Bab 2

494 9 0
                                    

12 Ogos 1987

Tangisan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 25 tahun makin kuat berbunyi di bilik itu.Tetapi,tidak mengganggu perbualan antara keempat-empat wanita itu.

"Mak!Macam mana ni?Aria takut..Aria takut,abang Jamal ganggu Aria dengan anak-anak Aria" ujar wanita yang sedang berbaring di atas katil hospital itu.

"Tu lah,mak dah berulang-ulang kali kata kat kamu.Jangan pilih si Jamal tu!Tengok,sekarang dah jadi macam mana." Ujar seorang wanita tua yang duduk di atas katil sebelah Aria.

"Esah,jangan lah kau lagi tekan si Aria tu.Dia baru je lepas bersalin kan 5 bayi tu." Ujar wanita tua yang memakai baju kurung hijau tua itu.

"Bukan aku nak tekan si Aria ni tapi Aria ni satu-satunya anak aku.Anak perempuan aku.Aku tak nak anak aku sengsara.Aku tak nak" tangis Puan Marisah,ibu kepada Nur Ariana.

"Aku faham,Esah.Aku faham..yang dah berlalu,usah dikenang lagi.Kesilapan masa lalu bukan boleh diperbaiki tetapi masa ni lah untuk kita perbaiki untuk masa hadapan" ucap panjang lebar,Puan Jaunah sambil matanya memandang Aria yang sudah menangis teresak-esak.

"Esah,kita buat rancangan untuk elakkan Jamal daripada jumpa Aria dengan anak-anaknya ye?Usah ditangisi kesilapan yang lalu.Kau kena kuat,untuk Aria dan cucu-cucu kau." Nasihat Puan Dahlia,ibu tunggal anak seorang itu.

"Mak..Aria minta maaf,mak.Aria degil,mak.Aria berdosa dengan mak.Maafkan Aria." Pinta Ariana sambil menyalami tangan tua ibunya.

Bibirnya menyapa tangan Puan Marisah.Teresak-esak dia menangis sehinggakan Puan Marisah memeluk Aria,erat.Puan Jaunah dan Puan Dahlia yang melihat,berasa kasihan.

"Mak maafkan kau,Aria.Mak janji,mak akan jaga kamu,jaga cucu-cucu mak daripada si durjana Jamal tu." Janji Puan Marisah.

"Tapi,Esah.Kau takkan larat nak jaga Aria dengan anak-anaknya seorang diri.Biarlah aku dan Lia tolong.Kan,Lia?" Cadang Puan Jaunah,seraya memandang ke arah Puan Dahlia yang bersandar di tepi wad.

"Ye lah.Kau dah banyak tolong aku masa si Jubir,suami aku tu meninggal.Biarlah aku dan Unah tolong kau pula" pujuk Puan Dahlia.

Tangisan Aria makin reda.Dia tersenyum walaupun wajahnya pucat.

"Terima kasih,mak cik Lia,mak cik Unah." Ucap Aria,terharu.

"Sama-sama nak.Kami berdua ni dah anggap Aria macam anak kami." Balas Puan Jaunah.

"Erm..Aria dah fikirkan nama untuk anak-anak kamu?" Soal Puan Dahlia.Aria menggeleng.

"Belum.." sahut Aria.

"Mak,mak cik Lia dengan mak cik Unah pilihlah." Sambung Aria,memberi cadangan.

"Tak usah lah bermak cik-mak cik.Panggil ibu dengan bonda je cukuplah" ujar Puan Dahlia.Aria mengangguk.

"Aria..kamu berehat lah dulu.Biar mak,ibu dengan bonda selesaikan surat kelahiran untuk anak-anak kamu tu." Arah Puan Marisah.Aria hanya mengangguk.











Cinta 5 BeradikWhere stories live. Discover now