Bab 3

422 10 2
                                    

19 Mei 2012

Encik Zaki hanya memandang wajah Aryu yang pucat itu.Timbul rasa kasihan pada anak dara itu.Wajah yang menjadi pujaan hatinya itu masih cantik meskipun pucat.Encik Zaki tersenyum.Kasihnya makin bertambah apabila Aryu sanggup menyiapkan kerja sehinggakan tidak makan dan menahan kantuk.

Tetapi,rasa bersalah menjalar di dadanya.Kini,gadis pujaannya terbaring lesu kerana dia.Encik Zaki mengeluh.Salah dia juga kerana membuli Aryu semata-mata ingin rapat dengannya.Encik Zaki mengusap-usap pipi Aryu.Matanya leka memerhatikan wajah Aryu.Dari mata,hidung dan...bibir mungil Aryu.

Encik Zaki menelan air liur,kesat.Bibir Aryu yang kemerahan semula jadi itu terlalu menghairahkan.Mukanya mendekat dengan muka Aryu.Makin dekat..makin dekat..dan chup!!~Rasanya begitu nyaman sekali.Bagaikan dunia ini dia yang punya.Encik Zaki melepaskan ciumannya.Tiba-tiba,rasa menyesal dan bersalah menusuk ke hatinya.

"Ya Allah!Zack!Apa yang kau buat ni?Kau curi first kiss dia!Ya Allah!Ampunkan dosa hambamu ini.." ucap Encik Zaki,menyesal kerana bertindak sebegitu.Nafsu mempengaruhi dirinya.Syaitan pula hanya bertepuk tangan.

Azan Zuhur menyedarkannya dari lena.Aryu terjaga.Terasa dia di bilik yang begitu asing.'Aku kat mana ni?',bisik hati Aryu kehairanan.Azan Zuhur telah pun lama habis.Aryu ingin bangun tetapi pergerakannya terhenti melihat Encik Zaki yang baru sahaja selesai solat.

"Encik Zaki?" Soal Aryu,inginkan kepastian.

"Eh..Ar..Aryu..aw..awak dah bangun?" Soal Encik Zaki,tergagap-gagap kerana memikirkan hal tadi.

"Dah..ermm,saya kat mana ni?" Soal Aryu seraya memandang Encik Zaki.Terasa pipinya membahang apabila Encik Zaki leka merenung wajahnya.Encik Zaki yang leka memerhatikan bibir mungil Aryu tersentak.Adui..kantoi!

"Awak kat rumah saya.Maaf lah,tadi awak pengsan lepas tu saya bawa awak pergi klinik.Doktor kata awak gastrik teruk dan awak stres.Lepas tu,saya bawa awak ke sini sebab saya tak tahu rumah awak kat mana" ucap Encik Zaki,panjang lebar.

"Kenapa Encik Zaki tak tanya Aliana?Atau tengok profil saya?" Soal Aryu,inginkan kepastian.

"Eh..hehehe..lupa pula.Tengah kelam kabut tadi." Ujar Encik Zaki,menggosok belakang lehernya.Terasa malu pula.

"Tak apa lah Encik Zaki.Kira dah bersyukur Encik Zaki tolong bawa saya ke klinik.Terima kasih." Ucap Aryu segera tersenyum manis.Encik Zaki yang melihat,terpukau.

Hatinya cair.Siapa yang tidak cair melihat senyuman dari gadis cantik yang seiras Nora Danish ini?Tapi..ini Nora Danish versi bertudung lah.

"Encik Zaki?Kenapa tenung saya macam tu?Saya ada buat salah ke?" Soal Aryu,agak tergamam melihat wajah Encik Zaki yang tampan seperti Zul Ariffin itu merenungnya.

"Eh..tak lah.Usah awak berencik-encik dengan saya.Panggil Zack sudahlah" pinta Encik Zaki.

"Okey.Tapi,nama Zaki tu kan bagus?Yang bermakna 'yang cerdik' seperti pemiliknya" puji Aryu,menambah malu pada Encik Zaki.

"Suka hati awaklah.Awak nak makan?Saya dah beli nasi goreng dah." Ajak Encik Zaki.

"Okey..Encik Zaki keluar dulu,nanti saya keluar ye?" Kata Aryu sambil tersenyum.

"Ah..ye..ye..awak solat lah dulu.Dah masuk Zuhur ni.Nanti lambat pula.Saya tak ada telekung..Al-maklumlah.Rumah orang bujang" gurau Encik Zaki.

"Erm..nantilah saya solat.En..Zaki keluar dulu ye?" Ujar Aryu.

"Kenapa pula?Tak elok tau kalau lambat-lambatkan solat" tegur Encik Zaki.

"Eh..tak..tak..Saya cuti lah.Hihi.Bendera merah" terang Aryu,mukanya merah menahan malu.

"Oh..yeke?Hihi.Saya keluar dulu ye?" Pamit Encik Zaki segera beredar.

Di luar bilik,Encik Zaki yang masih memerah mukanya menggosok-gosok belakang lehernya.

"Zack..Zack..yang kau pergi tanya tu dah kenapa?Kan Aryu dah malu.Adui..aku juga yang malu." Rungut Encik Zaki,perlahan.

Di dalam bilik pula,Aryu tersenyum malu apabila melihat kelakuan Encik Zaki yang terlalu mengambil berat.

"Kalau Encik Zaki tu jadi suami aku kan,mesti bahagia kan?Setiap hari dia jadi imam aku,solat dengan aku.Hihi." Aryu mula berangan.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 01, 2015 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Cinta 5 BeradikTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang