempat yang terkenal dengan 'penghuninya' yang menyerang para pengunjung. Mereka melakukan penyiasatan berdasarkan sejarah dan membuktikannya dari sudut sains dan paranormal. ...