19 Mei 2012
Aryu mengusap-usap kepalanya yang berbalut dengan tudung.Terasa kepalanya semakin berat.Tetapi dia perlu bertahan!
"Sum,kau okey ke?" Tanya Aliana,rakan sepejabat Aryu.Aryu mengangguk lemah.
"Aku tengok kau macam tak sihat je.Janganlah pendam.Bagitahu aku,mana tahu aku boleh tolong?" Pujuk Aliana,gelisah melihat muka pucat sahabatnya itu.
"Aku okey je lah.Cuma pening kepala sikit.Nanti makan panadol okey lah tu." Ujar Aryu.Tangannya masih laju menari di papan kekunci komputernya.
"Kau ni..baik kau pergi klinik sebelum apa-apa benda buruk terjadi." Risau Aliana dibuatnya.
"Aku okey..aku ada kerja lah.Lepas habis ni,aku pergi klinik ye?" Ujar Aryu,cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Haishh..yelah..yelah.Tapi,kalau ada apa-apa,kau panggil aku ye?" Ujar Aliana seraya meletakkan tangannya di atas tangan Aryu yang masih sibuk menari di atas papan kekunci.
"Yelah..aku nak fotostat kertas ni.Lepas itu,aku bagi kat bos dan terus pergi ke klinik.Okey?" Pujuk Aryu sambil tersenyum,pucat.
"Okey,janji ye?Aku nak pergi ni,nak jumpa klien." Soal Aliana.
"Janji..dah pergi.Nanti klien lari pulak" halau Aryu.
"Ohh..kau halau aku ye?Siap kau!Okey lah,aku nak pergi.Bai.Assalamualaikum." pamit Aliana segera pergi.
Aryu tersenyum sambil menjawab salam.Kepalanya menggeleng.Tapi dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Aliana.
Setelah mefotostat kertas yang penting,Aryu menuju ke pantri dan membuat air koko dan membawa air koko ke mejanya.
"Sementara tunggu bos panggil,baik aku minum dulu.Bismillahirohmanirrohim" bisik Aryu segera minum air kokonya perlahan-lahan kerana panas.
Dia tidak mahu meniup air kokonya kerana Nabi Muhammad S.A.W telah berkata sahabat-sahabat baginda bahawa perbuatan meniup pada makanan atau minuman adalah perkara yang makhruh.
Setelah habis airnya,Aryu ke pantri semula dan membilas bersih mugnya.Belum sempat dia melabuhkan punggung ke kerusinya,bos bahagiannya,Encik Zaki memanggil namanya.
"Aryu Raihana Qaisum,sila masuk ke pejabat saya" panggil Encik Zaki melalui interkom.
Aryu segera mengambil kertas yang dipinta Encik Zaki.Kepalanya terasa makin memberat.'Kau kena kuat!',bisik hati Aryu memberi semangat kepadanya.
Tangan putihnya mengetuk perlahan pintu yang berwarna coklat keemasan itu.Setelah terdengar orang memberi keizinan untuk masuk,Aryu membuka pintu perlahan-lahan dan berjalan masuk.
"Assalamualaikum,Encik Zaki.Ni salinan yang encik minta itu." Aryu memberikan kertas itu kepada bosnya.
"Walaikummusalam,oh.Terima kasih.Awak boleh keluar." Ucap Encik Zaki.Matanya langsung tidak memandang Aryu.Aryu terasa.
"Baik." Ucap Aryu pendek.Terasa kepalanya makin memberat.Dan..pandangannya makin menggelap.Perlahan-lahan,dia rebah di situ.Encik Zaki yang melihat tergamam.
"Aryu?Aryu!Ya Allah!Kenapa awak ni?" Suara Encik Zaki menjengah telingnya.Tapi,matanya makin memberat dan dia pengsan di situ.
Encik Zaki yang terkejut segera mendukung Aryu gaya 'bridal style' dan membawanya ke klinik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta 5 Beradik
RomanceTahun 1987.Seorang wanita yang cantik telah melahirkan lima orang bayi serentak.Serentak dengan itu,pemuda lelaki yang penuh dendam mula mencari.Mencari dan terus mencari supaya ibu muda itu dan kelima-lima orang anaknya terseksa di hadapan matanya...